Thursday, December 17, 2009

CATATAN HATI..

Seorang hamba pada suatu hari menulis sebuah catatan hati di saat keresahan..

Catatan Hati...

Robeknya hati kerana rasa kecewa apabila patah hati. Kita mungkin menyerahkan hati yang rapuh kepada Pencipta.. kerana telah robeknya hati kita…

Bila masa akan di renovate kembali? Terlalu jauh dengan hati ini dengan hati yang diberi Sang Pencipta. Apabila saat rindu bukan lagi pada saat berduaan di malam hari… merintih dan menangis…

Robeknya hati apabila rindu dibahagi-bahagi pada manusia yang tidak halal dirindui. Bagaimana mahu dibaiki lagi?

Soal hati…

Biarlah Allah yang menentukan…kerana hati ini belum tentu lagi suci untuk pencinta syahidMu…

Soal hati…

Biarlah ia rahsia antara diri dan Sang Pencipta kerana Dia lebih tahu yang terbaik buatku.

Soal hati…

Usah dibicarakan andai masih di awangan. Kerana kita takut ia menjadi petanda gelapnya hati, terhijab segala kebaikan, terhijab segala kata-kata kebaikan.

Soal hati…

Biarlah ia tetap di dalam hati. Agar hati mampu dijahit kembali untuk melengkapkan nilai hati di pandangan Allah. Biarlah ia tetap menjadi hati yang tawadhuk kepada Allah, Sang Pencipta. Biarlah ia asyik saat bertemu dengan Penciptanya. Biarlah ia syahdu melepaskan rindu dengan Penciptanya. Biarlah ia meluahkan bicara segalanya pada Pencipta.

Agar tiada lagi fitnah hati yang akan terus menggelapkan hati..kerana aku takut segalanya menjadi dosa kerana hati yang dikarati cinta dunia, cinta manusia yang sementara!

~BAGAIMANA DENGAN HATI KITA HARI INI??~

Tuesday, December 15, 2009

Jika bukan kerana...

Tit titt.. Uma mencapai telefon bimbitnya. Satu mesej diterima daripada Kak Mija...

Kak Mija : " Assalamualaikum Uma.. Akak nak minta tolong gantikan akak mengajar esok boleh tak?"
Uma : "Waalaikumussalam.. Err...mengajar? Mengajar apa kak?"
Kak Mija : " Ajar makcik-makcik kat blok Pantai Permai tu... tentang Fardhu Ain je..."
Uma : " Alamak! Makcik2? Macamne ni..(Dalam hati)"" Ermm.. boleh la
kak.."
Kak Mija : " OK. Esok dah sampai kontek Kak Nisah ye, dia uruskan kelas itu. Ni nombor dia 0199542588."
Uma : "Ok"

Alamak!

Ados!! Camne la nak ajar makcik-makcik ni.. Budak kecik pun belum pass lagi ni nak ajar orang besar plak. Adoi!

Ala.. redah je.. Nanti kan Kak Mija kata apa pulak. Aku kan adik usrah yang baik.. Uma senyum sendirian...




Keesokan harinya seperti yang dijanjikan...

Tot tot.. Uma menekan nombor Kak Nisah.

" Assalamualaikum Ni kak Nisah ke? Saya Humaira' Anis yang akan gantikan Kak Hamizah mengajar hari ni di sini. "

"OOoo.. Waalaikumussalam… Ya ya. A’a Mijah ada bagitau. Sekejap ye Akak g jemput awak. Sekarang kat mana?”

“ Saya depan Kedai Buku Saffy Barakah berdekatan dengan parking motosikal di Blog G.”

"Ok. Sebentar lagi saya ke sana. “

“ OK. “


~ bersambung...~

Friday, December 4, 2009

FRIENDSHIP AND LOVE

Pantai Sri Aur



Cuti semester yang sekejap alhamdulillah dapat diluangkan masa untuk mengikuti Reunion batch 04/05 SPM dan STAM 05/06 Maahad Yaakubiah . Inilah kali pertama batch kami berkumpul setelah sekian lama tidak berjumpa. Walaupun ramai juga yang tak hadir sebab Raya korban kan, baru Raya Haji ke 2 biasanya kat kelantan ni penuh dengan majlis dan majlis Korban. Tapi kami dapat luangkan masa untuk bersama di Chalet Sri Aur kepunyaan Cik Syila@Ustazah Syila. Chalet ni banyak simpan memori kepada saya dan Syila sendiri...Hmm sebab disini biasa sekolah buat rehlah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya...

Jom tengok gambar apa kami buat hari itu...=)

Sahabat muslimat yang hadir..

Ucapan penaja...


Tukang masak yang berkaliber, cayalah Ha n B..


Hai! Harini Ustazah Syila ajar buat air ye...hehe


Sape yang kacau ni?Nyam2 sedapnyer daging goreng!


Nasi dah masak...


Macam kenduri pulak...


Yang lain dah makan.. Ust Pondok kite duk cbok melayan lagi ke? hehe


Kami pun nak makan jugak...


Terima kasih kepada sponsorship Syila (chalet, makanan, tempat masak). Jasamu dikenang. HAha. B yang telah kuarkan idea dan Qazreen yang banyak membantu. Mudah-mudahan akan datang bolehlah sponsor lagi ye Ustazah Syila!

Paling terkesan ucapan dari Ustazah Syila kite la kan menyatakan harapannya. Moga-moga our frenship n our love to our school is still deep in heart. Teringat yang Nasa bagitau " Walaupun hanya kat Yaakubiah sampai form 3 sahaja tapi Yaakubiah tetap lain, dengan kawan-kawan dan memori..." Nasa dah jadi engineer kapal terbang dah, macam2 kapal terbang yang dia maitenancekan. Aircraft, boieng, pesawat pejuang, dll. Rezeki ada di mana-mana. Best borak ngan dia ni...hehe.

Ingat haritu ada lecture dah kat chalet tu, mana tak nya Ustazah syila kite ni macam bg lecture kat KIST tu pulak. Jangan marah ye... Apa yang Syila cakap semua penting. Macam nak masuk pekse. Patutla student dia suka. Haha... ~It's All about Friendship n Love to our school n our Friendship~



Sunday, November 15, 2009

INSPIRASI WANITA

Duhai wanita…

Terdetik pula nak melakar sedikit harapan, dan inspirasi sebagai seorang wanita. Sebelum ni tak pernah sentuh lagi pasal wanita dalam lakaran minda ini. Mungkin dah sebab rasa ‘besar’ kot. Hehe… Sungguhpun dalam setiap penciptaan langit dan bumi ada hikmah yang tersembunyi. Begitu juga penciptaan manusia yang bergelar seorang wanita. Catatan ini ditujukan buat diri sendiri jua yang bisa mengatur kata-kata namun MUJAHADAH yang selalu diminta untuk melaksanakannya. Juga buat yang membaca semoga mendapat sedikit manfaat. insyaAllah. (mcm nak tulis buku pulak haha)

Buat seorang yang bernama wanita…

Lengkapkan dirimu dengan Saqofah. Saqofah syara’iyyah dan saqofah ma’siroh. Saqofah syaraiyyah ialah yang berkaitan basic sebagai seorang muslim seperti hal-hal fardhu ain dan juga yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak. Kita boleh melihat contoh Saidatina Aisyah yang cukup cerdik dan cerdas dalam mengeluarkan fatwa. Ini semua didasarkan ilmu yang dimilikinya. Beliau tidak mungkin dapat megeluarkan fatwa sekiranya tidak mengetahui keadaan realitinya pada masa itu. Betapa berjasanya Aisyah pada masyarakat sehingga beliau adalah antara orang yang menjadi rujukan dalam perkara-perkara berkaitan hal-ehwal masyarakat dan hukum hakam. Serta beberapa lagi tokoh wanita seperti Fatimah az-Zahra , dan Asma’ binti Abu Bakar.

Justeru, kedua-dua aspek ilmu atau saqofah yang disebutkan tadi penting dalam menjana ummah yang berkualiti. Seorang wanita perlu terlebih dahulu memahami deennya sendiri tentang asas-asas seorang muslim dan dilengkapkan pula dengan saqafah ma’siroh iaitu keilmuan tentang keadaan realiti masyarakat masa kini. Orang yang tidak mengetahui atau tidak sedar tentang keadaan masyarakatnya adalah ibarat yang ‘jahil’ walaupun dia berpelajaran tinggi manapun. Dan orang yang berpelajaran tinggi manapun jika tidak turun ke lapangan masyarakat hanya mensia-siakan apa yang telah didapatinya. Oleh itu juga wanita mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat. Dalam membentuk masyarakat, seorang wanita memainkan peranan yang teramat penting. Umpamanya jika sudah bersuami dan sang suami adalah penggerak kepada gerakan dakwah maka si isterilah yang akan menjadi pendorong paling utama kepadanya. Jika berkelapangan si isteri juga boleh turun bersama-sama dengan suami dalam menjayakan misi mengajak manusia ke arah kebaikan.

Saya begitu tertarik dengan peribadi isteri yang begitu dikasihi dan di cintai oleh Rasulullah iaitu Saidatina Khadijah. Pemergiannya diratapi nabi kerana beliaulah satu-satunya wanita yang dikala orang lain mendustakannya dia membenarkan, dan Khadijah lah orang pertama yang menjadi pendamping kepada nabi saat wahyu pertama telah diturunkan. Rasulullah berkata “ Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku di kala orang lain mengingkariku, dia membenarkanku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku di kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain ( isteri-isteriku )”. Untuk ikuti lanjutan peribadi Khadijah insyaalah saya akan kongsikan dalam entri yang lain pula. Insyaalah.(jika berkesempatan)

Kita menelusuri pula perjuangan wanita yang berjiwa kental seperti Zainab Al-Ghazali. Di saat beliau diperisterikan dengan suaminya yang merupakan seorang ulama’ di masa itu, beliau telah mengatakan “"Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidin di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya." Dia memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan

kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

Selain itu juga wanita amat berharga dalam membina keluarga yang bahagia. Disebabkan itu juga dalam pemilihan seorang isteri juga di letakkan agamanya terlebih dahulu yang menjadi ukuran. Setiap lelaki menginginkan wanita yang solehah dan begitu juga wanita menginginkan lelaki yang soleh yang akan sama-sama menuju ke arah syurga abadi. Dan alangkah indahnya andai di dunia dapat bersama di akhirat jua dapat bersama. Namun itu masih terlalu sukar untuk di realisasikan. Tapaknya adalah iman yang bengkam utuh di dasar jiwa kedua-dua hamba. Berbalik kepada persoalan wanita yang mempunyai tanggungjawab dan amanah menjaga kerukunan rumahtangga. Bukan sahaja seorang wanita itu perlu menguruskan suami sahaja, tetapi juga rumah dan tangga nya sekali. Apabila lahirnya cahaya mata, bertambah lagi amanah seorang isteri menjadi seorang ibu dan seorang pendidik. Oleh itu wanita perlu lah telah terbiasa dengan keadaan susah. Bagaimana melihat suatu peristiwa puteri kesayangan baginda Rasulullah S.A.W, Fatimah az-Zahra yang semua memaklumi suaminya adalah Saidina Ali R.A yang gemilang dengan peribadinya. Sebagai seorang isteri, Fatimah menguruskan hal-ehwal rumahtangganya. Memasak, mengemas dan seumpamanya. Sehinggakan Ali begitu kasihan melihat keadaan isterinya itu yang bersusah-payah menguruskan hal-ehwal rumahtangga. Lalu Ali mencadangkan agar apabila Fatimah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta seorang pembantu rumah untuk meringan kan beban yang ditanggung oleh Fatimah. Suatu hari Fatimah mendatangi Rasulullah S.A.W untuk menyatakan hasratnya itu tapi Baginda ketika itu sedang bercakap-cakap dengan beberapa orang sahabatnya. Fatimah berasa malu dan terus pulang ke rumahnya. Rasulullah telah menyedari kehadiran puteri kesayangannya itu maka baginda pun ke rumah Ali dan Fatimah untuk berjumpa dengan mereka.

Rasulullah bertanya tentang tujuan kedatangan Fatimah ke rumah baginda tempohari lalu Ali menyatakan “ Saya ingin memberitahu kepadaMu wahai Rasulullah bahawa Fatimah selalu melakukan tugasan mengangkat air sehingga dadanya berasa sakit, suka menggiling lada dengan penggiling sehingga memberi kesakitan kepada tangannya, membersihkan rumahnya sehingga bajunya berdebu dan menyalakan api sehingga pakaiannya kotor. Saya telah mencadangkan agar berjumpa denganmu dan meminta seorang pembantu supaya dia tidak kepenatan lagi.”. Kemudian Rasulullah berkata : “Kalian hendak aku mengajarkan tentang sesuatu yang lebih baik bagi kalian jika dibandingkan dengan seorang pelayan? Apabila kamu hendak masuk tidur, bacalah tasbih sebanyak 33 kali, tahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 34 kali. Semuanya berjumlah seratus dalam ucapan dan seribu kebaikan dalam timbangan.” Fatimah lalu berkata “ Aku sangat senang dengan apa-apa yang datang daripada Allah dan RasulNya.”

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa ketika Fatimah menceritakan hasratnya kepada Rasulullah, baginda telah menangis dan berkata “ Wahai Fatimah! Demi Allah yang telah mengutuskan aku dengan kebenaran. Sesungguhnya di dalam masjid terdapat 400 manusia yang tidak mempunyai pakaian dan makanan. Jika aku tidak gentar dengan kayu yang berduri pasti aku akan berikan seorang pembantu kepada kamu. Tetapi Fatimah aku tidak mahu pahala kamu beralih kepada seorang pembantu dan aku bimbang Ali bin Abi Talib sewaktu kiamat kelak, Allah akan bermusuhan denganmu jika Ali meminta haknya daripada kamu.” Kemudian baginda mengajarkan kepada Fatimah solat tasbih.

Pernah suatu hari Rasulullah telah mendatangi kepada mereka dan baginda melihat Fatimah dan Ali sedang sama-sama menggilingkan biji-bijian. Rasulullah bertanya siapakah diantara kalian yang menghaluskannya di antara mereka berdua. Dan Ali memberitahu bahawa Fatimah lah yang telah melakukannya. Lalu baginda meminta Fatimah untuk bangun lalu baginda mengambil tempat Fatimah untuk menggiling pula.

Subhanallah! Barakahnya rumahtangga dalam keadaan begini. Mudah-mudahan kisah-kisah wanita yang dipaparkan akan dapat menjadi inspirasi kepada wanita untuk menjadi wanita yang unggul dalam menerajui ummah akan datang. Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia dengan buaian takwa dan keimanan yang padu persis Masyitah yang rela terjun bersama bayinya ke dalam minyak panas semata-mata mempertahankan keimanannya dari cengkaman Haman dan Firaun. Juga persis Sumaiyah wanita pertama yang syahid mempertahankan keimanan yang mendalam kepada Allah dalam jiwanya. Juga persis wanita-wanita idaman Syurga yang harumnya melewati haruman Firdausi. Kekal menjadi INSPIRASI.

Wallahua’lam

~BE INSPIRED!~

Sunday, November 1, 2009

TEST!


Intan menyusun buku yang berselerak di atas meja studynya. Rasa bersepah betul biliknya hinggakan mata pun penat menengok. Di ambilnya penyapu dan di kemas elok-elok biliknya yang menjadi tempat paling strategik untuknya ‘melepak’. Jika tidak dikemas, apakan kata roommatenya pula. Fikir Intan.

Dia berlepas penat dengan melayan lagu kegemarannya sambil membaca artikel terbaru berkaitan kisah cinta. Sebentar kemudian dia tersenyum sendiri seolah-olah ada benda yang melucukan. Tidak semena-mena roommatenya yang baru pulang dari kuliah memasuki bilik tersebut. “Eh! Apasal tersenyum keseorangan ni?” Intan hanya terus tersenyum tanpa memberikan jawapan. Tiba-tiba dia tergesa-gesa pula menutup laptopnya itu. “Eh! Pelik betulla Intan ni. Tersenyum sorang-sorang. Sekarang ni tergesa-gesa pula nak keluar.”

“ Sorry ida. Aku baru teringat aku ada janji dengan orang nak jumpa jam 3 petang ni. Huh penat belum lagi habis. Tapi tak apalah sebab orang minta tolong kan. Okeh aku chow dulu”. Sejurus mencapai beg galasnya dan terus keluar. Intan berjalan keluar dari biliknya menuju ke Dewan makan kolej. Tiada orang lagi. Tunggu lah sekejap. Hampir 10 minit juga dia menunggu di situ. Belum kelihatan. Intan berbisik sendiri. Aku tergesa-gesa keluar tetiba tak datang lagipun. Dia berkata sendirian. Jam menunjukkan 3.20 petang. Ini dah lebih ni. 20 minit lewat. Tick tick!

Intan dengan sabarnya menunggu. Di dailnya nombor ‘Suzi’. Menunggu untuk di jawab, tidak di angkat. Dia mendail lagi sehingga 2 kali belum juga diangkat. Jangan-jangan dia ni tidur. Hmm aku ke biliknya lah. Intan bergegas ke bilik Suzi. Diketuknya bilik itu berulang kali. Pintu dikuak. Roommate Suzi yang membukanya. Musykil! Suzi tiada di bilik. Kemana dia pergi? Telefon tidak berjawab. Kata nak jumpa jam 3 tidak muncul-muncul jua. Ke mana dia pergi ye? Intan bermonolog sendiri. Intan meninggalkan roommate Suzi yang juga tidak tahu kemana Suzi pergi kerana seusai pulang, Suzi belum lagi masuk ke bilik. Pelik! Intan tidak berputus asa. Dia memutar-mutar mencari bilik atau destinasi biasa yang Suzi akan pergi. Taman bunga kolej!

Berlari Intan ke taman kolej. Sunyi dan tidak kelihatan bayang Suzi di situ. Kelihatan 2 orang Chinese yang sedang berborak. Di intai dan di jengah-jengah taman itu namun tidak kelihatan kelibat Suzi! Intan terduduk di meja kerusi taman tersebut, kepenatan. Terasa dahaga pula tekaknya. Dia mendail lagi no telefon Suzi. Gagal dihubungi. Huh! Intan begitu ingin benar berjumpa Suzi kerana bunyinya amat mustahak perkara yang ingin dibincangkan. Jam 10 pagi tadi Suzi ber’SMS’ dengan Intan minta untuk berjumpa dengannya di Dewan makan. Dia terus berfikir-dan berfikir ke mana Suzi pergi..

Dia melangkahkan kaki ke kedai koperasi untuk mencari minuman bagi menghilangkan dahaga. Dalam perjalanan itu dia melalui surau kolej. Tiba-tiba matanya terpaku pada sepasang sandal yang amat dikenalinya. “setahu aku Suzi tak pernah datang surau sepanjang berada di kolej tu. Apalagi di waktu-waktu begini…Hmm tapi…memang Sah! Itu sandal Suzi! Intan mendekati memasuki pintu masuk surau bahagian perempuan. Di kuaknya pintu surau tersebut dan dilihatnya Suzi sedang mendakap dirinya sendiri dengan tangisan yang teresak-esak. Intan mendekati perlahan-lahan kearah Suzi. Di pegangnya bahu Suzi. Suzi berpaling dan terus mendakap dirinya. Intan menggenggam erat tubuh Suzi yang menangis teresak-esak. Matanya penuh dengan deraian airmata. Intan cuba menenangkan Suzi. Suzi tidak dapat berkata apa-apa kerana dia menangis yang teramat esak. Intan cuba menyelami apa yang menimpa ke atas Suzi seolah-olah terlalu sulit dan payah untuknya ungkapkan kepada orang lain.

Intan terus menenangkan sahabatnya itu sehingga tiada lagi kedengaran esakan walaupun matanya masih terus berkaca. Suzi cuba bersuara “Intan tolong aku. Aku buntu…aku tak tahu apa nak buat…” Intan meminta agar Suzi menarik nafas terlebih dahulu.. setelah itu diminta hembuskan. “OK. Sekarang boleh ceritakan apa yang berlaku? Dah rasa lega sedikit?” Suzi hanya menganggukkan. Suzi meluahkan apa yang dialaminya kepada Intan. “Mak aku sakit, ayah aku pula jarang balik ke rumah dan aku dapat tahu yang dia nak kahwin lain dan nak bercerai dengan mak aku. Adik-adik aku ramai lagi yang nak sekolah. Aku telefon ayah aku minta penjelasan kenapa dia buat macam ni kepada kami. Aku hanya nak dia faham selama ini dia tak pernah hiraukan mak selepas mak jatuh sakit. Adik aku yang kena jaga mak aku. Adik aku juga mengadu sampai dia tidak dapat ke sekolah sebab jaga mak dan duit makan pun tidak cukup. Tambah-tambah lagi adik aku akan SPM tahun ni. Duit pinjaman yang aku dapat aku hantar kat emak di kampung untuk belanja makan dan kos ubatan mak aku. Aku anak sulung Intan. Aku rasa nak berhenti belajar dan cari duit dan sara adik-adik ku saja. Aku dah tak tahan. Tak lama lagi nak exam final. Tapi aku tak tahu apa yang aku belajar sebab terlalu memikirkan masalah keluarga aku ni. Tolong aku Intan…”

“Banyakkan bersabar ye Suzi. Aku begitu simpati dengan nasib kau. Sekarang ni kau nak balik jenguk mak kau tak? Aku boleh tolong. Aku tahu kau tak ada duit nak balik kampong kan? Kau pakailah duit aku dulu. Nah! Kau beli tiket balik kampong ye” Intan menghulurkan tangannya yang berisi sejumlah wang kepada Suzi. “Aku nak balik kampung jumpa mak aku dan adik-adik aku. Aku tak nak jumpa ayah aku. Aku benci dia! Aku benci! Benci!” Suzi melepaskan geram. “Istighfar Suzi. Aku tahu kau teramat marah dengan ayah kau sebab sikapnya macam tu kan. Tapi dia tetap ayah kau juga, darah daging kau”. “ Tidak! Aku tak nak ayah aku macam tu. Ni semua sebab perempuan tu lah! Aku benci! Benci!” “Erm… sekarang kau pergi ambil wuduk dulu ya. Kemudian kita solat asar sama-sama kat sini. Tak lama lagi dah nak masuk Asar. Ye?” Suzi memandang tepat mata Intan dengan nada sayu. Kemudian dia berkata “Intan, aku malu dengan kau. Kau orang baik. Ada abang, kakak, yang tidak bersengketa dan tiada masalah. Aku ingin hidup macam kau. Mak ayah kau orang bergaji tinggi, berpelajaran. Tak macam mak ayah aku yang kerja kampong sahaja. Kalau tak aku tidak susah macam ni kan?” “ Masya Allah…setiap manusia ada ujian masing-masing Suzi. Kau dengan cara lain dan aku dengan cara lain. Mungkin kau Nampak aku macam tiada masalah tetapi masalah aku adalah dalam bentuk yang berbeza dengan kau. Allah menguji kita sesuai dengan apa yang kita boleh alami. Jangan sesekali perlekehkan ibu bapa kita. Mereka yang telah melahirkan kita walaupun sekarang ujian ini yang kau hadapi. Aku tahu kau sayangkan ayah kau kan? Aku juga tahu kau sayangkan semua keluarga kau. Aku pun begitu juga. Cuma apabila kita ada masalah dan dalam kebuntuan, kita kadang-kadang lupa…” “ Lupa? Maksud kau?” Suzi inginkan kepastian. “Kita lupa kepada Allah yang memberikan ujian dan masalah kepada kita. Apabila ini terjadi kita tidak mengharapkan agar diberi petunjuk olehNya. Kita manusia yang sentiasa lupa akan pertolongannya.” Intan menjelaskan. Suzi menyambung “ Aku sedar aku tidak sebaik macam kau Intan. Sebab itu Allah bagi ujian dan masalah macam ni kat aku kan?” Intan megucap panjang. “Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Dia berikan ujian dan masalah agar kita kembali kepada petunjuk dan hidayahnya. Untuk kita kembali dekat kepadaNya. Mungkin selama ini kita jauh dengan Allah, lalu Dia datangkan ujian sebagai peringatan atas kelalaian diri kita. Segala yang berlaku pada kita ada hikmahnya Suzi. Allah amat sayangkan hambaNya dan tidak pernah menolak permintaan hambaNya. Kita yang alpa…

Sejurus azan asar berkumandang. Lalu kedua-duanya pun ke bilik wuduk untuk solat berjemaah bersama-sama di surau itu…

Monday, October 26, 2009

SAKIT ITU MANIS

Aduh! Sakitnye kepala rasanya... !
Sakit dada la terasa sesak je dada ini...
Sakit pinggang la lama duk atas kerusi tu..
Sakit gigi ni... nak tumbuh gigi bongsu.

Sakit.. dan sakit... semua orang pernah merasainya walau sakit yang kecil atau sakit yang besar. Kenapa allah bagi sakit kepada manusia? Dan ada juga Allah bagi kesihatan kepada manusia? Adakah sakit itu untuk orang tertentu sahaja? Tapi apakah sakit yang paling sakit???

Sakit juga adalah daripada Allah dan manusia sentiasa berusaha untuk mengelakkannya dan menghindarinya serta menjauhinya. Apabila sakit juga kita kan mencari penawar-penawar untuk mengubatinya. Sakit itu manis jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hambaNya dan Dia mengurniakan sakit kepada manusia sebagai 'hadiah' agar lebih rapat dengan diri-Nya. Apabila sakit jua kita akan sedar bahawa manusia tidak punya kudrat untuk menolak ketentuan Allah. Tapi jangan sengaja cari kesakitan pula. Kerana Allah juga telah memberi peringatan kepada manusia agar jangan sengaja menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.

Apabila berbicara tentang sakit, apakah masa kita belum sakit telah terisi dengan sebanyak amalan dan kebajikan? Dan adakah sepanjang kita tidak sakit kita pernah menyakitkan orang lain dari segi hati, perasaan, fizikal dan seumpamanya? Sakit itu jua perit untuk yang tidak menyandarkan kepasrahan kepada Allah. Lihatlah di luar sana berapa ramai yang terlantar sakit di hospital hospital namun belum sedar siapa dirinya. Sungguh sakit itu nikmat yang tidak boleh ditolak apabila ia datang. Kala itulah jua kita akan rasa hampir dengan pencipta bukan?? Apalagi jika berhadapan dengan penyakit yang kronik yang ajal boleh datang-bila-bila masa sahaja...

Oleh itu jaga lah kesihatan jangan sampai melarat jadi sakit. Elakkan yang tidak diperlukan. Terapi yang paling baik untuk sakit ialah terapi al-Quran. insyaallah...

Sunday, October 11, 2009

DARI DAUN KE MATI!


Daun? Semua pernah tengok daun. Macam-macam jenis daun. Semalam satu perkongsian baru dengan sahabat-sahabat dan adik-adik usrah. Topik kami ialah tentang daun. Setiap seorang perlu bawa 2helai kertas A4, dapatkan 3 helai daun yang berbeza, gam atau salotep.

Jom kita mulakan sekarang!

1. Lekatkan daun-daun tersebut pada helaian kertas yang pertama. tampal jangan bagi tercabut ye!
2. Dah siap, sekarang cuba perhatikan ketiga-tiga jenis daun itu. kenalpasti perbezaan antara 1 sama lain.
3. Bentangkan apa yang diperhatikan kepada sahabat-sahabat yang lain.

Pembentangan dimulakan dengan Nabilah. Nabilah menceritakan tentang sifat fizikal yang ada pada daun tersebut. ada yang keci, ada yang besar, ada yang leper dan sebagainya. Turn seterusnya ialah Intan. Intan menceritakan hal yang sama, fizikal daun tersebut. Kini tiba pula giliran Asiah. Asiah menceritakn hal yang sama dan ditambah '' Inilah kekuasaan Allah..."

Hmmm nampaknya topik kita sudah hampir mencapai objektif. Dengan itu saya terus meminta Asiah lanjutkan perbincangan tentang ayatnya yang terakhir itu tadi. Wah! Dari sekecil-kecil topik daun kami boleh sampai kepada masalah negara. Sampai macam-macam yang dikeluarkan. Iman, aqidah, masalah sosial, kejadian Allah, tugas manusia dan sebagainya. Rupa-rupanya daun ini ada POWER ye!! Bukan sekadar ulat sahaja boleh makan daun tapi manusia pun boleh makan daun untuk dijadikan makanan hati. Best nya usrah!

Yang sains (Asiah la tu) huraikan berdasarkan pandangan sains dan geografi, Intan pula sampai bab kebudayaan Indonesia dan Malaysia pula! Hmm menarik menarik. Asiah dan Nabila baru 1st time hadir tapi memang aktif ye! Bagus2!!

Apa yang Nabilah utarakan memang kena. Sampai akhirnya ke topik MATI!! Subhanallah!!

Next step : setiap seorang perlu mencipta sebuah sajak mengenai apa yang berlaku pada hari ini. Termasuklah naqibatnya ini. Hehe...
Mereka semua ini memang berbakat, best sangat kata-kata dan sajak yang mereka cipta. Spontan di situ sahaja. Asiah pun dia kata tak pandai buat sajak tapi bila minta di baca sajaknya.. memang BEST la... caya lah kat korang semua. Sajak-sajak itu kami jadikan conclution pada apa yang diperolehi sepanjang sesi usrah yang dijalankan itu. Nanti akan dimasukkan dalam buku 'Diari Usrah Kami' untuk jadi tatapan adik-adik usrah yang tak datang hari ini.

Bestnya bercerita tentang alam... lihat REALiti..

Ini apa yang saya ungkapkan tentang topik hari ini menjadi ringkasan.yang dorang buat lagi panjang dan berisi. saya buat ringkas je...

AKU DAN DAUN
Aku manusia...
Daun ciptaan-Nya
aku jua ciptaan-Nya
Aku daun, kau manusia...
tetap jua ciptaan-Nya
kau akan gugur mati..
aku jua akan mati...
cuma bezanya
aku akan dikuburkan,
dihisab tentang amalanku..
tidak dirimu..
11 Oktober 2009

Monday, September 14, 2009

Aku ingin kembali


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan.

Aku kini kembali , cuba menjadi manusia yang cuba setia pada ketentuan-Mu.

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku… jarang sekali aku mengadu.

Oh Tuhan lembutkan hati untuk agama-Mu,

jangan jadikan aku penghalang kepada mulianya agamamu…

Andai aku lemah, kuatkanlah diriku

Kembalikan keyakinanku pada janji-janjiMu

Suburkan daku dengan kemanisan kelazatan tika bersama-samaMu YaAllah!

Aku ingin kembali mengadapMu Ya Allah dalam pasrah kehambaan.

Terimalah aku yang sentiasa berdosa pada Mu

Mungkir akan tekadku.

Ya allah aku tidak mampu, aku lemah!

Tolonglah aku! Tiada tempat lain untuk aku mengadu.

Ya Allah ya tuhanku aku telah banyak berdosa

Ampunkanlah aku serta berilah taufiq dan kasih sayangMu padaku.

Aku merayu padaMu

Sesungguhnya sedalam kalbuku yang masih bernyawa.

Peluang yang datang ini aku inginkan keampunan!

Namun buang dan jauhkanlah kekerasan hati ini dari terus menumbuh!

Aku ingin merayu padaMu.

Menangis dihadapanMu!!

Bilaku terperangkap dengan kekebalan diri, yang ku untai sendiri,

aku sendiri yang perlu leraikannya.

Bila kekerasan hati menguasai diri tiada lain yang ku minta petunjuk Ilahi.

Namun bilaku akur jiwaku tidak mencapaiapa yang kuingini,

aku perlukan teguran untuk bersihkan hati.

Sungguhpun begitu aku tetap jua manusiayang kerdil jua lemah terkadang menurut hawa nafsu…

Kulupa untuk ingati petunjuk Ilahi kitab suci…yang diberi untuk dihayati…


Sujudku ini...

takkan melempiaskan rindu sedalam kalbuku

pada janjiMu dan ketentuanMu

Yang lebih tahu di mana aku berada nanti...

saat aku menghadapMu...

Sujudku ini aku ingin lebih lama

agar aku sedari aku hamba yang hina

hanya mendamba pertolonganMu

tika saat susah saat lelah saatku payah...

Sujudku ini ingin aku berdegup

bersama jantung yang Kau berikan

bersama hati yang Kau kurniakan

bersama suara yang kau anugerahkan

moga ia adalah rintihanku yang tidak akan pernah sudah

sampai aku puas...

sedalam kalbuku cuba pendamkan..

Kau yang Maha tahu...


Tuhanku!

siapalah aku yang boleh sujud

namun andai aku tetap hina di sisiMu

siapalah aku....

aku ingin kembali

menangis dan merintih

dalam dakapan sayu keampunanMu Ya Allah!!

Sesungguhnya engkaulah segalanya tiada tandingan

Tempat aku kembali

tempat aku meminta

tempat aku merayu

tempat untukku Kau akan adili nanti....




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes