Saturday, November 13, 2010

ANIMASI TERANCANG














Perhatikan dan nilai apa yang terkandung dalam setiap animasi ini. Ada banyak lagi animasi-animasi rekaan mereka untuk mengaburkan tentang kedatangan Dajjal. Golongan sasaran paling dikehendaki ialah KANAK-KANAK. ANAK-ANAK KITA.

Perancangan mereka hampir ke kemuncak. Kita tidak boleh berdiam diri dengan perancangan musuh. Apa yang akan kita lakukan?? Marilah bersatu wahai umat Islam...



JUGA INI, BUKAN DALAM BENTUK ANIMASI... TAPI BERMISI


Food Fight - Analogi Perang



Analogi yang digunakan untuk menggambarkan suasana perang?
Juga peristiwa 11/9..

Friday, October 22, 2010

PUISI CINTA



Cinta itu ibarat wangian

Harumnya akan memikat hati

Memberi kesegaran pada jiwa jua badani

Cinta itu tidak semestinya memiliki

Kerana cinta itu mahal sekali untuk dimiliki

Cinta itu syurga dunia

Pada perasaan yang bergelora

Seolah ia taman bunga yang sedang mekar sekali

Kuasa cinta

Mampu ber’cakap’ di dalam diam

Saat tidak menuturkan apa-apa

Tetapi ia berbicara…dengan hati

Yang dekat pada pencintanya

Cinta itu asyik sekali

Bila disubur kerinduan berpanjangan

Pada cinta nikmatnya sang pencinta agung

Ia pasti tidak pernah putus harap

Ia pasti akan lebih memberi dari menerima

Ia pasti tidak akan luak selama-lamanya

Wahai sang pencinta agung

Cintamu cinta teragung

Berilah harapan agar aku dapat merasai

Nikmat cintmu yang tidak kesudahan itu

Andai aku ditakdirkan cintanya pada sang penerima cinta

Berilah harapan pasti

Agar aku terus subur dengan cinta Mu yang

Tidak pernah berputusan

Hingga akhir masa…

Sunday, October 17, 2010

Setelah itu..

Setelah 'lama' meninggalkan alam siber ini untuk berkongsi sesuatu, malam ini alhamdulillah ada kesempatan untuk aku kongsikan sesuatu yang telah aku rasai sendiri. Di kala badan disengat dengan kedemaman...(?), yang bagiku adalah sejarah paling tidak bisa diluahkan. Mungkin agak teruk sehingga kan makan pun berpeluh..

Dugaan sekecil itu sahaja. dua hari MC tanpa keluar rumah melihat sekeliling, dirasakan inikah kehidupanku? Benar-benar ujian. terpaksa menghabiskan ubat yang diberi doktor dengan konsistennya kerana usaha untuk kesembuhan itu kewajipan bagi badan. Badan beransur pulih. Dikala kita sakit, baru kita rasa segalanya adalah berharga bukan? Seringkali aku berkata ketika belum demam tempoh hari, ingat lima sebelum lima Mas! Masih ingatkan lima sebelum lima? Apabila sudah datang antara lima perkara itu, teringat kembali kata-kata. Ya! Lima sebelum lima tetapi bagaimana jika yang kelima itu datang? Bersiap siagakah kita?

Aku amat sedih apabila mengenangkan hal ini kerana masih banyak sisa dosa yang masih melekat pada diri yang belum dibasuh serta dipakaikan dengan pakaian taubat nasuha. Justeru mengapa masih menunda? Kuatkanlah jiwa-jiwa hamba ini agar terus kuat ya Rabb!!

Disini juga ku titipkan sebuah 'Doa istighfar" yang dilagukan. Berapa kali entah sudah ku dengar tidak pernah-pernah ku jemu kerana begitu asyik dengan rangkaian doanya itu.
Jom dengarkan...



Sunday, August 1, 2010

BULAN TERBIT LAGI… (Ep 1)


Mak Anang bangun awal hari itu untuk menyiapkan sarapan anak-anaknya ke sekolah. Di tanaknya nasi dalam 4 cupak sekali untuk jualan nasi lemaknya hari itu. Di tambahnya lagi 3 cupak untuk nasi berlauk. “ Ajan nak bawa 5bungkus, Seha 4 bungkus. 9 bungkus semuanya.. 1 bungkus lagi minta bagi Cikgu Rohayu . Dia banyak bantu Ajan dan Seha.” Bisik Mak Anang sendirian. Terbit senyuman manis di bibirnya, puas hati.

Setelah ditanaknya nasi di dapur, Mak Anang naik ke atas kejutkan anak-anaknya bangun ke sekolah. Dikejutnya Ajan yang masih berselimut merah berbelang-belang biru. Di sebelahnya Adi dan Sani sudah dibilik air. Mak Anang ke bilik anak perempuannya pula Nur Sihatul Insyirah. Cantik nama itu. Tapi dipanggilnya Seha sahaja. Akma dibiarkan sahaja berdengkur kerana si cilik itu masih perlu tidur lagi seawal usia 4 tahun. Masih perlu tidur.

Semua sudah bersiap memakai baju sekolah masing-masing. Sani dan Adi berpakaian seragam sekolah di dada mereka tertera lencana Sekolah Agama Al-Karamah. Sani di tingkatan 3 dan Adi di Tingkatan 2. Kedua-dua perlu bersiap awal ke sekolah kerana bas akan datang jam 6.45 pagi. Ajan dan Seha pula berseragam putih biru tua ke sekolah. Seha akan membonceng Ajan ke sekolah.

“ Mak, dah siap bungkus nasi untuk Ajan? “ Sambil menira-ngira kawan-kawannya. Manap, Husin, Bob, Teja, Alin. 5 bungkus ye mak.” Jerit Ajan dari bangku meja sarapan pagi. Mak Anang di dapur membuka pintu rezeki mereka sekeluarga hari itu. Di kuaknya pintu bertentangan jalanraya berhadapan rumahnya. Di hatinya di bisikkan doa semoga jualannya habis hari itu.”

“ Ya, nak bungkus ni. Seha sekali ni. Makan jangan menjerit la Ajan. Makan pelan-pelan…” pesan seorang ibu..

“ Ajan jangan menjerit lagi tau macam tu masa makan. Mak tengah bungkus dah tu…” kata Seha kepada Ajan. “ Opss.. sory.. Ajan kan memang suara kuat kak.. Kalau tak Cikgu Rohayu tak lantik Ajan jadi Ketua Kelas.. “ jawab Ajan sambil tersenyum. “ Hmm ye la tu.. dah makan. Jap lagi nak tolong mak bungkus sekali.

“ Ni Ajan punya , 5 bungkus pesanan kawan-kawan dan ini Ajan punya tau.” Sambil menghulurkan plastic hijau berisi nasi kepada Ajan dan Seha. “ Oh ya. Ni mak tambah lagi satu untuk Cikgu Rohayu”

“ Baiklah mak.”

“ Doakan kami belajar ye mak..” sambil mencium tangan ibu yang mereka kasihi itu.

Sambil melambai pergi.. Sayup hati seorang ibu membisikkan… Ya Allah jadikanlah mereka insan berguna di dunia dan di akhirat…”


Mak Anang teringatkan arwah suaminya yang telah pergi ke rahmatullah semasa Mak Anang masih mengandungkan Akma 5 bulan. Pak Adin meninggal kerana sakit jantung. Tinggallah Mak Anang menyara anak-anaknya 5 orang dengan menjual nasi pagi. Kerja lain Mak Anang tak reti buat, memasak memang dia pandai. Tambahan pula arwah ibu Mak Anang memang pandai memasak dan kepakaran itu duwarisi Mak Anang. Lagipun di kampungnya tiada orang yang jual nasi pagi. Jadi Mak Anang ambil kesempatan demi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah.

Mak Anang tidak pernah cicirkan pendidikan kepada anak-anaknya walaupun mereka hidup ala kadar dan sederhana sahaja. Anak-anaknya kecil-kecil sudah di ajar berdikari dan hidup susah. Arwah suaminya pernah berkata “ Anak-anak ni perlu di ajar susah supaya nanti mereka akan mengerti erti sebenar kehidupan ini. Dan tidak lupa daratan apabila sudah Berjaya. Dari rasa susah akan dapat kepuasan dalam kehidupan. Kecil-kecil kena diajar berjimat cermat dan tidak berlebih-labihan. Hormat kat orang tua dan ingat orang yang berjasa kepada kita. Tapi kita tidak boleh hidup meminta-minta selagi kudrat yang Allah bagi masih ada kita gunakan dengan sepenuhnya…”

Kata-kata arwah suaminya itu masih terngiang-ngiang di telinganya dan Mak Anang tidak akan melupakannya. Mak Anang sangat setia sebagai seorang isteri. Kata-kata arwah Pak Adin tidak pernah di bantah apalagi makan minum dan pakaian suami dan anak-anak sentiasa di jaga kekemasan dan kebersihannya walaupun arwah Pak Adin bekerja sebagai seorang buruh. Rezeki yang didapati tidak pernah dirungut kerana mereka percaya segala rezeki adalah daripada Allah dan mencukupi dengan apa yang ada. Dengan sebuah motosikal Kapcai Honda c50 Pak Adin berulang-alik ke tempat kerja. Keluar pagi balik petang. Di malam hari mereka akan solat jemaah bersama-sama dan Pak Adin akan mengajarkan anak-anaknya mengaji Al-Quran. Meriah suara anak-anaknya mengaji Al-Quran. Suasana itu terus diamalkan sehingga hari ini oleh keluarga kecil ini kerana Mak Anang yakin keberkatan dan ketenangan akan datang dengan pegangan agama yang utuh. Dan inilah yang sentiasa diterapkan oleh Pak Adin sepanjang hidupnya kepada anak-anak. Kini, Sani yang mengambil alih tugas ayahnya untuk mengajarkan Al-Quran kepada adik-adiknya. Mak Anang brsyukur kerana hajatnya dan arwah suaminya tertunai jua apabila Sani berjaya belajar di Sekolah Agama. Sani anak sulung dan dia juga bertanggungjawab terhadap adik-adiknya nanti apabila sudah besar. Pengganti imam solat jemaah di rumah yang serba sederhana ini. Alhamdulillah…

Semena-mena nama Mak Anang dipanggil .

“Mak!! Ajan dah balik…Assalamualaikum mak…” Ajan berlari dari atas basikal mendapatkan Mak Anang yang duduk di serambi rumahnya..

“ Waalaikumussalam..

“ Mak! Cikgu Rohayu kirim salam kat mak. Dia kata masakan mak memang sedap. Bangga Ajan masa tu mak. Tau tak Ajan kata apa kat Cikgu?”

“ Apa dia?”

“Ajan kata. Kalau Cikgu nak makan nasi mak saya lagi, hari-hari saya boleh bawa Cikgu!”

Mak Anang sedikit tergelak dengan cerita anak lelakinya berusia 9 tahun itu.

“ Lepas tu Cikgu cakap apa?”

“ Cikgu cakap nanti dia nak pesan dengan mak dan dia akan bayar la untuk akan datang. Selalu je dia kata mak ta nak ambil duit bila dia nak bayar. Dia kata boleh tolong mak dapat duit juga. Mak tau tak lepas tu bukan Cikgu Rohayu je yang nak pesan, tapi Ustazah Husna, Cikgu Latifah dan semua cikgu-cikgu lain pun nak makan nasi yang mak masak. Ustaz Hassan yang garang tu pun nak rasa masakan mak tau. Ajan bangga sangat dengan mak yang pandai masak. Ajan sayang mak!” sambil mencium pipi ibunya itu.

“Ya la ya la. Esok mak masak lagi untuk Cikgu-cikgu Ajan ye. Alhamdulillah. Inilah namanya rezeki. Allah kan dah kata kalau kita suka memberi, InsyaAllah Allah akan beri yang lebih baik daripada itu. Ye?”

“Cikgu Ayu memang baik hati. Dahlah cantik, suka tolong orang pulak kan mak?”

“A’a. sebab itu mak ajar ana-anak mak yang comel ini dengan sifat-sifaat yang baik, hormat orang lain dan jangan lupakan jasa orang yang telah berjasa pada kita. Kena belajar rajin-rajin nanti jadi orang yang berjaya dan boleh tolong orang lain pulak. Dahlah, pergi tukar pakaian dan solat nanti kita makan sama-sama ye.”

Seha sudah masuk ke bilik menukar pakaian dan solat zohor.


~bersambung~

25 12 2009 12.14 AM

Thursday, July 29, 2010

MANUSIA : APABILA BERKOMUNIKASI BUKAN LAGI DENGAN MANUSIA!


Rata-rata hari ini manusia semakin maju. Dalam era globalisasi ini, pelbagai teknologi yang telah diperkenalkan untuk kemudahan manusia. Manusia tidak lagi akan terkurung dalam rumah untuk mengetahui perkembangan semasa tidak kira di luar atau di dalam Negara. Petik saja, siaran mana-mana televisyen telah disediakan sama ada berbayar atau swasta dan berhak untuk manusia pilih yang mana satu yang menjadi pilihan.

Kemajuan ini ditambah pula dengan rangkaian jalur lebar yang semakin meluas. Broadband, wireless, wi-fi dan pelbagai jenis telekomunikasi yang diperkenalkan untuk capaian internet secara lebih meluas dan lebih mudah. Manusia kini tidak lagi perlu ke cyber café, apa lagi untuk mempunyai sebuah komputer juga semakin mudah. Pelbagai tawaran dan promosi disediakan dengan harga yang paling rendah dan menjimatkan. Sekaligus, keadaan ini menyebabkan manusia juga seakan bekerja seperti mesin itu juga. Anda ingin tahu mengapa saya bercakap sedemikian?
Komunikasi manusia sesame manusia semakin berkurang tatkala ia telah deprogram kan dengan satu sistem bernama Facebook, Yahoo, Google dan sebagainya lagi. Tidak salah pun menggunakan elemen-elemen komunikasi ini. Namun , bagaimanakah pula dengan teknologi komunikasi antara rangkaian yang pelbagai ini, memang betul-betul mendekatkan hubungan manusia?
Anda bayangkan. Ada orang yang memang ‘gila’ dengan internet. Hidup tidak akan berlepas dengan menyelusuri internet. Dari satu web ke laman web, laman chatting dan sebagainya. Seakan apabila satu hari tanpa akses internet buka suatu kecukupan yang sempurna! Pada masa yang sama juga manusia lebih suka mengadap mesin bernama komputer, laptop, notebook di mana-mana sahaja. Sehingga sebahagian masa adalah ‘bermusyawarah’ bersama mesin tersebut. alangkah malang lagi seandainya manusia itu bergelar seorang ibu, seorang sahabat, seorang bapa, seorang guru. Kenapa pulak malang ye?

Mereka tidak pernah salahpun untuk menggunakan kemudahan tersebut. tetapi andainya dengan penggunaan tersebut segala kewajipan terabai, kerja bertangguh dan hubungan sesama orang terdekat renggang atau bermasalah, tidak itu adalah suatu kesalahan MANUSIA sesame MANUSIA? Cuba lihat satu situasi di bawah :

Aiza, seorang rakan serumah kepada Safi yang teramat ‘gila’ kan teknologi internet ini.
Aiza : Safi , jom kita ke kedai jap temankan aku beli barang.
Safi : Alah… kau pergi je la sorang. Kedai tu bukannya jauh pon. Dekat je kan.
Aiza : Tapi aku nak minta kau boncengkan aku ke sana.
Safi : Aku tengah busy la sekarang. Nanti kan tak dapat download plak citer ni. Huh..

Mungkin situasi ini tidak berapa penting sangat dalam kehidupan seharian. Hanya kes-kes terpencil. Tapi ingatlah kita manusia juga berhubung dengan manusia yang punya hati, perasaan dan fitrah asalnya. Bukannya dengan mesin yang hanya kaku, menunggu masa digunakan lagi.

~Sekadar coretan yang tak tersusun~


Thursday, April 8, 2010

Mencari Semangat Yang Hilang...

Tuesday, March 16, 2010

PESANAN IMAM HASSAN AL-BANNA

Bersihkanlah dirimu, lahirmu dan batinmu
Hanya dengan kesucian roh jua amanah
Risalah ini dapat kau jalankan

Risalah dan amanah ini adalah suci
Tidak boleh dipegang dengan tangan yang kotor
Jiwa yang berlumuran dosa dan noda
Hanya dengan kesucian roh engkau dapat
memikul tugas dan beban yang berat ini..

Sucikanlah dirimu, lahirmu dan batinmu
barulah engkau dapat mengajak
menempuh jalan yang suci

Tahirun mutahhir, suci dan menyucikan
Itu peribadi mu’min sejati
Tangan yang berlumuran dosa dan maksiat
Tidak akan berbuat khairat
Tidak memberikan erti
Kepada dunia dan manusia….

Saturday, February 6, 2010

IKTIBAR DARI NATRAH

Nyanyian lagu "Pulanglah Natrah" dari kumpulan Al-Wadi yang didengari dari Nasyidfm telah membuatkan hati penulis sedikit terdetik untuk 'tahu sendiri' apa yang berlaku pada susuk tubuh bernama Natrah ini. Meskipun sebelum ini saya pernah mendengar berita tentang hal ini dan Erma Fatima juga telah mementaskan kisah ini di Istana Budaya beberapa kali pementasan (walaupun ada beberapa komen tentang pementasan tersebut).



Cuba tengok apa yang diceritakan dari Tribute Natrah ini...



Dan ini juga...



Saya menjadi lebih tertarik apabila menjumpai kenyataan ini dalam kronologi peristiwa Natrah. (dipetik dari http://eriyza.aeropama.com)

"Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British."

Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha
“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”


Laungan Allahuakbar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid


Sumber : Shukur
Video-video berkaitan Natrah :-
Maria Hertogh Part 1
Maria Hertogh Part 2
Pulanglah Natrah a Tribute
Natrah – Handy Black (diharamkan kerajaan pada tahun 1992)

Eriyza : Tahun 1950 orang Melayu memang miskin tetapi mereka sanggup ke Singapura untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dinoda oleh si kafir laknat tetapi pada masa kini mengapa isu murtad dipandang enteng meskipun ia mula menular?? Ayuh, semangat cintakan Islam perlu dipupuk semula sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Hmm... jika sekarang bukan main lagi 'orang yang beruniform' itu dengan FRU apabila ada apa-apa demontrasi, tapi lain pula pada zaman dahulu. Sanggup tanggalkan pangkat untuk tegakkan kebenaran. Sekarang ada lagi ke orang macam ni ye? Itu pada zaman sebelum merdeka orang Islam boleh bersatu atas dasar agama apabila 'se-coet' sahaja hak keagamaan mereka di ceroboh. Jika nak dibandingkan sekarang, bertimbun-timbun kes pasal akidah roh ini telah semakin pudar dalam hati-hati umat Islam. Atas sebab politik dan semangat (kebangsaan?) pun orang boleh mainkan agama.

Siapa yang boleh jawab? Sekarang sibuk dengan isu perselisihan fahaman akidah,ini betul, ini tak betul... Sudah-sudahla dari menyalahkan satu sama lain. Tiba masanya untuk kita kembali bersatu. Cuba kita suluh berapa banyak kes-kes 'ke-Konfiusan' agama di sekitar kampus especially, apalagi di sekitar masyarakat kita. Dan banyak lagi isu-isu yang tidak kita sedari telah menular.

Jom sama-sama kita suluh diri, pertahankan iman! ALLAHU AKBAR!!!

Thursday, February 4, 2010

Utusan Malaysia Online - Rencana

Wednesday, January 20, 2010

Siapa guru??

Penulis terdetik memilih tajuk ini apabila timbul kesedaran bahawa suatu hari nanti hal inilah yang bakal di lalui dan 'title' inilah yang bakal dibawa sepanjang diizinkan Allah lagi-lagi bergelar guru agama atau ustaz/ah. Saya terkenang seorang guru yang mana sarat ilmu di dada, pernah mengajar matapelajaran Fikah di sekolah dahulu...

Sungguhpun Ustaz tersebut ada kekurangan fizikal iaitu bergen ' albino' yang menyebabkan pandangannya terbatas dan rambutnya putih serta kulitnya kemerahan dan pergerakannya jua penuh hati-hati. Hatta untuk melihat kitab perlu didekatkan matanya pada bahan bacaan. Apa yang mengagumkan saya ialah... " Ilmu itu di dalam dada, bukan di dalam perenggan..". Ini jua ungkapan rentetan daripada kuliah Tafaqquh Fiddin yang saya ikuti semalam yang cukup baik sekali. Kembali pada kisah Ustaz tadi. Dalam pembelajaran kami, beliau ingat setiap baris perkataan yang terkandung dalam kitab Fikah tersebut( yang saya lupa tajuk kitabnya apa). Hanya sesekali apabila terlupa pangkalnya akan dibukanya kitab itu dengan segenap keupayaan yang ada meskipun beliau seakan perlu merapatkan matanya pada helaian isi kitab tersebut. Ustaz tidak perlu lama-lama. Kerana semuanya berada dalam ingatan! Subhanallah...Apabila teringatkan hal ini juga saya teringat. Pernah sekali dua saya dan rakan sekelas terlewat masuk kelas tersebut. Kami secara senyap-senyap (kononnya) masuk kelas supaya tidak disedari Ustaz tentang kelewatan kami. Tapi... rupa-rupanya tidak. Pendengaran Ustaz begitu tajam. Beliau tahu kami kelewatan dan terus bertanya " Dari mana...".


Sungguh! Ilmu itu di dalam dada, bukan sekadar di dalam perenggan, ayat tapi biarlah ilmu itu mampu disampaikan kepada orang lain juga untuk kebaikan bersama. Siapa itu guru? Seorang yang sentiasa menyampaikan ilmu dan membimbing murid dan anak didiknya juga. Apabila ini didalami betul-betul, penulis berasa betapa besarnya peranan seorang guru pada generasi akan datang. Oleh itu seorang guru apatah lagi seorang guru agama perlu mempersiapkan pelbagai elemen ilmu dalam diri sebagai bekalan nanti. Alhamdulillah jua kerana masih lagi Allah bagi kesempatan untuk diri menimba seberapa banyak ilmu yang berada di bumi kampus ini. Dan Alhamdulillah jua kepada Allah yang memberi taufiq dan hidayah untuk diri sentiasa mencari dan menampung kekurangan diri yang ada.

Seorang guru jua bukan sekadar bercakap tetapi jua mendidik, menegur dan memperbetulkan sikap. Guru yang baik adalah yang mempunyai ciri kepimpinan. Guru yang tiada ciri kepimpinan akan sukar untuk menyampaikan pembelajaran kepada pelajar (seperti yang dinyatakan dalam kuliah Kepimpinan dalam Organisasi). Seorang guru perlu menjadi role model yang utama di sekolah tidak kira dari Pengetua, Guru Besar dan seterusnya. Guru yang berjaya jua ialah guru yang berjaya mempengaruhi pelajarnya melaksanakan pembelajarannya. Kebiasaannya ini adalah antara sifat guru yang disayangi pelajar iaitu apabila guru jua mempunyai perasaan kasih sayang dan ikhlas dalam mendidik dan mengajar.


Saya teringat sebuah lagi kisah yang pernah diceritakan oleh Ummi Usrah saya di sekolah dahulu iaitu suatu ketika di dalam dewan kuliah sebuah Universiti di luar negara, seorang 'Muallim' sedang berdiri memberikan kuliah kepada pelajarnya. Setelah itu Muallim itu bertanya kepada seluruh pelajarnya yang berada di dalam kuliah tersebut. " Siapa yang tidak faham dengan kuliah saya tadi, sila angkat tangan.". Hampir keseluruhan pelajarnya mengangkat tangan menandakan mereka tidak faham dengan isi kuliah yang disampaikan oleh Muallim mereka. "Baiklah saya akan ulang sekali lagi penerangan saya." lalu Muallim tersebut pun mengulangi kembali kuliahnya. Setelah itu ditanya lagi soalan yang sama kepada pelajarnya. Kali ini separuh pelajarnya yang masih tidak faham. Lalu tanpa putus asa beliau sekali lagi mengulangi kuliahnya buat kali ketiga pada hari tersebut. Kali ini beliau rasa cukup berdebar menanyakan kembali soalan tadi setelah 3 kali menerangkan perkara yang sama kepada pelajarnya. Namun untuk kepastian, beliau bertanya jua pelajarnya dengan nada yang cukup berdebar...



" Erk..Kali ini ada lagi tak yang masih belum faham dengan pembelajaran hari ini?" sambil melihat segenap ratusan pelajar yang berada di depannya itu. Tiada yang mengangkat tangan..Muallim tersebut berasa lega dan berniat menamatkan kuliahnya setakat itu sahaja...Tiba-tiba! Seorang pelajar mengangkat tangannya lalu berkata " Saya masih belum faham Ya Muallim...". Sementelah dengan itu Muallim tersebut terduduk di kerusi. Beliau terdiam seketika lalu tanpa diduga, beliau terasa sebak dan menangis di meja kerusi syarahan tersebut. Seluruh kelas bingit seketika apabila melihatkan suasana tersebut dan masing-masing bertanya kenapa dengan Muallim...
Lalu pelajar terakhir yang mengangkat tangan tadi pun terus meluru mendapatkan Muallimnya.

"Ya Muallim! Maafkan saya kerana telah membuatkan Muallim bersedih dengan ketidakfahaman saya ini"

Lalu Muallim itu berkata kepada pelajarnya itu dengan nada sebak " Kamu tidak bersalah wahai anak didikku. Tetapi akulah yang bersalah kerana disebabkan hatiku yang tidak bersih telah menghijab ilmu itu untuk masuk ke hatimu yang suci bersih itu.." " Oh tidak wahai Muallim yang dihormati lagi dikasihi. Akulah yang bersalah kerana hatikulah yang tidak bersih kerana telah terhijab untuk ilmu itu masuk dan kejap ke dalam dadaku ini Ya Muallim di kala orang lain telah dapat menerima ilmu tersebut sedangkan aku seorang sahaja yang belum dapat menerimanya. Kamu tidak bersalah Ya Muallim..." Muallim itu pula yang berkata... " Tidak! Oh tidak! Aku yang bersalah...Aku yang bersalah.." berterusan begitulah.

Apa yang di dapati dari kisah ini? Masing-masing ada penilaian sendiri. Siapa itu guru?

Wednesday, January 13, 2010

Salah Siapa?

Jom tengok kartun ni... then komen la apa-apa...




Tengok kartun ni, betul kah cara si biru bertanduk selesaikan masalah yang dihadapinya? Relatekan dengan apa yang berlaku sekarang... macamana ye?? Hmm...pikir pikir...

Saturday, January 9, 2010

HAK vs BATIL

Alhamdulillah.. ahad lepas berkesempatan jua bertemu adik-adik usrah untuk melanjutkan sesi usrah semester kali ini. Setelah masa cuti yang panjang hari itu saya 'membekalkan' kepada mereka siri The Arrivals untuk ditonton sepanjang cuti. Agar tidak tersia-sia sahaja cuti dan boleh juga berusrah...walau pun tidak berjumpa di depan mata.

Perancangan awal mahu ke Taman Jaya, tapi disebabkan awal pagi ramai adik-adik usrah yang tidak dapat join lalu di tukar tempat ke Gazebo. Seusai petang jam 5 saya telah sampai di Gazebo. Tertarik dengan latihan pentas dari Pusat Budaya yang diadakan di Gazebo itu, saya berhenti sejenak. Dan memutuskan untuk ke surau KPS sahaja sementara solat Asar. Sambil menanti semua datang saya terasa cukup penat dan membaringkan diri sebentar di surau itu. Memikirkan banyak perkara. hehe...eh rupa-rupanya Za pun ada juga..

Usrah bermula lewat hampir stengah jam. Sementara mnunggu Intan sampai Izati dan Syuhada ditayangkan dengan Siri Qabil dan Habil part 4 sebagai permulaan usrah kami.Seusai Intan datang membawa kawan baru untuk usrah kami. Alhamdulillah...bertambah anggota Usrah Al-Karamah ini...

Jom mulakan:

1. Keluarkan sehelai kertas
2. Naqibah akan menyebut 10 perkataan dan diminta ahli usrah menyatakan perkataan lawan bagi perkataan tersebut.
3. Setelah selesai minta beberapa orang nyatakan jawapan yang dapat.
4. Seterusnya Naqibah akan minta semua ahli usrah jawab secara serentak jawapan yang diperolehi apabila Naqibah menyebut mana-mana perkataan dari 10 perkataan itu secara cepat.
5. Buat sedikit ulasan yang mereka dapat.

Seterusnya disambung part 4 Qabil dan Habil iaitu part ending siri tersebut. Dalam bahagian ini diilustrasikan tentang pembunuhan Habil oleh saudaranya sendiri iaitu Qabil kerana rasa dengki, sombong dan rasa tidak puas hati. Sedangkan Habil adalah seorang yang tidak pernah berdendam dan habil cuba mendapatkan kepastian apabila Habil ditimpa musibah, Qabil tidak membantunya sebaliknya jika Qabil ditimpa musibah Habil akan membantu. Diakhir bahagian ini dinyatakan juga bahawa generasi Qabil akan terus ada dan mereka kini menggunakan pelbagai senjata sama ada yang nampak atau tidak untuk mengkucar-kacirkan manusia. Contohnya dengan mortar, kereta kebal dan sebagainya dan pertumpahan darah antara hak dan batil akan berterusan sampai bila-bila kerana generasi Qabil adalah terdiri daripada manusia itu sendiri. Dalam bahagian ini juga dinyatakan bahawa generasi Qabil ini akan mendakwa bahawa merekalah yang benar walaupun pertumpahan darah dan kebinasaan sentiasa berlaku kerana adanya sikap sombong, pentingkan diri, dengki dan sebagainya. Mereka berasa tidak bersalah membunuh kerana mereka tidak bersalah sebaliknya orang yang dibunuh itu yang bersalah. Dalam surah al-Maidah ayat 27 telah menyatakan tentang peristiwa ini.

Kenapa dinyatakan ini semua dalam usrah kali ini? Bermula dengan aktiviti perkataan lawan? Tiada lain sekadar permulaan untuk menyatakan setiap sesuatu ada lawannya. Cantik lawannya hodoh, pandai-bodoh dan sebagainya. Sehingga apa yang nak dihighlightkan adalah HAK lawannya BATIL. Apa yang hak dan apa yang batil?
Saya kemudian memulakan perbincangan dengan Hizbullah dan Hizbusyaitan. Saya mengambil bahan: SERI TAUJIHAT RI’AYAH MA’NAWIYAH KADER PK-SEJAHTERA 1424 H bertajuk "Ciri-Ciri Hizbusy Syaithan Dalam Konteks Kekinian" untuk dibincangkan. Dalamnya dinyatakan bahawa terdapat 3 langkah Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, mereka berusaha keras mengeluarkan manusia dari cahaya Allah dan nilai-nilai keimanan.

Kedua,tazyiin (memandang bagus kemaksiatan).

Ketiga, taswis (membisikkan kejahatan dan membangun keraguan dalam hati manusia).


Dalam siri taujihat itu juga dinyatakan tentang Ciri-ciri Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, selalu lupa kepada Allah (ghaflah).“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.”(QS 59:19)

Kedua, mengekor hawa nafsu

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang buruk yang menyia-nyiakan shalat dan
mengikuti hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Q.S. 19:59)

Ketiga, menjauhi Al-Qur’an

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan
yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya…” (Q.S.7:146)

Keempat, dikuasai syaitan
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.” (QS 59:19)

Kelima, loyal kepada musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS 2:257)

Perbincangan seterusnya dibuka kepada isu-isu yang bermain di sekitar kampus. Mana yang kita nampak baik dan yang sebaliknya serta manakah golongan yang benar dan golongan yang salah.


Usrah petang itu ditutup dengan siri ke 38 The Arrivals yang bertajuk : Kisah Islam. Saya ingin menunjukkan bagaimana Islam dan orang Islam akan dilayan seperti Malcorm X yang mati dibunuh sebagai pejuang Islam di Amerika. (untuk tahu ringkas tentang Malcorm X lihat di sini <>. Dan boleh la cari siapa Malcorm X melalui pembacaan dan sebagainya. Sungguh memilukan bagaimana beliau di bunuh.



Dan tanpa disangka, keadaan hening seketika. Saya ingin menyatakan bahawa dalam membawa sesuatu kebenaran, beginilah kita akan dilayan. Sebagaimana dakwah Nabi dahulu yang sentiasa ditentang, begitulah juga orang yang bertitle "Penggerak Islam" akan ditentang. Namun kita tidak boleh undur kerana kita adalah khalifah di muka bumi.

Wallahua'lam. ~

Saturday, January 2, 2010

Aku Rela



*Lagu dedikasi untuk pejuang kebenaran...

AKU RELA
Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

SEORANG AYAH...

Hari terakhir kuliah minggu pertama semester ke 2...
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kuliah...



e:italic;">Saya dibonceng sahabat serumah dengan motosikalnya untuk ke rumah. Semasa dalam perjalanan, kami terlihat sebuah motosikal berhenti di tepi jalan tapi di seberang jalan kami. Motosikalnya yang penuh dengan barang sehinggakan tidak nampak tempat duduk dan hampir penunggangnya pun tidak kelihatan. Boleh anda bayangkan bagaimana keadaan motosikalnya itu? Hati tiba-tiba terasa sedikit sebak. Saya bertanya kepada sahabat saya itu. " Pah, bayangkan kalau ayah atau ibu kita yang macam itu... Macamana?" Sahabat saya menjawab " Arghh.. Tidak sanggup akak kalau mak ayah kita macam tu..." Saya menyambung bicara" Hmm... mesti dia bukan orang senang, kalau tidak mestilah dia akan bawa barang-barang tersebut dengan kereta kan?" " Ye la kak. Tak nak ulang alik jimatkan minyak motor..." sahabat saya menjawab pula "... rumah jauh pula" tambah saya...

Apabila hampir ke simpang rumah pula, kami melihat pula seorang perempuan yang sedang menjual buah nangka di bawah payung yang dipasang di tepi jalan... " Macam ni macamana pula??"

Apabila melihatkan keadaan tadi, saya betul-betul terharu. Terkenang mak di kampung. Bagaimana ibu dan ayah kita sanggup bersusah payah menyara hidup. Saya juga sedikit terkenangkan seorang insan bernama 'AYAH' yang hanya sekadar enam tahun diri ini sempat bersamanya sebelum AYAH kembali ke rahmatullah. Tinggallah ibu yang menyara kami sekeluarga dengan penuh susah payah sehingga tiada seorang pun yang tidak disekolahkannya dari 10 orang adik beradik kami...

Entah.. terasa ingin benar menghargai dan mendampingi mereka semua. Sudah lumrah sebagai anak. Seringkali juga terlihat dan menonton di televisyen tentang jasa ayah ibu. Saya membayangkan kesusahan seorang ayah yang saya ceritakan di awal tadi tentang bagaimana mahu membawa barang yang begitu banyak dengan motosikal yang pada perkiraan saya... berbahaya bagi penunggang motosikal. Tapi itulah kesanggupan seorang yang bergelar AYAH dan jua IBU sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak. untuk menyuap sesuap nasi kepada anak-anaknya. Meskipun saya tidak mengenali dan tidak pernah tahu siapakah si AYAH itu yang telah mengingatkan saya tentang 'AYAH' yang sudah tiada lagi di sisi saya...Semasa masih kecil saya akan sentiasa menunggu AYAH pulang dari kerja membawa buah tangan. Tapi apabila 'saat' itu tiba, saya dan adik-adik yang masih lagi tidak tahu apa makna kematian,masih lagi kami berkejaran ke sana ke mari. Main-main anak kata kan. Saya masih ingat abang saya menangis sangat-sangat. Tapi saya dan adik-adik tidak menangis langsung. Saya juga melihat bagaimana AYAH dikafankan ( saat itu saya tidak tahu kenapa AYAH dibalut dengan kain dan hidungnya disumbat....)Ramai saudara-mara yang datang tapi tidak tahu kenapa mereka datang rammmaiii sangattt...Saya melihat segala-galanya pada hari itu.

Keesokan hari keadaan semuanya sunyi. Saya menanti ke'HADIRAN' seorang AYAH yang saban hari akan membawa buah tangan untuk anak-anak kesayangannya... Tapi hari itu tiada lagi.. Selepas itu baru diri ini sedar bahawa AYAH sudah tiada lagi di sisi... Saat itu lah baru air mata ini menitis seperti mana ia menitis sekarang...dan terus menitis...

Saya mendoakan kepada semua AYAH yang sanggup berkorban dan AYAH yang penyayang "Moga hidup sentiasa dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah... Moga Allah membalas segala jasamu dengan kebaikan dan menempatkanmu di kalangan orang-orang yang soleh... AMIN".

* Dedikasi untuk ayahanda tercinta yang telah ke rahmatullah, jumaat; 30 Julai 1992*



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes