Sunday, January 16, 2011

'Pak Su Man' dan Kursus Pra Perkahwinan



Agak signifikan untuk menyatakan tajuk ini. Dek kerana tempias TV Al-Hijrah yang telah membuatkan saya terpaku di hadapan laptop berjam-jam kerana menghayati drama-drama yang dianggap baik setakat ini yang pernah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen jika dibandingkan dengan stesen televisyen RTM, Media Prima yang lain. Dalam masa 'melayan' drama-drama islamik di TV al-Hijrah ini : Telah Dihalalkan Epal Itu (TDEI), Villa di Tepi Surau dan yang paling menarik ialah Pak Su Man. Apa yang menarik pada siri ialah ada beberapa watak yang saya boleh contohi. Tambahan pula dengan saya baru sahaja selamat menghabiskan kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM).

Apa yang paling menarik perhatian saya ialah pada watak Sumayyah lakonan Yatt Hamzah. Sumayyah ialah seorang isteri kepada Riezman atau PakSu Man yang merupakan watak utama dalam drama ini lakonan Ezany. Yatt Hamzah berjaya membawa penonton menghayati watak sebagai seorang isteri yang amat taat kepada agama, patuh pada suruhan Allah dan juga begitu menghargai serta pendorong kuat kepada suaminya Riezman. Walaupun mereka menghadapi pelbagai cubaan dan cabaran dalam mendidik anak-anak saudara mereka, tetapi mereka tidak pernah putus asa.

Dalam drama ini juga pada pandangan saya terlalu banyak mesej yang baik disampaikan dengan situasi yang realiti kepada apa yang berlaku kepada masyarakat kini. Juga di samping pelbagai method dakwah yang ingin ditekankan terutama dalam istitusi kekeluargaan yang dibina bersama. Saya juga akan menyarankan kepada anda yang membaca blog saya ini untuk menghayati drama yang begitu baik penceritaannya. Nilai tambah keberjayaannya juga yang berjaya memikat hati saya untuk terus menonoton ialah kerana mungkin ini drama pertama yang tiada adegan pegang-pegang, bersalam-salam dan sebagainya yang biasa kita lihat di drama-drama 'islamik' yang pernah disiarkan sebelum ini. Ia adalah satu permulaan yang baik agar penonton tidak 'serabut mata' dengan adegan suami isteri yang bersentuhan dalam lakonan sedangkan di luar mereka bukan suami isteri sebenar. Dalam drama ini tiada unsur-unsur sebegitu.

Drama yang penuh dengan unsur nasihat yang menelusuri ajakan kearah kebaikan bagi golongan remaja, golongan mahasiswa yang inginkan kebebasan juga mereka yang terlibat dengan syarikat-syarikat besar atau bidang korporat. Paling-paling penting dialog yang tidak ditinggalkan ialah " Assalamualaikum" apabila setiap kali bertemu dan akhlak yang menjadi tarikan yang akan memukau anda dan anda akan terpegun dengan watak mereka berdua. Pada pandangan saya juga elemen unsur dakwah kepada non Muslim juga diterapkan dalam drama ini. Untuk tahu lebih lanjut kenapa dan bagaimana anda perlu tonton di sini. -http://www.tvalhijrah.com. Anda tidak akan rugi tetapi banyak manfaat yang akan di dapati.

Sudah bercakap tentang drama Pak Su Man, dan juga amat terkesan dengan watak Sumayyah menyebabkan saya perlu bercerita pula tentang Kursus Pra Perkahwinan. Tidaklah bermakna saya akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tetapi cukuplah mengutip persediaan-persediaan yang bakal dihadapi dalam menjalani kehidupan wanita dewasa yang bakal berhadapan dengan kehidupan baru yang mungkin tidak pernah kita duga. Namun, apabila berkata tentang kahwin, kita perlu terima hakikat bahawa persediaan menjadi seorang isteri itu juga amat-amat perlu. Bagaimana seorang isteri yang cukup-cukup taat kepada suaminya dan mereka juga saling melengkapkan antara satu sama lain seperti yang dipaparkan dalam drama Pak Su Man tersebut. Juga sang suami adalah sebaik-baik suami yang faham akan isteri dan keprluannya. Kedua-dua watak berjaya dibawa dengan baik. Bagi saya juga watak-watak yang dipaparkan dalamnya itu lah yang perlu menjadi watak bagi suami terbaik dan isteri terbaik. Saya dapat kodkan kata-kata motivasi dan pemberi semangat seorang isteri bernama Sumayyah kepada Riezman apabila suaminya itu seakan rasa berat untuk menguruskan syarikat yang diamanahkan oleh arwah abang Riezman kepadanya. Menjadi tugas suami isteri untuk melengkapkan yang lain. Justeru itu Riezman tidak segan silu untuk meminta agar isterinya itu menegurnya apabila dirinya terlalai atau tersalah.

Alangkah ini suasana yang memang diharapkan oleh setiap pasangan hidup untuk hidup dengan kehidupan yang berdasarkan akidah, iman dan rasa takut kepada Allah. Pelbagai ilmu yang diperolehi sepanjang Kursus berlangsung dan membuatkan diri terfikir sendiri - sebenarnya kita lah pemula kepada apa yang akan kita tempuhi seterusnya. Bagaimana nanti kita, adakah boleh menjadi isteri yang terbaik untuk suami? Soalan ini saya simpan dan insyaallah kita sama-sama berusaha ke arah itu.

Beberapa minggu yang lepas saya sempat mendengar talk di IKIM fm tentang pergaulan 'Silang jantina' yang disampaikan oleh Dr Harlina Siraj. Dalamnya pelbagai situasi yang dikemukakan seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita apabila si suami jarang memuji, tetapi office boy di pejabatnya pula yang memuji. Memang berbunga la hati wanita apabila dipuji. Justeru dalam hal ini menurut Dr Harlina sepatutnya hanya kepada suami sahaja kita boleh beri segala-galanya. Saya juga menambah pendapat sendiri bahawa hanya suami sahaja yang perlu kita cintai dan kasihi kerana seorang isteri boleh mencintai dan menyayangi seorang lelaki yang halal bagi dirinya sahaja: SUAMI. Sedangkan SUAMI ada ruang untuk mencintai dan mencari lebih dari seorang wanita. Inilah setianya seorang wanita bernama isteri kepada suami.

Apa pun kata kita, kita belum sampai taraf seperti Saidatina Khadijah yang sanggup menjadi pendamping Nabi saat baginda memerlukan, saat orang lain tidak membenarkannya tetapi Khadijah yang membenarkan ajarannya dan dari rahim Khadijah lah lahirnya zuriat Muhammad. Bunda kita ini adalah sebenar-benar insan teladan yang perlu diteladani sikapnya, akhlaknya, pengorbanannya dan pendamping si suami yang paling setia di saat susah dan senang. Allah Akbar!

~~Be Inspired~~

Tuesday, January 4, 2011

KITA BELUM SEGALANYA...


Saya terfikir sendiri. Selama ini benarkah kita telah melakukan segala-galanya dengan sepenuh hati? Kadangkala ada sahaja masa menurun dan menaik dalam hidup yang dilalui. Kuat mana pun kita menahan, jalan ini juga lah yang harus kita tempuh. Tidak boleh berpaling tadah. Ada persoalan yang timbul " Jika ada, tapi tidak berguna, adakah patut untuk ada atau tiada itu lebih baik?"

Sebagai manusia, adalah lumrah kita akan beranjak ke arah kedewasaan dan pemikiran juga harus dewasa seusai usia ini. Dan jalan yang perlu ditempuh nanti belum di ketahui akhir destinasinya macam mana. Cuma kita sahaja lah yang boleh mencorak arah tuju itu. Tahun baru telah menjelma. Lambaian hijrah jua sepatutnya kita telah hadam dengan semangat dan iktibar yang terkandung dalamnya itu. Cuma kita terkedu dan adakah masih mencari-cari jalan dan lorong yang harus kita susuri dengan penuh BERANI? Ya! Kita perlu berani. Tanpa berani kita tidak akan hidup berdikari. Dari mana pula datangnya berani itu jika ia tidak di asah kan? Alah bisa tegal biasa lah yang akan mengasahnya menjadi biasa.

Kita juga belum lagi segalanya berbuat yang terbaik untuk diri sendiri. Apa lah tidaknya, apabila masa selalu dicuaikan. hati sentiasa dikaratkan, ibadah selalu dimainkan. Astaghfirullah... Kita sering mengisi perut dengan makanan yang ingin kita makan, lagi-lagi yang memang menjadi kegemaran kita. Sanggup kita bersusah payah hanya untuk memenuhkan kantung bernama PERUT itu. Baru terasa puas kan? Namun adakah usaha untuk kita melakukan segala bagi hidup dan perjuangan Islam itu sampai tahap kita BERSUNGGUH-SUNGGUH! Oh! Kita belum segalanya. Menatap masa depan hanya dengan angan-angan dan membayangkan kemudahan itu adalah mustahil! Kedewasaan itu perlu dipupuk dan keberanian itu perlu diluahkan. Banyak kali kita menolak 'payah' kerana tidak sanggup menanggung risiko. Kita ini istimewa sangat ke untuk menolak 'payah' itu kerana sedikit kesenangan?


Dalam mencari-cari dan melayan tulisan serius ini saya mendengar juga nyanyian dari Siti Nurhaliza, Seindah Biasa. Ye la sebab saya ni kaki lagu. (hehe)... Kenapa tajuknya Seindah Biasa? Apakah yang terkandung dalam kebiasaan itu yang mendatangkan keindahan? Keindahan hidup akan kita rasa apabila kita mengutip setiap cebisan perjalanan ini dengan hati yang tawadhuk, penuh usaha dan bersungguh-sungguh. Pernah kita kecewa, tetapi ia bukan alasan untuk berhenti di sini, kita harus kuat dan berani. BERANI dan BERANI... berbekalkan nusrah ALLAH yang kita yakini. InsyaAllah.


SEINDAH BIASA - SITI NURHALIZA

Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan

Kategori: Siti Nurhaliza


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2008/08/lirik-seindah-biasa-siti-nurhaliza.html#ixzz1A5B5k42z



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes