Rata-rata hari ini manusia semakin maju. Dalam era globalisasi ini, pelbagai teknologi yang telah diperkenalkan untuk kemudahan manusia. Manusia tidak lagi akan terkurung dalam rumah untuk mengetahui perkembangan semasa tidak kira di luar atau di dalam Negara. Petik saja, siaran mana-mana televisyen telah disediakan sama ada berbayar atau swasta dan berhak untuk manusia pilih yang mana satu yang menjadi pilihan. Kemajuan ini ditambah pula dengan rangkaian jalur lebar yang semakin meluas. Broadband, wireless, wi-fi dan pelbagai jenis telekomunikasi yang diperkenalkan untuk capaian internet secara lebih meluas dan lebih mudah. Manusia kini tidak lagi perlu ke cyber café, apa lagi untuk mempunyai sebuah komputer juga semakin mudah. Pelbagai tawaran dan promosi disediakan dengan harga yang...