Saturday, May 23, 2009

PERJALANAN YANG BERMAKNA

Perjalanan semalaman ke Terengganu tempohari adalah perjalanan yang amat bermakna sekali sepanjang hidup ini. Sungguh singkat masa yang berlalu untuk mengejar sedikit ketenangan dan menimba pengalaman sebenar kehidupan ini. Meskipun persinggahan sebentar ke negeri keropok lekor yang hanya bersebelahan dengan negeri kecintaanku Kelantan, namun sepanjang perjalanan pelbagai perkara yang boleh dikutip.


Saya tidak bermaksud untuk menceritakan rentetan perjalanan itu dan mengapa saya turut bersama mereka ke Terengganu. Tetapi cukuplah satu pengajaran yang dapat ditimba iaitu dalam melakukan apa sahaja cukuplah Allah sebagai pelindung dan pendamai ketenangan jiwa meskipun kita berada dalam gundah gulana namun cukuplah Dia jadi penawar segalanya.


Justeru itu jualah tema aman blog ini ialah The Creator.( =)). Sebenarnya perjalanan hidup kita cukup cantik dan indah. Semuanya telah diatur Allah. Bermula dari kecil, seterusnya kita dididik dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa kita. Apabila usia meningkat remaja apa yang telah kita lakukan jua di bawah keizinan Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Penyayang untuk melengkapkan segala keperluan hidup kita. Adakah dengan segala nikmat yang diberikan olehnya itu cukup unuk membayar hutang oksigen yang diberi percuma, degupan jantung yang sentiasa berdegup tanpa henti dengan izinNya, nikmat pancaindera mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berkata-kata dan merasa, nikmat kaki yang membolehkan kita berdiri, berlari dan melangkah, dan tangan yang masih boleh digunakan unuk makan dan minum, menggunakannya untuk berwuduk, untuk memohon doa dan meminta ampun..... dan banyak lagi dan banyak lagi nikmat yang tidak terhitung banyakya. Adakah ia cukup sebagai bekal amal untuk menghadap Allah di hari Akhirat kelak???


Hari-hari yang berlalu berapa banyak masa telah terbuang, tenaga telah disia-siakan, amal ibadah tidak bertambah seikitpun, lalu layakkah kita untuk bertemu Allah dalam pertemuan yang 'Saliim' seperti yang dijanjikanNya? Pernah dahulu di sekolah Ummi Usrah pernah memberitahu bahawa seandainya setiap kebaikan itu Allah ganjarkan dengan ganjaran materialistik yang zahir bagi setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan berlumba-lumba manusia melakukannya. Contohnya bagi setiap amalan sedekah, 1 kali memberi sedekah 1 ringgit katakan, tiba-tiba datang 1 lori 'ayam goreng'. 2 kali 2 lori ayam goreng, katakan begitu pasti semua akan berlumba-lumba untuk melakukannya. Kereta marcedes dan sebagainya. Namun itu mustahil, Allah tidak melakukannya sedemikian. Kenapa? Inilah dikatakan sebagai ujian bagi orang yang beriman dan ujian bagi orang beriman itu ialah ikhlas. Begitu jua diibaratkan bahawa dunia adalah syurga bagi orang yang jahil dan dunia ini adalah taman-taman syurga menuju ke akhirat bagi orang yang beramal. Di sinilah kita membaja dan menyemai amalan agar nanti kembali ke pangkuan Allah dalam keredhaan dan keampunan. Alangkah indahnya hidup ini adalah sehari-harian adalah perjalanan yang penuh bermakna dan kesempatan yang tiada kedua kalinya seharusnya diisi dengan perjalanan roh yang hidup. dan hati yang tunduk kepada Allah dan diri yang bermakna untuk orang lain.


Justeru, What did I do today???

Saturday, May 9, 2009

KAMPUNG + RINDU = Sabar Mas.....


Bila teringat kampung ni, macam-macam pulak yang jadinya.Exam dah habis tapi biasalah ada kerja overtime kena buat. Sampaikan tiap-tiap hari mimpikan kat kampung. Mimpi jumpa mak, adik-adik anak sedara jugak. Hmm.. tak pernah-pernah macam ni sekali rindunya. Dah kira tahap cipan la ni nak balik kampung. Boleh kata jasad je kat KL, rohnya dah kat Kelantan dah. huhu...


Al-kisahnya nak lepaskan rindu kat kampung, buatlah nasi kerabu kat Rumah Sakinah ni. Saje jamu kawan-kawan lagipun dah janji dengan dorang nak buat. Hmmm..alhamdulillah, tercapai jugak hajtnya walaupun sempat makan sepinggan je.. laku bangat! =) Puas hati dapat gembirakan hati sendiri dan orang lain. Kira-kira dah lama benarnya tak balik ke kampung. Walaupun hari tu ada mak datang KL tapi belum puas untuk lepaskan rindu. Nak tengok adik Su, mesti dah semakin sihat. Hobi dia memang suka masak. Kat rumah, adik Su lah yang rajin masak bila kakak-kakaknya tiada. Merantau katakan...Boleh tahan masakannya. Pendek kata, tak kekokla bila duk dapur. Bagi je kerja kat dia. Adik Su jugak yang selalu diundang ke majlis solat hajat dan tahlil, kat surau Pak Aik atau Masjid. Wah! Bangganya ada adik camni. Lamanya tak bergurau senda dengan adik Su. Kami selalu akan ke pekan bila balik kampung. Adik Su juga yang akan bawa mak ke mana sahaja mak nak gi. g pasar, g surau, ceramah dan lain-lain dengan motosikal tua pemberian Pak Su tu.


Adoi! Rindunya nak balik kampung. Adik Su akan exam SPM tahun ini. Kena bagi support banyak sikit. Kalau sebelum ini dia terlibat juga dengan Badan Pengakap Sekolah, tapi baru-baru ini ada tanya perkembangannya, dia bagitahu dah tak ikut dah.. Mungkin sebab kat rumah pun tiada orang nak tengokkan mak kot. Tapi aktiviti BAKTI akan diikutnya juga. Nak tahu, apa yang menarik( ke tak ).. Tiap kali telefon rumah bila nak bercakap dengan Adik Su, dia pasti akan jawab : " duk tengok TV". Memang itulah hobinya dari dulu sampai sekarang. Jika Cuti kelapangan kami tengok kartun bersama.. cerita Conan jadi kegemaran.. Bila maghrib pula antara jam 7.30 malam hingga 8 malam akan dicapainya radio atau mp3 untuk dengar kuliah Ustaz Zahazan. Suatu hari hampir sebak hati kerana terjumpa bukunya yang dia tulis tentang kuliah tafsir ustaz Zahazan di IKIM, juga kuliah atau soal jawab agama di Radio Kelantan FM. Adik Su juga tidak boleh lepas daripada radio, TV dan melukis. Sebak bukan kerana sedih, tetapi terlalu gembira. Syukur alhamdulillah. Semoga Adik Su sentiasa berada dalam kebaikan.


Pernah dia bagitahu dia lemah matematik. Apa lagi subjek Ekonomi wajib diambil untuk yang tidak ambil subjek Matematik Tambahan. Masa tahun lalu dia minta ajarkan Matematik sebab esoknya latihan itu perlu dihantar. Aku bukanlah terror sangat Matematik ni. Ada soalan yang tidak dapat dijawab aku pun bagitahu " Tanya kak Aisyah atau Abang Bu la...K.Mas tak reti la..." tak semena-mena dia terus tutup buku dan tak nak siapkan tugasan tu. Lepas tu aku tanya dia balik macamana dengan tugasan tu? Nampak dah muka dia merajuk. Akupun faham mimik mukanya tu. Hmm... tak apa la tu. Nanti reda ok la tu dia....then baru ajarkan dia balik.


Huh! Macam-macam pula yang berlegar bila teringatkan semua ni. Sayangnya Pesta Buku PWTC hari itu tidak dapat tunaikan hajatku untuk hadiahkan buku bila balik kampung nanti . Apa tak nya tak sempat pergi sebab baru habis exam ditambah pula hujung-hujung sem ni faham-fahamla komitmen lain pulak.Sedihnya.. sebab dah lama hajat ni tak kesampaian lagi. Sabar ye Adik Su, nanti insyaAllah Kak Mas belikan buku nanti. Dia ada kata cikgu minta belikan buku tapi dia kata tak cukup duit sebab Adik tahu mak pun perlukan duit juga. Hmmm...


Bila pergi pasar malam kat seksyen 17 haritu untuk cari sandal baru sebab yang mak belikan dah putus, tengok macam-macam jenis barang ada, berkira-kira nak beli selipar baru juga untuk mak, tudung untuk aisyah yang akan masuk U bulan 7 nanti (insyaallah), kat Kak Nik nak beli beg tangan ke....Hmmm... rasa semua barang nak angkut. Rindu tahap cipan dah....Adam mesti dah besar, kotnya dah boleh berlari ke... Ish sukanya jumpa semua orang.


Jauh di sudut hati, kampung tetap jadi tujuan. Walaupun kawan-kawan dari negeri lain turun ke Kelantan untuk Latihan Ilmiah, contohnya Wee yang ke Gua Musang untuk LI aku akan cakap " Sabar Mas.... amanahmu masih ada di sini..." Itu jua la yang menguatkan diri ini. Jua gembirakan semahunya orang lain untuk hilangkan sedih kita! Insyaallah penawarnya memang mujarab!!


Apapun... Aku akan kembali ke Kampung jua... Insyaallah...tunggu...!!!

APABILA DOSA DIKATAKAN ‘BIASA’




Penangan daripada subjek Islam dan Gejala Sosial banyak membuka mata akan makna dan hakikat sebenar gejala social itu. Kita biasa mengatkan bahawa gejala social hanya terjadi pada golongan yang bermasalah dan kepada golongan yang jadi spot focus ialah golongan remaja. Gejala social biasa kita bayangkan adalah penagihan dadah, rempit, mencuri, gay, pengkid, black metal, ponteng sekolah, video lucah, pelacuran, vandalism dan seumpamanya. Hakikatnya gejala social tidak boleh terus distereotaipkan kepada golongan rmaja yang bermasalah tetapi ia perlu dilihat daripada skop yang lebih meluas. Ia boleh berlaku jua kepada golongan –golongan lain yang professional seperti yang terlibat dalam bidang pendidikan, bidang agama, politik, ekonomi dan seumpamanya , tidak mengira umur, masa tempat dan keadaan. Namun sejauh mana kita memahami konteks gejala social yang dimaksudkan?


Dalam aspek ini saya lebih tertarik untuk mengulas serba sedikit berkaitan gejala social melibatkan golongan agama. Golongan agama di sini juga termasuk lah daripada yang paling bawah sehinggalah kepada golongan teratas. Saya amat tertarik dengan gimik yang dipersembahkan dalam kuliah Islam dan Gejala Sosial. Gimik itu memaparkan video sebuah lagu yang dipetik dari sebuah filem Hindustan ( tak ingat tajuk apa ). Daripada lagu itu ia adalah sebuah bentuk pemujaan kepada seorang yang banyak berjasa kepada penduduk di daerah Madras bernama Haji Ali. Suatu ketika dahulu, Haji Ali dikatakan sebagai seorang yang amat pemurah dan akan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak mengira agama atau keturunan. Dikatakan bahawa Haji Ali pada waktu itu telah belayar menaiki kapal untuk menunaikan fardu haji. Tetapi musibah telah melanda menyebabkan ramai yng telah hanyut dan hilang entah ke mana. Dikatakan bahawa ‘mayat’ Haji Ali ini telah tersasar ke perairan India semula dan mayatnya dikebumikan disebuah makam dalam sebuah masjid. Dipaparkan dalam cerita tersebut akhirnya sungai atau kawasan perairan itu dibina sebuah masjid di tengah-tengahnya dan inilah masjid dimakamkan jasad Haji Ali ini. Masjid ini digunakan oleh pelbagai jenis agama di India untuk memohon ‘keberkatan’ daripada ’makam’ Haji Ali yang disimpan di situ. Upacara memohon berkat di makam Haji Ali yang berada di dalam masjid tersebut dilaksanakan oleh ‘orang agama’ di situ. Jika agamanya Islam, cara untuk mendapat ‘berkat’ adalah berbeza daripada cara orang agama Hindu, Kristian, Sikh dan sebagainya. Pokoknya ia dikendalikan oleh tok-tok imam, tok bilal, tok siak dan semua jenis tok yang menjaga masjid tersebut. Apa yang telah berlaku? Mungkin di India situasi ini adalah ‘biasa’ memandangkan di sana wujud pelbagai fahaman dalam beragama serta seumpamanya. Ini adalah serba sedikit gambaran bagi topic yang ingin dibincangkan pada kali ini. Mungkin anda boleh menilai baik atau buruk amalan yang dilakukan apabila Haji Ali it.u terlalu dipuja-puja… wallahua’alam.


Hari ini krisis ini juga terjadi di kalangan orang yang belajar agama bukan di India sahaja. Tidak perlu ke India untuk mencari ‘gejala social’ yang mungkin nampak sama atau lebih teruk daripada itu. Sekali lagi diingatkan bahawa gejala social boleh berlaku kepada sesipa sahaja. Gejala social dalam aspek perbincangan ini adalah titik tolak daripada dosa kecil, dosa besar, gaya hidup, amalan, paradigma dan sebagainya yang boleh disimpulkan sebagai krisis akidah secara sembunyi atau terang-terangan. Pelajar yang belajar agama boleh terlibat, orang bergelar ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ atau sememangnya mereka ustaz ustazah. Tidak perlu tengok jauh-jauh. Apabila manusia mengatakan bahawa dosa itu adalah ‘biasa’, nampaknya ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Sebagai contohnya, “Keluar bersama lelaki dan perempuan dengan teman 3 perempuan 2 orang lelaki atas dasar kami adalah kawan. Biasa la tu… dorang pun dah ada makwe dan pakwe.. “ . lagi… “ Boleh je bergambar bersama berdua je sebab yang ambil gambar tu dah kira OK la tu…ada orang temankan.” Lagi……” Hari ini saya akan belanja awak ayam goreng madu, nanti awak makanlah sekali dengan kawan-kawan ye..” kawan-kawannya pun terima sahaja apa yang diberi, rezeki katakan... Lagi…” Kena buat juga meeting ni..dah terdesak sangat ni…” atas nama kerja Islam berdua sahaja muslimin dan muslimat xpe ke???? Lagi, lagi dan lagi tidak terhitung. Astaghfirullah….


Sesungguhnya syaitan akan menyelinap masuk ke setiap urat darah anak Adam untuk menggodanya sebagaimana perjanjian yang telah di lakukan oleh Iblis selepas diusir daripada Syurga atas sebab ingkar kepada perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Iblis dan syaitan tidak akan puas untuk menggoda anak Adam walau ‘sebaik’ mana pun zahirnya dilihat manusia lain sebagai orang yang berpegang kepada agama. Ini adalah salah satu daripada beberapa bahagian gejala social yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Dalam memahami ‘krisis gejala sosial’ ini, anda mungkin ada jawapannya.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes