Wednesday, January 20, 2010

Siapa guru??

Penulis terdetik memilih tajuk ini apabila timbul kesedaran bahawa suatu hari nanti hal inilah yang bakal di lalui dan 'title' inilah yang bakal dibawa sepanjang diizinkan Allah lagi-lagi bergelar guru agama atau ustaz/ah. Saya terkenang seorang guru yang mana sarat ilmu di dada, pernah mengajar matapelajaran Fikah di sekolah dahulu...

Sungguhpun Ustaz tersebut ada kekurangan fizikal iaitu bergen ' albino' yang menyebabkan pandangannya terbatas dan rambutnya putih serta kulitnya kemerahan dan pergerakannya jua penuh hati-hati. Hatta untuk melihat kitab perlu didekatkan matanya pada bahan bacaan. Apa yang mengagumkan saya ialah... " Ilmu itu di dalam dada, bukan di dalam perenggan..". Ini jua ungkapan rentetan daripada kuliah Tafaqquh Fiddin yang saya ikuti semalam yang cukup baik sekali. Kembali pada kisah Ustaz tadi. Dalam pembelajaran kami, beliau ingat setiap baris perkataan yang terkandung dalam kitab Fikah tersebut( yang saya lupa tajuk kitabnya apa). Hanya sesekali apabila terlupa pangkalnya akan dibukanya kitab itu dengan segenap keupayaan yang ada meskipun beliau seakan perlu merapatkan matanya pada helaian isi kitab tersebut. Ustaz tidak perlu lama-lama. Kerana semuanya berada dalam ingatan! Subhanallah...Apabila teringatkan hal ini juga saya teringat. Pernah sekali dua saya dan rakan sekelas terlewat masuk kelas tersebut. Kami secara senyap-senyap (kononnya) masuk kelas supaya tidak disedari Ustaz tentang kelewatan kami. Tapi... rupa-rupanya tidak. Pendengaran Ustaz begitu tajam. Beliau tahu kami kelewatan dan terus bertanya " Dari mana...".


Sungguh! Ilmu itu di dalam dada, bukan sekadar di dalam perenggan, ayat tapi biarlah ilmu itu mampu disampaikan kepada orang lain juga untuk kebaikan bersama. Siapa itu guru? Seorang yang sentiasa menyampaikan ilmu dan membimbing murid dan anak didiknya juga. Apabila ini didalami betul-betul, penulis berasa betapa besarnya peranan seorang guru pada generasi akan datang. Oleh itu seorang guru apatah lagi seorang guru agama perlu mempersiapkan pelbagai elemen ilmu dalam diri sebagai bekalan nanti. Alhamdulillah jua kerana masih lagi Allah bagi kesempatan untuk diri menimba seberapa banyak ilmu yang berada di bumi kampus ini. Dan Alhamdulillah jua kepada Allah yang memberi taufiq dan hidayah untuk diri sentiasa mencari dan menampung kekurangan diri yang ada.

Seorang guru jua bukan sekadar bercakap tetapi jua mendidik, menegur dan memperbetulkan sikap. Guru yang baik adalah yang mempunyai ciri kepimpinan. Guru yang tiada ciri kepimpinan akan sukar untuk menyampaikan pembelajaran kepada pelajar (seperti yang dinyatakan dalam kuliah Kepimpinan dalam Organisasi). Seorang guru perlu menjadi role model yang utama di sekolah tidak kira dari Pengetua, Guru Besar dan seterusnya. Guru yang berjaya jua ialah guru yang berjaya mempengaruhi pelajarnya melaksanakan pembelajarannya. Kebiasaannya ini adalah antara sifat guru yang disayangi pelajar iaitu apabila guru jua mempunyai perasaan kasih sayang dan ikhlas dalam mendidik dan mengajar.


Saya teringat sebuah lagi kisah yang pernah diceritakan oleh Ummi Usrah saya di sekolah dahulu iaitu suatu ketika di dalam dewan kuliah sebuah Universiti di luar negara, seorang 'Muallim' sedang berdiri memberikan kuliah kepada pelajarnya. Setelah itu Muallim itu bertanya kepada seluruh pelajarnya yang berada di dalam kuliah tersebut. " Siapa yang tidak faham dengan kuliah saya tadi, sila angkat tangan.". Hampir keseluruhan pelajarnya mengangkat tangan menandakan mereka tidak faham dengan isi kuliah yang disampaikan oleh Muallim mereka. "Baiklah saya akan ulang sekali lagi penerangan saya." lalu Muallim tersebut pun mengulangi kembali kuliahnya. Setelah itu ditanya lagi soalan yang sama kepada pelajarnya. Kali ini separuh pelajarnya yang masih tidak faham. Lalu tanpa putus asa beliau sekali lagi mengulangi kuliahnya buat kali ketiga pada hari tersebut. Kali ini beliau rasa cukup berdebar menanyakan kembali soalan tadi setelah 3 kali menerangkan perkara yang sama kepada pelajarnya. Namun untuk kepastian, beliau bertanya jua pelajarnya dengan nada yang cukup berdebar...



" Erk..Kali ini ada lagi tak yang masih belum faham dengan pembelajaran hari ini?" sambil melihat segenap ratusan pelajar yang berada di depannya itu. Tiada yang mengangkat tangan..Muallim tersebut berasa lega dan berniat menamatkan kuliahnya setakat itu sahaja...Tiba-tiba! Seorang pelajar mengangkat tangannya lalu berkata " Saya masih belum faham Ya Muallim...". Sementelah dengan itu Muallim tersebut terduduk di kerusi. Beliau terdiam seketika lalu tanpa diduga, beliau terasa sebak dan menangis di meja kerusi syarahan tersebut. Seluruh kelas bingit seketika apabila melihatkan suasana tersebut dan masing-masing bertanya kenapa dengan Muallim...
Lalu pelajar terakhir yang mengangkat tangan tadi pun terus meluru mendapatkan Muallimnya.

"Ya Muallim! Maafkan saya kerana telah membuatkan Muallim bersedih dengan ketidakfahaman saya ini"

Lalu Muallim itu berkata kepada pelajarnya itu dengan nada sebak " Kamu tidak bersalah wahai anak didikku. Tetapi akulah yang bersalah kerana disebabkan hatiku yang tidak bersih telah menghijab ilmu itu untuk masuk ke hatimu yang suci bersih itu.." " Oh tidak wahai Muallim yang dihormati lagi dikasihi. Akulah yang bersalah kerana hatikulah yang tidak bersih kerana telah terhijab untuk ilmu itu masuk dan kejap ke dalam dadaku ini Ya Muallim di kala orang lain telah dapat menerima ilmu tersebut sedangkan aku seorang sahaja yang belum dapat menerimanya. Kamu tidak bersalah Ya Muallim..." Muallim itu pula yang berkata... " Tidak! Oh tidak! Aku yang bersalah...Aku yang bersalah.." berterusan begitulah.

Apa yang di dapati dari kisah ini? Masing-masing ada penilaian sendiri. Siapa itu guru?

Wednesday, January 13, 2010

Salah Siapa?

Jom tengok kartun ni... then komen la apa-apa...




Tengok kartun ni, betul kah cara si biru bertanduk selesaikan masalah yang dihadapinya? Relatekan dengan apa yang berlaku sekarang... macamana ye?? Hmm...pikir pikir...

Saturday, January 9, 2010

HAK vs BATIL

Alhamdulillah.. ahad lepas berkesempatan jua bertemu adik-adik usrah untuk melanjutkan sesi usrah semester kali ini. Setelah masa cuti yang panjang hari itu saya 'membekalkan' kepada mereka siri The Arrivals untuk ditonton sepanjang cuti. Agar tidak tersia-sia sahaja cuti dan boleh juga berusrah...walau pun tidak berjumpa di depan mata.

Perancangan awal mahu ke Taman Jaya, tapi disebabkan awal pagi ramai adik-adik usrah yang tidak dapat join lalu di tukar tempat ke Gazebo. Seusai petang jam 5 saya telah sampai di Gazebo. Tertarik dengan latihan pentas dari Pusat Budaya yang diadakan di Gazebo itu, saya berhenti sejenak. Dan memutuskan untuk ke surau KPS sahaja sementara solat Asar. Sambil menanti semua datang saya terasa cukup penat dan membaringkan diri sebentar di surau itu. Memikirkan banyak perkara. hehe...eh rupa-rupanya Za pun ada juga..

Usrah bermula lewat hampir stengah jam. Sementara mnunggu Intan sampai Izati dan Syuhada ditayangkan dengan Siri Qabil dan Habil part 4 sebagai permulaan usrah kami.Seusai Intan datang membawa kawan baru untuk usrah kami. Alhamdulillah...bertambah anggota Usrah Al-Karamah ini...

Jom mulakan:

1. Keluarkan sehelai kertas
2. Naqibah akan menyebut 10 perkataan dan diminta ahli usrah menyatakan perkataan lawan bagi perkataan tersebut.
3. Setelah selesai minta beberapa orang nyatakan jawapan yang dapat.
4. Seterusnya Naqibah akan minta semua ahli usrah jawab secara serentak jawapan yang diperolehi apabila Naqibah menyebut mana-mana perkataan dari 10 perkataan itu secara cepat.
5. Buat sedikit ulasan yang mereka dapat.

Seterusnya disambung part 4 Qabil dan Habil iaitu part ending siri tersebut. Dalam bahagian ini diilustrasikan tentang pembunuhan Habil oleh saudaranya sendiri iaitu Qabil kerana rasa dengki, sombong dan rasa tidak puas hati. Sedangkan Habil adalah seorang yang tidak pernah berdendam dan habil cuba mendapatkan kepastian apabila Habil ditimpa musibah, Qabil tidak membantunya sebaliknya jika Qabil ditimpa musibah Habil akan membantu. Diakhir bahagian ini dinyatakan juga bahawa generasi Qabil akan terus ada dan mereka kini menggunakan pelbagai senjata sama ada yang nampak atau tidak untuk mengkucar-kacirkan manusia. Contohnya dengan mortar, kereta kebal dan sebagainya dan pertumpahan darah antara hak dan batil akan berterusan sampai bila-bila kerana generasi Qabil adalah terdiri daripada manusia itu sendiri. Dalam bahagian ini juga dinyatakan bahawa generasi Qabil ini akan mendakwa bahawa merekalah yang benar walaupun pertumpahan darah dan kebinasaan sentiasa berlaku kerana adanya sikap sombong, pentingkan diri, dengki dan sebagainya. Mereka berasa tidak bersalah membunuh kerana mereka tidak bersalah sebaliknya orang yang dibunuh itu yang bersalah. Dalam surah al-Maidah ayat 27 telah menyatakan tentang peristiwa ini.

Kenapa dinyatakan ini semua dalam usrah kali ini? Bermula dengan aktiviti perkataan lawan? Tiada lain sekadar permulaan untuk menyatakan setiap sesuatu ada lawannya. Cantik lawannya hodoh, pandai-bodoh dan sebagainya. Sehingga apa yang nak dihighlightkan adalah HAK lawannya BATIL. Apa yang hak dan apa yang batil?
Saya kemudian memulakan perbincangan dengan Hizbullah dan Hizbusyaitan. Saya mengambil bahan: SERI TAUJIHAT RI’AYAH MA’NAWIYAH KADER PK-SEJAHTERA 1424 H bertajuk "Ciri-Ciri Hizbusy Syaithan Dalam Konteks Kekinian" untuk dibincangkan. Dalamnya dinyatakan bahawa terdapat 3 langkah Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, mereka berusaha keras mengeluarkan manusia dari cahaya Allah dan nilai-nilai keimanan.

Kedua,tazyiin (memandang bagus kemaksiatan).

Ketiga, taswis (membisikkan kejahatan dan membangun keraguan dalam hati manusia).


Dalam siri taujihat itu juga dinyatakan tentang Ciri-ciri Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, selalu lupa kepada Allah (ghaflah).“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.”(QS 59:19)

Kedua, mengekor hawa nafsu

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang buruk yang menyia-nyiakan shalat dan
mengikuti hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Q.S. 19:59)

Ketiga, menjauhi Al-Qur’an

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan
yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya…” (Q.S.7:146)

Keempat, dikuasai syaitan
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.” (QS 59:19)

Kelima, loyal kepada musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS 2:257)

Perbincangan seterusnya dibuka kepada isu-isu yang bermain di sekitar kampus. Mana yang kita nampak baik dan yang sebaliknya serta manakah golongan yang benar dan golongan yang salah.


Usrah petang itu ditutup dengan siri ke 38 The Arrivals yang bertajuk : Kisah Islam. Saya ingin menunjukkan bagaimana Islam dan orang Islam akan dilayan seperti Malcorm X yang mati dibunuh sebagai pejuang Islam di Amerika. (untuk tahu ringkas tentang Malcorm X lihat di sini <>. Dan boleh la cari siapa Malcorm X melalui pembacaan dan sebagainya. Sungguh memilukan bagaimana beliau di bunuh.



Dan tanpa disangka, keadaan hening seketika. Saya ingin menyatakan bahawa dalam membawa sesuatu kebenaran, beginilah kita akan dilayan. Sebagaimana dakwah Nabi dahulu yang sentiasa ditentang, begitulah juga orang yang bertitle "Penggerak Islam" akan ditentang. Namun kita tidak boleh undur kerana kita adalah khalifah di muka bumi.

Wallahua'lam. ~

Saturday, January 2, 2010

Aku Rela



*Lagu dedikasi untuk pejuang kebenaran...

AKU RELA
Album : Yang Benar Tetap Benar
Munsyid : Algebra
http://liriknasyid.com


Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela segala tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…

Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah..
Kerana bimbang suapan harian

Dengan menjual nama Tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya

Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini.. aku bahagia

Kerana..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

SEORANG AYAH...

Hari terakhir kuliah minggu pertama semester ke 2...
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari kuliah...



e:italic;">Saya dibonceng sahabat serumah dengan motosikalnya untuk ke rumah. Semasa dalam perjalanan, kami terlihat sebuah motosikal berhenti di tepi jalan tapi di seberang jalan kami. Motosikalnya yang penuh dengan barang sehinggakan tidak nampak tempat duduk dan hampir penunggangnya pun tidak kelihatan. Boleh anda bayangkan bagaimana keadaan motosikalnya itu? Hati tiba-tiba terasa sedikit sebak. Saya bertanya kepada sahabat saya itu. " Pah, bayangkan kalau ayah atau ibu kita yang macam itu... Macamana?" Sahabat saya menjawab " Arghh.. Tidak sanggup akak kalau mak ayah kita macam tu..." Saya menyambung bicara" Hmm... mesti dia bukan orang senang, kalau tidak mestilah dia akan bawa barang-barang tersebut dengan kereta kan?" " Ye la kak. Tak nak ulang alik jimatkan minyak motor..." sahabat saya menjawab pula "... rumah jauh pula" tambah saya...

Apabila hampir ke simpang rumah pula, kami melihat pula seorang perempuan yang sedang menjual buah nangka di bawah payung yang dipasang di tepi jalan... " Macam ni macamana pula??"

Apabila melihatkan keadaan tadi, saya betul-betul terharu. Terkenang mak di kampung. Bagaimana ibu dan ayah kita sanggup bersusah payah menyara hidup. Saya juga sedikit terkenangkan seorang insan bernama 'AYAH' yang hanya sekadar enam tahun diri ini sempat bersamanya sebelum AYAH kembali ke rahmatullah. Tinggallah ibu yang menyara kami sekeluarga dengan penuh susah payah sehingga tiada seorang pun yang tidak disekolahkannya dari 10 orang adik beradik kami...

Entah.. terasa ingin benar menghargai dan mendampingi mereka semua. Sudah lumrah sebagai anak. Seringkali juga terlihat dan menonton di televisyen tentang jasa ayah ibu. Saya membayangkan kesusahan seorang ayah yang saya ceritakan di awal tadi tentang bagaimana mahu membawa barang yang begitu banyak dengan motosikal yang pada perkiraan saya... berbahaya bagi penunggang motosikal. Tapi itulah kesanggupan seorang yang bergelar AYAH dan jua IBU sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak. untuk menyuap sesuap nasi kepada anak-anaknya. Meskipun saya tidak mengenali dan tidak pernah tahu siapakah si AYAH itu yang telah mengingatkan saya tentang 'AYAH' yang sudah tiada lagi di sisi saya...Semasa masih kecil saya akan sentiasa menunggu AYAH pulang dari kerja membawa buah tangan. Tapi apabila 'saat' itu tiba, saya dan adik-adik yang masih lagi tidak tahu apa makna kematian,masih lagi kami berkejaran ke sana ke mari. Main-main anak kata kan. Saya masih ingat abang saya menangis sangat-sangat. Tapi saya dan adik-adik tidak menangis langsung. Saya juga melihat bagaimana AYAH dikafankan ( saat itu saya tidak tahu kenapa AYAH dibalut dengan kain dan hidungnya disumbat....)Ramai saudara-mara yang datang tapi tidak tahu kenapa mereka datang rammmaiii sangattt...Saya melihat segala-galanya pada hari itu.

Keesokan hari keadaan semuanya sunyi. Saya menanti ke'HADIRAN' seorang AYAH yang saban hari akan membawa buah tangan untuk anak-anak kesayangannya... Tapi hari itu tiada lagi.. Selepas itu baru diri ini sedar bahawa AYAH sudah tiada lagi di sisi... Saat itu lah baru air mata ini menitis seperti mana ia menitis sekarang...dan terus menitis...

Saya mendoakan kepada semua AYAH yang sanggup berkorban dan AYAH yang penyayang "Moga hidup sentiasa dalam kerahmatan dan kasih sayang Allah... Moga Allah membalas segala jasamu dengan kebaikan dan menempatkanmu di kalangan orang-orang yang soleh... AMIN".

* Dedikasi untuk ayahanda tercinta yang telah ke rahmatullah, jumaat; 30 Julai 1992*



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes