This is featured post 1 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.
Sunday, December 25, 2011
SUATU HARI...
Thursday, October 6, 2011
BICARA KEIBUBAPAAN SIRI 1: MENGHUKUM ATAU MENDIDIK?
Anak-anak adalah cerminan kepada apa yang ibu bapa lakukan. Pepatah ada menyebutkan
“melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan dilahirkan seorang bayi itu dalam keadaan fitrah iaitu sucibersih dari perkara kekotoran. Maka ibu bapa mereka lah yang akan mencorakkan sama ada dengan acuan Islam nasrani atau Yahudi. Beruntunglah mereka yang mengikut acuan Islam.
Adapun begitu, ibu bapa harus sedar bahawa zaman telah berubah dan prinsip asas pendidikan tidak boleh ditukar ganti. Zaman yang semakin mencabar ini amat menguji corak pendidikan yan
g akan diserlahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika zaman lampau cukup dengan sekali cakap anak-anak mudah menurut perintah. Intinya sama sahaja, untuk takutkan anak-anak dan menghormati orang tua.
Ibu bapa juga perlu meneliti keperluan nurani anak-anak yang masih kecil. Ada ibu bapa yang memang dibesarkan dalam keadaan kurang perhatian atau kasih sayang. Atau juga yang dibesarkan penuh dengan kemewahan, kasih sayang serta segala-galanya ada. Pokok pangkalnya apa yang ibu bapa berikan itulah anak-anak pada masa akan datang. Namun jangan disalahkan sesiapa jika ibubapa telah memberikan pendidikan yang terbaik (pada pandangan mereka) namun masih lagi berlaku gejala-gejala tidak sihat atau kelompangan-kelompangan pada aktiviti kehidupan anak-anak. Ini adalah ujian dan cabaran bagi ibu bapa. Usah menuding jari siapa yang bersalah atau mahu dipersalahkan. Tapi carilah jalan keluar dari masalah tersebut. Jangan ibu bapa menyesal atau putus asa dengan keadaan yang berlaku kerana ia tidak akan membawa apa-apa penyelesaian. Perlu disedari bahawa anak-anak dibesarkan bukan sekadar dibawah kawalan ibu bapa sahaja, tetapi juga rakan-rakan, guru-guru dan orang-orang sekeliling yang turut akan mempengaruhinya.
Anak-anak beruntung jika dihantar ke sekolah agama, mengikuti kelas atau kuliah-kuliah agama, terlibat dengan aktiviti-aktiviti asas agama, program-program pembinaan jati diri yang membentuk karakter dan pemikiran mereka selari dengan tuntutan agama. Meskipun ada di kalangan ibu bapa tidak faham dengan apa yang dilakukan anak-anak, juga adakalanya disalahtafsirkan tapi perkara-perkara ini juga adalah suatu tarbiyah yang berkesan bagi anak-anak dalam usia mereka meningkat remaja. Anak-anak remaja akan lebih suka melakukan aktiviti-aktiviti luar dan bergaul dengan rakan-rakan mereka daripada berada di rumah sahaja tanpa perhatian dan sokongan ibu bapa. Dari situ mereka akan memcari perhatian dari pihak lain dan cuba mendapatkan sokongan dari rakan-rakan. Sehinggakan ada di kalangan remaja, rakan-rakan mereka lebih mengenali dan mengetahui karakter sebenar anak-anak mereka, di samping minat, potensi dan bakat yang mereka ada. Dalam keadaan ibu bapa tidak mengetahuinya dan tidak menyedarinya. Kenapa pula ada ibu bapa yang tidak mengetahui dan tidak menyedarinya? Bukan kerana anak remaja tersebut tidak menonjolkannya, tapi kerana persepsi negative lebih banyak daripada persepsi positif yang saban hari ibu atau bapa berikan kepada anak-anak dan anak-anak menjadi malu alah sendiri untuk menyatakan apa-apa. Apabila di rumah, anak-anak rasa mahu sahaja cepat-cepat masa berlalu kerana mahu bertemu dengan rakan-rakannya. Di rumah mereka merasakan tiada orang yang menyokongnya lalu jadilah anak remaja tersebut seorang yang memendam perasaan.
Di rumah, dia tidak akan berkarakter seperti di sekolah, dan menyembunyikan potensi dalam dirinya bukan dari sudut pelajarannya tetapi bakatnya. Anak-anak menjadi tidak berani bersuara apabila melihat keadaan keluarga yang kacau-bilau, seharian tiada kata-kata positif yang singgah di cuping telinga, yang sentiasa didengari kutukan, kritikan dan kata-kata negative yang boleh meruntuhkan semangat anak-anak yang meningkat dewasa. Sehinggakan ada juga anak-anak yang memberontak. Apabila anak-anak memberontak, ibu bapa bertambah tidak faham dan memarahi tindakan mereka. Pada saat itu jiwa anak remaja akan terus di bawa perasaan mereka yang membuak-buak. Dari situ mereka tidak mempedulikan apa yang dikatakan orang tua asalkan mereka mendapat dan buat apa yang mereka inginkan sahaja. Ibu bapa pula terus melabelkan mereka degil, tidak menghormati orang tua, itu dan ini serta seumpamanya.
Ibu bapa bukanlah orang yang tidak bertanggungjawab dalam hal ini. Ibu bapa terus sahaja memberikan nafkah dan menyekolahkan mereka. Hanya dari sudut perasaan dan perhatian yang sedikit diabaikan. Ada ibu bapa yang tidak tahu apabila anak-anak menunjukkan reaksi begini atau begitu, ia sebenarnya menunjukkan apa yang mereka inginkan tetapi ada kala juga ia tidak bersahut apa-apa. Kesannya anak-anak akan berdikari dengan cara mereka sendiri dan kadang-kadang mereka berfikir bahawa tiada beza punya ibu atau bapa jika perhatian atau sokongan itu mudah diberikan oleh orang lain. Lalu keadaan ini terus membawa konflik dalam diri anak remaja tersebut.
Inilah antara situasi yang melanda ibu bapa dan anak-anak. Masing-masing tiada kesefahaman antara satu sama lain kerana sikap yang ditonjolkan ibu bapa, tersalah pendekatan atau seumpamanya. Ibu bapa bukan tidak sayangkan anak-anak mereka. Mereka fikir, dengan memarahi anak-anak boleh mendengar kata mereka. Tetapi ia silap, tidak semua perkara perlu menghukum anak-anak “INI SALAH! JANGAN BUAT!!” Itu kaedah salah mendidik anak-anak. Itu menghukum namanya. Ada ibu bapa yang kasar memarahi mereka hanya disebabkan perkara-perkara kecil. Tidak sepadan dengan perkara yang mereka perlu terima. Keadaan ini berlaku pada ibu bapa yang mengalami keadaan lampau yang mengerikan seperti didikan ala ketenteraan dari ibu bapa mereka, tekanan hidup yang memanjang, masalah kewangan dan ilmu keibubapaan yang kurang. Namun apa yang menjadi pendorong terbesar masalah ini ialah masalah komunikasi yang tidak berkesan antara anak-anak. Kerana ilmu yang tiada, sikap pentingkan diri dan tidak mengambil pandangan orang lain juga penyumbang kepada masalah ini berterusan. Masalah ini jika dibiarkan akan membawa kepada masalah lain yang lebih besar.
Anak-anak meningkat dewasa, dan berpelajaran tinggi lantas mereka mengerti dan fahami situasi yang pernah mereka alami. Ada dua keadaan yang bakal berlaku. Pertama jika negative, mereka boleh membalas dendam atau tidak mengendahkan peranan mereka terhadap ibu bapa sehingga berterusan masalah berlanjutan. Malanglah ibu bapa yang menerima nasib ini. Keadaan kedua pula ialah anak-anak terus melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa kerana mereka sedar dan berlapang dada dengan apa yang berlaku pada masa dahulu. Ini adalah antara sifat-sifat orang beriman memaafkan kesalahan lampau tanpa alasan. Ibu bapa juga perlu menyedari keadaan ini mereka tidak pernah dipinggirkan anak-anak. Beruntunglah ibu bapa ini.
Apa yang terjadi tetap akan memberi kesan kepada gaya hidup anak-anak apabila mereka meningkat dewasa. Pada masa ini ibu bapa tidak boleh menghalang apa yang mereka lakukan kerana mereka inilah dahulu pada masa lampau. Apa pun masalah komunikasi yang berlaku tetap perlu diselesaikan dengan cara baik. Terkadang terbit bibit-bibit tidak puas hati di hati anak-anak dengan apa yang pernah mereka lalui dulu. Namun jika dibandingkan pengorbanan yang begitu banyak ibu bapa lakukan mereka berlapang dada sahaja dengan hal tersebut. kasih-sayang itu boleh dipupuk dengan pelbagai cara Cuma untuk menterjemahkannya sukar sekali bagi sesetengah orang.
Kembali kepada perbincangan. Menghukum atau mendidik? Ibu bapa yang menentukannya. Ibu bapa adalah orang yang bertanggungjawab membina karakter awal kanak-kanak. Apa sahaja yang dilakukan ibu bapa pada awal pembesaran mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Jika baik contoh teladan yang ditunjukkan, maka baiklah karakter dan sifat yang mereka akan ambil. Benar juga kata orang bapa borek anak rintik. Juga pepatah, bapa kencing berdiri, anak kencing berlari. Dahsyat lagi tu.. Begitulah yang dikatakan orang dulu-dulu memberi perumpamaan anak akan menurut atau menyamai apa yang dilakukan orang tua dan orang dewasa bahkan boleh menjadi lebih teruk daripada itu.
Menghukum di sini bukan dalam erti kata memberi hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lakukan, tetapi menghukum mereka bersalah tanpa membetulkan kesalahan tersebut. paling malang juga jika mereka tidak bersalahpun tetapi harus menanggung kesalahan atau menerima tekanan seperti orang bersalah. Apa yang salah dan apa yang tidak salah? Salah pada pandangan ibu bapa tetapi betul pada pandangan anak-anak. Ya! Masa kecil masih belum mengerti apa-apa, inilah yang mereka perlu diberi tunjuk ajar. Bukan terus dimarahi tanpa menyatakan kenapa mereka dimarahi. Kesannya mereka akan memberontak jika tidak dipenuhi apa yang mereka ingini. Sikap ibu bapa juga menggambarkan didikan bagaimana yang diterima anak-anak. Ibu bapa yang panas baran dan suka marah-marah member kesan terhadap perkembangan anak-anak apabila mereka dalam proses membesar. Apa sahaja yang mereka lihat, dengar dan buat akan membentuk minda mereka. Minda mereka seawal 1 hingga 3 tahun adalah minda yang perlu di asah dengan perkara-perkara dan perkataan baik dan positif. Pada masa ini mereka amat mudah terkesan dengan perasaan dan emosi apabila dimarahi. Jika anak-anak dibiarkan sahaja dimarahi tanpa pendekatan yang betul, mereka boleh mengalami perasaan memberontak dalaman. Jika disusuli sehingga besar mereka sering mendengar kata-kata yang negative untuk dirinya, mereka boleh menjadi seorang yang penakut dan tidak yakin diri.
Persekitaran memang mempengaruhi perkembangan minda. Kenapa minda penting bagi kanak-kanak apatah lagi manusia dewasa? Minda lah yang akan menentukan cara kita berfikir sama ada baik atau tidak baik. Minda yang sering menerima tekanan negative berupa perkataan-perkatan negative seawal usia mereka berkembang akan menyumbang kepada sikap anak-anak.
Bersambung…
12.04 pm
16/9/ 2011
Saturday, September 3, 2011
Warna kehidupan di perjalanan ini... Siri 3
Mempersiap fikrah pernikahan
Kali ini saya ingin menyambung tentang mempersiapkan diri untuk mengahadapi baitul muslim. Betapa fikrah tentang pernikahan perlu jelas selain perkara seperti aspek komunikasi, bagaimana memahami sifat insan yang berlainan jantina ini, dan seumpamanya.
Sebuah perkahwinan itu indah bagi setiap manusia. Ia saat yang diimpikan oleh setiap orang untuk menghadapinya kerana ia adalah agenda terbesar dalam hidup. Jika bagi seorang wanita, sebelum ini berada di bawah jagaan ayah dan ibu namun amanah itu akan diserahkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Besarkan amanah yang harus dipikul oleh lelaki tersebut? Bagi seorang wanita, pelbagai perasaan, persoalan yang akan bermain di dalam jiwa dan fikiran sepanjang proses menuju pernikahan ini berlangsung. Ia adalah kerana wanita memikirkan bagaimana dia akan menjadi seorang isteri yang sebenar-benarnya bagi seorang lelaki. Juga apa yang paling dibimbangkan ialah berapa lamakah masa yang akan diambilnya untuk membiasakan diri dengan ‘keadaan baru’ nya itu. Tambahan pula bagi seorang wanita yang tidak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki, yang cukup menjaga tatasusila dan maruah dirinya dari lelaki yang bukan muhrimnya. Jika wanita itu yang agak ‘rigid’ dengan lelaki sebelum ini bagaimana pula dia kan menghadapi seorang lelaki bernama suami yang mana wanita tersebut perlu memenuhi permintaannya, melayaninya, mengasihinya dan menyintainya sepenuh hati. Sekeras manapun wanita itu ia ada sifat kelembutan jua.
Dalam fasa-fasa sebegini, ilmu pengetahuan perlu dipersiapkan. Saya amat tersentuh dengan sebuah video kartun dari filem ‘UP ‘ yang menayangkan tentang kesabaran seorang suami dan seorang isteri yang berhabiskan masa bersama sehingga ke akhir hayatnya. Video itu tidaklah mempunyai kata-kata yang menarik, tapi ia cukup menggambarkan suasana yang akan dihadapi oleh seorang lelaki bergelar suami dan seorang wanita bergelar isteri. Saya juga baru membaca sebuah buku “ Berbunga Cinta Aisyah di hati Rasulullah”. Buku itu menceritakan bahawa dalam setiap wanita itu adanya Aisyah dalam dirinya. Bagaimana Aisyah itu wujud dalam setiap diri wanita itu? Anda perlu membaca sendiri buku ini…=)
Persiapan emosi, perasaan dan memenuhi tuntutan syariat itu amat penting dalam menjaga sesuatu hubungan sesame muslim. Berdasarkan beberapa buku yang saya baca, menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara lelaki dan perempuan. Perkara ini perlu diketahui oleh antara satu sama lain. Justeru saya menyarankan anda beberapa buah buku yang boleh dibaca antaranya Men from Mars, Komunikasi Intim, Women from Venus (john Gray), Think Like a Man, Act like a Lady, juga sebuah buku yang baru sahaja saya baca - My Husband My Prince dan telah dihadiahkan kepada kawan saya. Buku ini ada 'lawan' yang bertajuk "My Wife my Princess".. serta beberapa buku lagi yang sungguh bermanfaat.
Saya ingin memetik dan tertarik dengan isi kandungan dari buku ‘Di jalan dakwah aku Menikah’ :
Menurut Muhammad Ustman Al-Khasyt, saling emnegnal antara kedua calon mempelai tidak hanya terbatas pada pengenalan fizikal dan wajah masing-masing sahaja tapi lebih harus menegenali kecnderungan, kejiwaan, persepsi dan fikrah calon pasangan. Diharapkan keduanya dapat mempertimbangkan secara matang dan sudah bisa memperkirakan bisa hidup bersama calon pasangannya dengan penuh keserasian. Standard penting untuk menilai keserasian dan kemantapan pilihan menurut al-khayst ialah persamaan faham dan nilai, tujuan kehidupan dan fikrah, tabiat dan watak, kesenangan dan kecenderungan serta pandangan hidup secara umum.
Rasulullah bersabda: Ruh-ruh itu ibarat sebuah pasukan, bila saling mengenal akan bersatu, jika saling mengingkari akan bersengketa ( HR Bukhari ).
Mengikut kaedah سد الذرائع semestinya proses pemilihan dan penetapan calon ini tidak berlarut-larut dengan alasan saling mengetahui, saling memahami, saling menyetujui. Dikhuatirkan terjatuh dalam hal-hal yang dilarang agama.
TAK BOLEH ADA PAKSAAN DAN KETERPAKSAAN
Islam tidak melarang kecenderungan hati kepada lawan jenis sebelum terjadinya pernikahan. Selama yang terjadi hanyalah kecenderungan, ketertarikan, kekaguman, perasaan kasih sayang terhadap lawan jenis, maka hal ini sahaja tidaklah menimbulkan dosa. Yang akan menjadikannya salah dan menimbulkan dosa adalah ekspresi dari perasaan tersebut ketika memang sudah melanggar batasan syariat. Firman Allah :
wur yy$oYã_ öNä3øn=tæ $yJÏù OçGôʧtã ¾ÏmÎ/ ô`ÏB Ïpt7ôÜÅz Ïä!$|¡ÏiY9$# ÷rr& óOçF^oYò2r& þÎû öNä3Å¡àÿRr& 4 zNÎ=tæ ª!$# öNä3¯Rr& £`ßgtRrãä.õtGy `Å3»s9ur w £`èdrßÏã#uqè? #
Å HwÎ) br& (#qä9qà)s? Zwöqs% $]ùrã÷è¨B 4 wur (#qãBÌ÷ès? noyø)ãã Çy%x6ÏiZ9$# 4Ó®Lym x÷è=ö6t Ü=»tFÅ3ø9$# ¼ã&s#y_r& 4 (#þqßJn=ôã$#ur ¨br& ©!$# ãNn=÷èt $tB þÎû öNä3Å¡àÿRr& çnrâx÷n$$sù 4 (#þqßJn=ôã$#ur ¨br& ©!$# îqàÿxî ÒOÎ=ym ÇËÌÎÈ
235. dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu[148] dengan sindiran[149] atau kamu Menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu Mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) Perkataan yang ma'ruf[150]. dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; Maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
[148] Yang suaminya telah meninggal dan masih dalam 'iddah.
[149] Wanita yang boleh dipinang secara sindiran ialah wanita yang dalam 'iddah karena meninggal suaminya, atau karena Talak bain, sedang wanita yang dalam 'iddah Talak raji'i tidak boleh dipinang walaupun dengan sindiran.
[150] Perkataan sindiran yang baik.
Abdul halim Muhammad Abu Syuqqah memberikan ulasan “ Sesungguhnya cinta lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan manusiawi, yang bersumber dari asal fitrah yang diciptakan Allah dalam jiwa manusia iaitu kecenderungan kepada lawan jenis ketika telah mencapai kematangan fikirandan fizik. Kecenderungan ini beserta hal-hal yang mengikuti berupa cinta pada dasarnya bukanlah sesuatu yang kotor kerana kekotoran dan kesucian itu tergantung pada bingkai tempat bertolaknya.
“Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram. Cinta itu adalah perasaan yang baik dengan kebaikan tujuan, jika tujuannya adalah menikah. Ertinya, yang satu menjadikan yang lainnya sebagai teman hidup, jika demikian alangkah bagusnya tujuan ini.” – Abu Syuqqah…
~bersambung~