Friday, October 22, 2010

PUISI CINTA



Cinta itu ibarat wangian

Harumnya akan memikat hati

Memberi kesegaran pada jiwa jua badani

Cinta itu tidak semestinya memiliki

Kerana cinta itu mahal sekali untuk dimiliki

Cinta itu syurga dunia

Pada perasaan yang bergelora

Seolah ia taman bunga yang sedang mekar sekali

Kuasa cinta

Mampu ber’cakap’ di dalam diam

Saat tidak menuturkan apa-apa

Tetapi ia berbicara…dengan hati

Yang dekat pada pencintanya

Cinta itu asyik sekali

Bila disubur kerinduan berpanjangan

Pada cinta nikmatnya sang pencinta agung

Ia pasti tidak pernah putus harap

Ia pasti akan lebih memberi dari menerima

Ia pasti tidak akan luak selama-lamanya

Wahai sang pencinta agung

Cintamu cinta teragung

Berilah harapan agar aku dapat merasai

Nikmat cintmu yang tidak kesudahan itu

Andai aku ditakdirkan cintanya pada sang penerima cinta

Berilah harapan pasti

Agar aku terus subur dengan cinta Mu yang

Tidak pernah berputusan

Hingga akhir masa…

Sunday, October 17, 2010

Setelah itu..

Setelah 'lama' meninggalkan alam siber ini untuk berkongsi sesuatu, malam ini alhamdulillah ada kesempatan untuk aku kongsikan sesuatu yang telah aku rasai sendiri. Di kala badan disengat dengan kedemaman...(?), yang bagiku adalah sejarah paling tidak bisa diluahkan. Mungkin agak teruk sehingga kan makan pun berpeluh..

Dugaan sekecil itu sahaja. dua hari MC tanpa keluar rumah melihat sekeliling, dirasakan inikah kehidupanku? Benar-benar ujian. terpaksa menghabiskan ubat yang diberi doktor dengan konsistennya kerana usaha untuk kesembuhan itu kewajipan bagi badan. Badan beransur pulih. Dikala kita sakit, baru kita rasa segalanya adalah berharga bukan? Seringkali aku berkata ketika belum demam tempoh hari, ingat lima sebelum lima Mas! Masih ingatkan lima sebelum lima? Apabila sudah datang antara lima perkara itu, teringat kembali kata-kata. Ya! Lima sebelum lima tetapi bagaimana jika yang kelima itu datang? Bersiap siagakah kita?

Aku amat sedih apabila mengenangkan hal ini kerana masih banyak sisa dosa yang masih melekat pada diri yang belum dibasuh serta dipakaikan dengan pakaian taubat nasuha. Justeru mengapa masih menunda? Kuatkanlah jiwa-jiwa hamba ini agar terus kuat ya Rabb!!

Disini juga ku titipkan sebuah 'Doa istighfar" yang dilagukan. Berapa kali entah sudah ku dengar tidak pernah-pernah ku jemu kerana begitu asyik dengan rangkaian doanya itu.
Jom dengarkan...





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes