Monday, September 14, 2009

Aku ingin kembali


Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan.

Aku kini kembali , cuba menjadi manusia yang cuba setia pada ketentuan-Mu.

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku… jarang sekali aku mengadu.

Oh Tuhan lembutkan hati untuk agama-Mu,

jangan jadikan aku penghalang kepada mulianya agamamu…

Andai aku lemah, kuatkanlah diriku

Kembalikan keyakinanku pada janji-janjiMu

Suburkan daku dengan kemanisan kelazatan tika bersama-samaMu YaAllah!

Aku ingin kembali mengadapMu Ya Allah dalam pasrah kehambaan.

Terimalah aku yang sentiasa berdosa pada Mu

Mungkir akan tekadku.

Ya allah aku tidak mampu, aku lemah!

Tolonglah aku! Tiada tempat lain untuk aku mengadu.

Ya Allah ya tuhanku aku telah banyak berdosa

Ampunkanlah aku serta berilah taufiq dan kasih sayangMu padaku.

Aku merayu padaMu

Sesungguhnya sedalam kalbuku yang masih bernyawa.

Peluang yang datang ini aku inginkan keampunan!

Namun buang dan jauhkanlah kekerasan hati ini dari terus menumbuh!

Aku ingin merayu padaMu.

Menangis dihadapanMu!!

Bilaku terperangkap dengan kekebalan diri, yang ku untai sendiri,

aku sendiri yang perlu leraikannya.

Bila kekerasan hati menguasai diri tiada lain yang ku minta petunjuk Ilahi.

Namun bilaku akur jiwaku tidak mencapaiapa yang kuingini,

aku perlukan teguran untuk bersihkan hati.

Sungguhpun begitu aku tetap jua manusiayang kerdil jua lemah terkadang menurut hawa nafsu…

Kulupa untuk ingati petunjuk Ilahi kitab suci…yang diberi untuk dihayati…


Sujudku ini...

takkan melempiaskan rindu sedalam kalbuku

pada janjiMu dan ketentuanMu

Yang lebih tahu di mana aku berada nanti...

saat aku menghadapMu...

Sujudku ini aku ingin lebih lama

agar aku sedari aku hamba yang hina

hanya mendamba pertolonganMu

tika saat susah saat lelah saatku payah...

Sujudku ini ingin aku berdegup

bersama jantung yang Kau berikan

bersama hati yang Kau kurniakan

bersama suara yang kau anugerahkan

moga ia adalah rintihanku yang tidak akan pernah sudah

sampai aku puas...

sedalam kalbuku cuba pendamkan..

Kau yang Maha tahu...


Tuhanku!

siapalah aku yang boleh sujud

namun andai aku tetap hina di sisiMu

siapalah aku....

aku ingin kembali

menangis dan merintih

dalam dakapan sayu keampunanMu Ya Allah!!

Sesungguhnya engkaulah segalanya tiada tandingan

Tempat aku kembali

tempat aku meminta

tempat aku merayu

tempat untukku Kau akan adili nanti....


Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan datang lagi...berlalu begitu cepatnya masa!


Ramadhan datang lagi
Sentiasa menerima amalan setiap hambaNya
Sentiasa terbuka doa daripada hamba-hambaNya yang pasrah
Sentiasa jua berganda-ganda pahala yang boleh dikaut hambaNya..
Jua sentiasa Ramadhan akan datang...
dan pergi walau tanpa dipinta...
Ia akan datang saban tahun
namun dimanakah kita detik itu...
saat solat terawih hanya di sini di dapati..
Saat rezeki kecukupan jadi murahan
buat sesuap nasi yang dimakan
Jua ketika di bulan ini jua dusturMu sentiasa di dampingan...
di tadarus dan di tadabbur...
ketika ini juga Rumah Allah akan berseri
dengan zikir dan hamba iktikaf
buat mengumpul pahala
mengaut keberkatan dan kemuliaan
Saat bulan ini pesta ibadah di sana sini...

Namun kini kian kikis
saat Ramadhan belum menjelma
Tetapi Hari raya yang di cari
Ramadhan kian kikis di hati
manusia yang keras dengan dosa
Melanggar perintah Allah untuk berpuasa...

Aduh!
Apa yang perlu dilakukan?
Adakah anak-anak betul betul diajar berpuasa?
Jauh sekali untuk didedahkan terawih...

Aduh!
Beratnya tanggungjawab membimbing manusia
Kenapa ye...
Ramai pula si tua
mungkin jua sampai yang bongkok tiga
sanggup ke masjid mengumpul pahala
pada tiap rakaat terawih...?
sedangkan si muda
bersilang kaki menghisap rokok
bermain aji di kedai kopi
melopong di depan TV
yang entah apa-apa yang ditonton...

Aduh!
Kini Ramadhan dengan bulan kemerdekaan...
Mana yang lebih hebat di sambut?
Huh! Dimana orang yang mengerti...
Kemana media perlu bersahut?
Adakah sekadar iklan berbuka puasa?
Menayang cerita berkisar puasa...
Sedangkan sedikit sekali yang berfaedah
walhal banyak cabang perlu dikembangkan

Oh Ramadhan!
Sungguh kasihan...
Andai kau datang tanpa bersambut
Tanpa aluan kompang ibarat Menteri datang
Sungguh kasihan
andai Ramadhan datang seperti Ogos yang jadi VIP
Sungguh kasihan...
Andai kau datang kali ini
tahun hadapan tak ketemu lagi...
Sungguh rugi...

Kucuba rafakkan sujudku padaMu
Pada tiap rakaat terawih
Pada setiap rintihan tahajud
Ku cuba agungkanMu
pada tiap bait KalamMu
pada tiap buih zikirku
kau ku agungkan...
Meskipun aku belum tahu
Siapalah aku disisimu
Namun Ramadhan yang datang ini anugerah
buatku mendekatkan diri padaMu
walau sehina mana pun hamba
Kau tetap agung
jua Maha Penyayang Maha penerima taubat
sesungguhnya Kau lah yang paling agung

Ya Allah...
Tetapkanlah hatiku
sehingga aku beroleh kemanisan beramal
ikhlas dalam tiap gerak langkahku
jujur dalam tingkahlaku
bukan sekadar di bulan Ramadhan
tapi jua hari hari mendatang
dan hari hari yang akan datang
Moga aku akan ketemu lagi
Ramadhan akan datang...
Amin...

Saturday, August 8, 2009

JOM JOIN USRAH!

Sungguh Al-Quran itu mukjizat yang haq!!


Ketika mana baru sahaja sampai ke rumah dari Forum bicara addeen di Gazebo.
Sambil menikmati juadah rezeki Allah dari forum, timbul isu pasal orang Islam dan orang bukan Islam yang bermain di sekitar kampus. Apabila sebuah badan pelajar Universiti disamakan dengan Jesus?? Apa yang kita perlu lakukan??


Saya baru sahaja membuka laptop dan terus memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Saad Said Ghamidi. Subhanallah! Ayat quran dari surah al-Mumtahanah itu kena tepat tepat pada topik yang kami bincangkan. Subhanallah! Boleh rujuk tafsir Al- Quran lepas ni ayat 1 hingga 5. Apa lagi! Kami sudah ada jawapannya. Mungkin kebetulan, tetapi mukjizat Al-Quran tiada tandingnya. Subhanallah!!

Friday, July 17, 2009

I Miss U!

Mas :Mana Wina?
Ani :Dia dengan Fazlin kat maktabah kot...
Mas : Eh! Tak rehat ke... sekarang kan time rehat.
Ani : A'a.. Jom kita g maktabah tengok dorang buat apa.
Mas : Jom!

Di maktabah sekolah.

Ani : La.. Lin kau kat sini ke ngan Wina? Bukan ke kauorang bertugas kat maktabah ni dah semalam? (sambil Wina ambil beberapa helai kertas dan masuk ke bilik gerakan)
Lin : A'a. Memang la tapi ni Ustaz Mad minta tolong siapkan beberapa kerja untuk program hujung minggu depan nanti.
Ani : Oooo ye ke? Program apa tu? Aku tak tau la pulak.
Lin :Ala.. nanti Ustaz akan bagitau nanti. Kau ngan Mas jadi AJK jugak. Lau tak silap aku kau jadi Timbalan Ketua Unit Disiplin dengan... tak ingat la pulak sape. Miji ke sape.
Mas : Aku pulak jadi apa?
Lin : Kau biasa la jadi Pengisian dengan Amirul...
Mas :Hmmm... nak jadi tukang masak boleh tak?
Lin : Eh! Yang masaknya dah ada. Jannah. Jangan nak pandai-pandai pindah pulak. Ustaz kata ada projek besar untuk kau Mas.. hehe
Mas : Projek apa pulak ni...?
Lin : Eh! Takkan nak bagitahu sekarang kot. Nanti la sampai masa ustaz bagitahu juga nanti.. Dont worry la..hihi
Mas : Hmm... Tak kisah la. Wina tu nampak sibuk semacam je ke hulu ke hilir tu. Mailah kita tolong apa yang patut.
Lin : Dia jadi Setiausaha program tu. Tengah uruskan surat menyurat la tu nanti nak panggil yang terlibat untuk mesyuarat program.
Ani : O.. ok.
Mas : Kau mesti jadi Bendahari kan Lin. Kau kan pandai kira-kira. Tengokla tu Ani. Tengah buat belanjawan program kan tu.
Lin : Pandai juga ye kau teka..
Mas : Takkan tak tau kawan sendiri kan...?
Ani : Eh! Pengarahnya siapa?
Lin : Cuba kau tengok kertas kerja tu... Nama sape yang ada kat Carta organisasi tu.
Mas : la... Sape lagi. Akhbar la. Kak Zaharah jadi timbalan. Hmm kombinasi yang baik. Aku partner dengan Tarmizi. A'a betul la kau cakap tadi.

Tiba-tiba Wina keluar dari bilik gerakan.

Wina : Eh! Sekarang jam berapa dah?
Lin : Dah 10.45 dah lah. 15 minit lagi nak masuk kelas. Korang berdua dah makan ke?
Mas : Dah. Korang je yang belum.
Ani : Haaaa... pergi la cepat nanti habis makanan makcik kantin tu jual.
Mas, aku nak tengok buku kejap ye. (sambil berlalu ke arah rak-rak buku)
Wina : Mas, boleh tak tolong sampaikan surat ni kepada Ustazah Sakinah dan Sir Nawawi? Mesyuarat esok untuk program hujung minggu depan nanti. Segera ye.
Mas : O... beres je. Kau g la makan dulu dengan Fazlin tu. Nanti jumpa di kelas ye...
Wina : OK thank u Mas.
Mas : ok je.
Ani. Jom temankan aku cari Ustazah Sakinah n Sir Nawawi. Nak bagi surat ni kat dorang.
Ani : Kejap aku nak kemas balik buku ni ( sambil mengemas buku-buku yang dibacanya tadi )
Okeh beres. Jom...!

Huhu. ini lah antara catatan ringkas yang membuatkan diri ini amat- amat rindu kepada mereka semua. Rindu kepada sekolah. Suasananya.. Mudah-mudahan nanti diri ini akan bakal menjejakkan kaki semula ke sekolah. Dalam cuti semester tempohari MYN ada buat program. Tapi sayangnya tarikh 4 Julai itu saya sudah berada di Uni Malaya ini. Awal lagi pada itu dah di kampus. huhu. Walaupun hati melompat-lompat untuk ikuti program di sekolah itu sebagai fasilitator, namun terpaksa ' dilupakan' sekejap kerana ada tugas dan amanah lain yang harus dipikul di sini. Namun diri ini yakin suatu hari akan kembali jua ke MYN untuk menabur BAKTI.

* BAKTI yang telah mengajar ku untuk berBAKTI kepada agama, bangsa dan negara*

I MISS U so much!




Monday, July 13, 2009

"I want to be a good teacher"

" Tak nak balik la..."
" Macam nak sambung lagi berkongres kat sini. Macam ada sesuatu yang hidup kat sini. Tak puas dengar pembentangan dari tokoh-tokoh hebat ni. "
" Suasana begini perlu dihidupkan di kampus dalam usaha melahirkan intelektual mahasiswa."
" Tidak rugi datang kongres yang penuh ilmiah ini".


Ini antara apa yang saya dapat luahkan tentang Kongres Rejuvenasi Pertama Sistem Pendidikan Islam Negara atau KO-SPIN 09. Tahniah kepada Kak Muna selaku Pengarah Kongres ini. Cayalah Kak Muna =). Juga penghargaan sebesarnya untuk GAMIS yang kongres ini mudah-mudahan akan menjadi perintis kepada pembaikan atau peremajaan semula sistem pendidikan negara amnya dan pendidikan Islam khasnya.



Sedikit perkongsian sepanjang mengikuti kongres saya amat tertarik dan teruja serta macam-macam perasaan yang tak mampu dilahirkan kerana ahli panel pembentang bukanlah calang-calang orang. Namun sesuatu yang paling besar saya ingin bawa ialah konotasi " I want to be a good teacher" sesuai dengan bidang pendidikan yang saya sedang ikuti sekarang. Beratnya menjadi seorang guru ini. Dan saya ingat lagi pesanan Dr Tajul Ariffin Noordin " Jika nak jadi guru yang baik, perkara pertama yang perlu dihadam ialah menghafal Falsafah Pendidikan Negara. Jika ini pun tak lulus, jangan harap nak jadi guru yang baik." Lebih kurang macam tu la katanya. Beliau menambah bahawa jika pada zaman beliau menjadi guru dulu setiap guru wajib untuk menghafal FPN jika tidak mereka tidak akan diiktiraf sebagai guru. Hmm.. cukup berdisiplin guru dulu kan?

Tetapi apabila bercakap tentang pendidikan, bukan sahaja elemen guru yang disentuh tetapi termasuklah pelajar, ibubapa, sistem pendidikan sekarang itu sendiri, sekolah dan sebagainya.
Berbalik kepada persoalan guru, saya teringat kuliah pertama Prinsip Teknologi ( yang kuliahnya dalam Bahasa Inggeris bcoz mostly student are from Tesl Programme). Dr Tee bertanyakan kepada setiap pelajar untuk menjawabnya: "Apakah sifat seorang guru yang anda amat kagumi dengannya?" Pelbagai jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam kuliah tersebut like : smart, loving, caring, friendly, passionate, funny dan lain-lain lagi. Dan Dr. Tee mendapati setelah 15 minit kuliah berlangsung baru seorang pelajar dapat memberikan perkataan 'knowledgable' adalah sifat yang amat dikagumi kepada seorang guru. Sungguhpun begitu, beliau membandingkan adakah sifat 'knowledgable' cukup untuk menjadi seorang guru jika tiada sifat-sifat yang lain yang ditonjolkan seperti penyayang, ambil berat dan lain? Mesti tidak. Kesimpulan yang saya dapat kutip dalam kuliah itu ialah :

' Seorang guru mesti bertindak mengikut keadaan pelajarnya. Jika pada waktu pelajar memerlukan tunjuk ajar, knowledgable is very relevant but not during the student in trouble. Gunakan kemahiran, sifat dan sikap pada tempat yang betul. Pendek kata, seorang guru perlu menjadi segala-galanya bagi pelajar dan segala-galanya bukanlah ada pada seorang guru.'

Ini adalah kesimpulan yang dapat saya simpulkan sendiri daripada kuliah Dr.Tee yang pertama itu walaupun selepas itu saya menukar kelas kepada Dr. Hasyimi. Kuliah Dr Hasyimi juga lebih banyak perkongsian yang dapat dikutip tentang pendidikan. Salah satunya ialah tentang matlamat dan prinsip sebagai seorang guru. Mungkin lain kali saya boleh berkongsi tentang hal ini.

Justeru, rentetan daripada Kongres pendidikan, menguatkan kesimpulan awal bahawa ' I want to be agood teacher' dan ia dikuatkan lagi dengan kuliah-kuliah serta pengalaman pendidikan yang akan ditempuhi sepanjang sesi ini. Saya juga melahirkan perasaan '' Terima kasih cikgu!"


Rindu Bau Pohon Tin



Sambil meninjau2 kat kawasan jual buku API tadi saya tertarik dengan sebuah buku bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Hmm... saya amat tertarik pertama kali melihatnya dan seakan ada sesuatu yang menarik saya untuk memilikinya. Mungkin ada sesuatu yang saya akan dapat dari buku ini kerana kebiasaannya saya amat kurang payah untuk tertarik dengan buku- buku yang biasanya orang tertarik untuk memilikinya contohnya Aku Terima Nikahnya. Saya beli buku ini pun bukan kerana keglamouran dan penulisnya yang dikenali di kalangan kawan-kawan saya. Tapi entah. Untuk ketahui apa yang ada dalam buku ini saya kena baca dulu la... Mungkin 'konotasi' Bumi Anbiya'.. Nantila baca dulu. Jika nak beli boleh cari kat API. InsyaAllah ada. Buku ni buku latest Ustaz Hasrizal. Let's share together. Sharing is just to know each other. =)



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes