Friday, July 17, 2009

I Miss U!

Mas :Mana Wina?
Ani :Dia dengan Fazlin kat maktabah kot...
Mas : Eh! Tak rehat ke... sekarang kan time rehat.
Ani : A'a.. Jom kita g maktabah tengok dorang buat apa.
Mas : Jom!

Di maktabah sekolah.

Ani : La.. Lin kau kat sini ke ngan Wina? Bukan ke kauorang bertugas kat maktabah ni dah semalam? (sambil Wina ambil beberapa helai kertas dan masuk ke bilik gerakan)
Lin : A'a. Memang la tapi ni Ustaz Mad minta tolong siapkan beberapa kerja untuk program hujung minggu depan nanti.
Ani : Oooo ye ke? Program apa tu? Aku tak tau la pulak.
Lin :Ala.. nanti Ustaz akan bagitau nanti. Kau ngan Mas jadi AJK jugak. Lau tak silap aku kau jadi Timbalan Ketua Unit Disiplin dengan... tak ingat la pulak sape. Miji ke sape.
Mas : Aku pulak jadi apa?
Lin : Kau biasa la jadi Pengisian dengan Amirul...
Mas :Hmmm... nak jadi tukang masak boleh tak?
Lin : Eh! Yang masaknya dah ada. Jannah. Jangan nak pandai-pandai pindah pulak. Ustaz kata ada projek besar untuk kau Mas.. hehe
Mas : Projek apa pulak ni...?
Lin : Eh! Takkan nak bagitahu sekarang kot. Nanti la sampai masa ustaz bagitahu juga nanti.. Dont worry la..hihi
Mas : Hmm... Tak kisah la. Wina tu nampak sibuk semacam je ke hulu ke hilir tu. Mailah kita tolong apa yang patut.
Lin : Dia jadi Setiausaha program tu. Tengah uruskan surat menyurat la tu nanti nak panggil yang terlibat untuk mesyuarat program.
Ani : O.. ok.
Mas : Kau mesti jadi Bendahari kan Lin. Kau kan pandai kira-kira. Tengokla tu Ani. Tengah buat belanjawan program kan tu.
Lin : Pandai juga ye kau teka..
Mas : Takkan tak tau kawan sendiri kan...?
Ani : Eh! Pengarahnya siapa?
Lin : Cuba kau tengok kertas kerja tu... Nama sape yang ada kat Carta organisasi tu.
Mas : la... Sape lagi. Akhbar la. Kak Zaharah jadi timbalan. Hmm kombinasi yang baik. Aku partner dengan Tarmizi. A'a betul la kau cakap tadi.

Tiba-tiba Wina keluar dari bilik gerakan.

Wina : Eh! Sekarang jam berapa dah?
Lin : Dah 10.45 dah lah. 15 minit lagi nak masuk kelas. Korang berdua dah makan ke?
Mas : Dah. Korang je yang belum.
Ani : Haaaa... pergi la cepat nanti habis makanan makcik kantin tu jual.
Mas, aku nak tengok buku kejap ye. (sambil berlalu ke arah rak-rak buku)
Wina : Mas, boleh tak tolong sampaikan surat ni kepada Ustazah Sakinah dan Sir Nawawi? Mesyuarat esok untuk program hujung minggu depan nanti. Segera ye.
Mas : O... beres je. Kau g la makan dulu dengan Fazlin tu. Nanti jumpa di kelas ye...
Wina : OK thank u Mas.
Mas : ok je.
Ani. Jom temankan aku cari Ustazah Sakinah n Sir Nawawi. Nak bagi surat ni kat dorang.
Ani : Kejap aku nak kemas balik buku ni ( sambil mengemas buku-buku yang dibacanya tadi )
Okeh beres. Jom...!

Huhu. ini lah antara catatan ringkas yang membuatkan diri ini amat- amat rindu kepada mereka semua. Rindu kepada sekolah. Suasananya.. Mudah-mudahan nanti diri ini akan bakal menjejakkan kaki semula ke sekolah. Dalam cuti semester tempohari MYN ada buat program. Tapi sayangnya tarikh 4 Julai itu saya sudah berada di Uni Malaya ini. Awal lagi pada itu dah di kampus. huhu. Walaupun hati melompat-lompat untuk ikuti program di sekolah itu sebagai fasilitator, namun terpaksa ' dilupakan' sekejap kerana ada tugas dan amanah lain yang harus dipikul di sini. Namun diri ini yakin suatu hari akan kembali jua ke MYN untuk menabur BAKTI.

* BAKTI yang telah mengajar ku untuk berBAKTI kepada agama, bangsa dan negara*

I MISS U so much!




Monday, July 13, 2009

"I want to be a good teacher"

" Tak nak balik la..."
" Macam nak sambung lagi berkongres kat sini. Macam ada sesuatu yang hidup kat sini. Tak puas dengar pembentangan dari tokoh-tokoh hebat ni. "
" Suasana begini perlu dihidupkan di kampus dalam usaha melahirkan intelektual mahasiswa."
" Tidak rugi datang kongres yang penuh ilmiah ini".


Ini antara apa yang saya dapat luahkan tentang Kongres Rejuvenasi Pertama Sistem Pendidikan Islam Negara atau KO-SPIN 09. Tahniah kepada Kak Muna selaku Pengarah Kongres ini. Cayalah Kak Muna =). Juga penghargaan sebesarnya untuk GAMIS yang kongres ini mudah-mudahan akan menjadi perintis kepada pembaikan atau peremajaan semula sistem pendidikan negara amnya dan pendidikan Islam khasnya.



Sedikit perkongsian sepanjang mengikuti kongres saya amat tertarik dan teruja serta macam-macam perasaan yang tak mampu dilahirkan kerana ahli panel pembentang bukanlah calang-calang orang. Namun sesuatu yang paling besar saya ingin bawa ialah konotasi " I want to be a good teacher" sesuai dengan bidang pendidikan yang saya sedang ikuti sekarang. Beratnya menjadi seorang guru ini. Dan saya ingat lagi pesanan Dr Tajul Ariffin Noordin " Jika nak jadi guru yang baik, perkara pertama yang perlu dihadam ialah menghafal Falsafah Pendidikan Negara. Jika ini pun tak lulus, jangan harap nak jadi guru yang baik." Lebih kurang macam tu la katanya. Beliau menambah bahawa jika pada zaman beliau menjadi guru dulu setiap guru wajib untuk menghafal FPN jika tidak mereka tidak akan diiktiraf sebagai guru. Hmm.. cukup berdisiplin guru dulu kan?

Tetapi apabila bercakap tentang pendidikan, bukan sahaja elemen guru yang disentuh tetapi termasuklah pelajar, ibubapa, sistem pendidikan sekarang itu sendiri, sekolah dan sebagainya.
Berbalik kepada persoalan guru, saya teringat kuliah pertama Prinsip Teknologi ( yang kuliahnya dalam Bahasa Inggeris bcoz mostly student are from Tesl Programme). Dr Tee bertanyakan kepada setiap pelajar untuk menjawabnya: "Apakah sifat seorang guru yang anda amat kagumi dengannya?" Pelbagai jawapan yang diberikan oleh pelajar dalam kuliah tersebut like : smart, loving, caring, friendly, passionate, funny dan lain-lain lagi. Dan Dr. Tee mendapati setelah 15 minit kuliah berlangsung baru seorang pelajar dapat memberikan perkataan 'knowledgable' adalah sifat yang amat dikagumi kepada seorang guru. Sungguhpun begitu, beliau membandingkan adakah sifat 'knowledgable' cukup untuk menjadi seorang guru jika tiada sifat-sifat yang lain yang ditonjolkan seperti penyayang, ambil berat dan lain? Mesti tidak. Kesimpulan yang saya dapat kutip dalam kuliah itu ialah :

' Seorang guru mesti bertindak mengikut keadaan pelajarnya. Jika pada waktu pelajar memerlukan tunjuk ajar, knowledgable is very relevant but not during the student in trouble. Gunakan kemahiran, sifat dan sikap pada tempat yang betul. Pendek kata, seorang guru perlu menjadi segala-galanya bagi pelajar dan segala-galanya bukanlah ada pada seorang guru.'

Ini adalah kesimpulan yang dapat saya simpulkan sendiri daripada kuliah Dr.Tee yang pertama itu walaupun selepas itu saya menukar kelas kepada Dr. Hasyimi. Kuliah Dr Hasyimi juga lebih banyak perkongsian yang dapat dikutip tentang pendidikan. Salah satunya ialah tentang matlamat dan prinsip sebagai seorang guru. Mungkin lain kali saya boleh berkongsi tentang hal ini.

Justeru, rentetan daripada Kongres pendidikan, menguatkan kesimpulan awal bahawa ' I want to be agood teacher' dan ia dikuatkan lagi dengan kuliah-kuliah serta pengalaman pendidikan yang akan ditempuhi sepanjang sesi ini. Saya juga melahirkan perasaan '' Terima kasih cikgu!"


Rindu Bau Pohon Tin



Sambil meninjau2 kat kawasan jual buku API tadi saya tertarik dengan sebuah buku bertajuk Rindu Bau Pohon Tin. Hmm... saya amat tertarik pertama kali melihatnya dan seakan ada sesuatu yang menarik saya untuk memilikinya. Mungkin ada sesuatu yang saya akan dapat dari buku ini kerana kebiasaannya saya amat kurang payah untuk tertarik dengan buku- buku yang biasanya orang tertarik untuk memilikinya contohnya Aku Terima Nikahnya. Saya beli buku ini pun bukan kerana keglamouran dan penulisnya yang dikenali di kalangan kawan-kawan saya. Tapi entah. Untuk ketahui apa yang ada dalam buku ini saya kena baca dulu la... Mungkin 'konotasi' Bumi Anbiya'.. Nantila baca dulu. Jika nak beli boleh cari kat API. InsyaAllah ada. Buku ni buku latest Ustaz Hasrizal. Let's share together. Sharing is just to know each other. =)

Tuesday, July 7, 2009

ANDAI SEMUA PENYANYI BEGINI...

http://www.youtube.com/watch?v=Z8bzE6xbtc8&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=fYFF7-d6mkI&NR=1


Andai semua penyanyi menyanyikan lagu sebegini alangkah hidup ini amat bermakna. Saya cukup kagum dengan kumpulan muzik dari Indonesia yang kebanyakannya ada elemen muzik metal ini. Mereka masih juga menyampaikan paling kurang satu lagu yang dinyanyikan untuk memuji Allah. Pada pandangan saya sekaligus penyanyi juga akan mendapat didikan dan peringatan daripada apa yang akan disampaikan oleh mereka. Sungguh mereka menjiwai lagu yang dinyanyikan itu. seperti kumpulan ini... Wali Band dan S-T 12. Walaupun mereka adalah ahli kumpulan biasa yang mungkin di Malaysia seperti kumpulan kelahiran Gang Starz, yang membawa muzik metal dan pop kegemaran remaja masa kini. Best sekali video klip lagu KebesaranMu itu... Walaupun mesejnya nampak bersahaja tetapi seakan hidup dan mampu menjentik jiwa. Biarkan seketika dengan apa jenis muzik yang dimainkan sebentar. Cuba hayati mesej yang ingin di sampaikan. Cukup cukup cukup sekali...( baca dengan nada yang betul) menyentuh hati..

Namun sayang di Malaysia, setakat yang saya perhatikan belum lagi ada kumpulan yang boleh melakukan sebegini. Mungkin tiada penaja atau produser muzik dan komposer yang ingin melakukannya...?? Saya pun tak pasti. Kenapa di Indonesia boleh? Jika sekarang komposer lebih menerbitkan lagu yang berunsurkan cinta dan jarang-jarang sekali penyanyi aliran muzik biasa maksud saya yang bukan bergelar ' penasyid ' menyanyikan lagu ketuhanan. Mungkin juga suatu hari nanti kita perlu mengambil inisiatif ini kerana zaman sekarang sesiapa sahaja sukakan muzik dan lagu maka kita patut menggunakan medium ini dengan seoptimum mungkin dalam mengajak manusia untuk mengingati dan kembali kepada Allah.


Wallahua'lam..

Monday, July 6, 2009

APA KHABAR HATI?

Sesekali apabila bertanya pada hati

Adakah hatimu sejahtera hari ini?

Hati memberikan bayangan jiwa

Lalu jiwa menyatakan perasaan

Tiada yang berjaya memikat hati

Kecuali jiwa yang telah terpesona dan terpaut

Hati mula terpaut pada istighfar

Lidah tidak lagi kelu berzikir

Mata memandang dunia…syahdunya.

Telingan menghayati seruan kebenaran

Kaki melangkahkan pahala ke rumah Tuhan

Tangan menadah syukur kurnia

Sesusuk jasad sempurna kini.

Hati yang merindui memainkan akal

Hati bersih kerana berkat beramal

Akal tidak kaku memikirkan balasan


Sesekali tanya pada hati

Adakah sihat kau hari ini?

atau nanti doktor bawa ke hospital

atau nanti jururawat suntik ubat

baru kau nak berjaga-jaga

Menjaga pakaian hati

Peluntur kekotoran hati

Tiada lain zikir mengingati Allah

bermujahadah dan muhasabah


Sesekali tanya pada hati

Bagaimana kau rasa kini?

mahu dipaksa atau terpaksa..

Hati akan menjawab

“ Aku tidak bisa menentukan

kerana manusia sebagai suis

tanyalah dia…bagaimana aku..

di sini…”

22 Ogos 2003

Friday, July 3, 2009

Alahai bubur kacang



Bunyi nya macam bersahaja sahaja bila sebut bubur kacang. Biasa orang makan bila ada kenduri tahlil kat kampung-kampung.( ingat dulu-dulu masa kecil). Tapi sekarang bukan jadi makanan rasmi orang tahlil dah sebab zaman dah berubah. Apasal pulak ni tetiba cakap pasal bubur kacang ni??


Mesti pernah rasa bubur kacang kan..? Kacang merah, kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah... eh mana boleh buat bubur... hehe. Hmmm macam-macam lagi la. Yang biasanya kacang hijau dan kacang merah lah. Tahu tak macam mana ia di proses dari kacang hijau yang kita boleh tanam tu akan dapat taugeh! boleh jadi bubur pulak kan? Santan+ gula merah+kacang hijau= bubur kacang. Tapi nampak je senang nak buat tapi kena keluarkan tenaga jugak. Jangan pandai makan je tau. Santan? beli je kat kedai yang peket atau segera. Tapi yang original lagi best, walaupun ada orang kata leceh nak perah! Perahlah sampai puas hati.. hihi. Habis bab santan. Gula melaka atau gula merah? alah... tak payah ke Melaka pun kat kedai Kamal pun ada jugak. haha... Orang kelantan panggil 'nise'. Sebut betul-betul. Yang ni memang kena beli lah sebab takkan nak bersusah payah pula ambil nira untuk buat gula merah/melaka ni. Lain la kalau dah memang kejenya buat gula merah ok lah tak payah beli buat sendiri. Sekarang pun macam-macam versi gula merah. Ada yang ketul, yang leper dan ada juga yang serbuk. Pilihlah yang mana jadi pilihan di hati. Kacang? Yang ini pun p la cari kat kedai yang menjual pelbagai jenis kacang contohnya Balaji.. Ada punye... Apa lagi, dah siap bahan masak je la...


Eh! Nanti dulu! Jangan pakai balun je semua masuk sekali. Ada step nya juga. Kacang kena masak dulu dengan air sampai empuk. Then baru masuk santan dan gula melaka. Untuk bagi wangi sikit taruk daun pandan. Masak la sampai masak. Jika tak cukup manis tambah la..... takkan garam kot. Faham-faham lah sendiri. Dah masak siap dihidang. Ermmm... nyam nyam sedapnya bubur kacang. Dah tu bukan setakat boleh makan macam tu je. Boleh makan dengan roti atau pulut. Lagi best kalau rajin dibuat aiskrim Malaysia.....Boleh! hehe...=)


Apa hal nya cakap pasal bubur kacang ni? Tak payah masuk blog pun boleh bagitahu kat dapur je cara nak buat bubur kacang ni... Ha.. Cuba fikir dalam-dalam sikit apa falsafah bubur kacang ni? Apa yang tersirat di sebaliknya?? Hmmm... pikir-pikir...


Jawapannya mudah dan ringkas, USAHA, DISIPLIN, KREATIF. Nak kena terangkan ke? Usaha? Yelah... nak dapatkan bahan-bahan buat bubur tu kena p cari bahan-bahan tu dengan apa cara yang sesuai la. Disiplin? Cuba fikir lau pakai balun je masuk semua sekali jadi tak bubur? Mungkin jadi juga bubur tapi tak masak atau lambat masak... sebab kacang perlu masak berasingan dulu. Jika masak sekali dengan santan terus, santan akan pecah minyak n bubur pun jadi tak sedap.. jadi sini kena ikut step yang betul. Kreatif? Bubur kacang akan lebih sedap jika ditambah perasa dan pewangi yang padan. Juga lagi kreatif jika ditemani bersama pulut, roti atau di buat aiskrim...

Begitu juga kita dalam apa-apa pun yang dikerjakan perlu berusaha sungguh-sungguh tanpa kenal erti jemu. Di samping itu juga disiplin adalah asas keberjayaan sesuatu. Perancangan yang berdisiplin akan menghasilkan kepuasan. Kreatif juga perlu ada dalam melaksanakan sesuatu. Memandang sesuatu dengan lebih luas akan menambahkan kenikmatan terhadap apa yang diusahakan... Jadi boleh tak relatekan dengan sekadar Bubur kacang ni? Alahai...

hmmm...


Tak tau nak tulis apa. Tup tup dah bulan Julai dah. Rasanya baru je lepas exam. Lepas ni dah masuk sem baru dah.. Tak lama dah masa nak timba ilmu di Uni Malaya ni..Hampir 2 bulan juga tak update blog ni walaupun selalu je buka blog orang lain. Hihi xsempat dan tak tau nak tulis apa sebab banyak benda yang berlaku. Cuma nak kongsi ni la lagu yang sedang meletop kat R* ni. "Satu Cinta".. best la weh. Ambo pun kaki lagu jugak. Suka serve lagu yang jadi favourite... Untuk senangkan hati katakan. Hmm... cuti hari tu tak sangka pulak dapat hadiah barangan Kel's Cosmetic dari IKIM.fm. Gara-gara hantar nukilan je pun. Tak lebih dari itu. Nak saya share jugak la apa yang saya nukilkan di sini buat tatapan semua...


Alamak! Sayangnya dah terdelete dah dalam laptop ni. Hmmm xpe la... lain kali la ye. Banyak lagi insyaAllah nukilan yang akan saya hantar ke IKIM. Hmmm tak tau la nak cakap apa lagi ni. Dengan pelbagai isu yang berlaku di sekitar kita apalagi di sekitar kawasan mahasiswa ni. Apa pun yang dihadapi, dilalui, dan diuji ( ingat lagu Sesekali Diuji) sabarlah allah sentiasa bersama orang benar. Apa pun kezaliman, ketidakadilan yang diberikan kepada kami dan mereka yang teraniaya, kita tidak akan duduk diam menunggu segalanya berakhir. Selaku sahabat seperjuangan yang akan sentiasa memberi support moral dan harapan membina terutama kepada keluarga terdekat mereka.


Sesungguhnya ujian itu allah berikan adalah sebagai hadiah yang tidak ternilai kepada kita dan kitalah jua yang akan menilainya dengan matahati. Mungkin Allah ingin menjentik sedikit kesenangan dan kelekaan kita sama ada disedari atau tidak. Namun kita bersyukur kerana zaman ini adalah zaman yang akan mengukir sejarah dalam peradaban gerakan mahasiswa yang tidak akan enteng dengan kezaliman. Allah memberikan ujian itu adalah kepada orang yang boleh melaluinya. Sesekali ujian itu ada Rahmat Ujian... macam lagu Mestica pulak kan. hehe...
Hmmm saya pun tak tau nak tulis apa lagi untuk ruangan ini. Mulanya nak tulis cerpen. Baru je beberapa kerat tulis dah tersentak pula dengan lagu baru dari Hawary- Sahabat.. Terus tak jadi nak sambung tulis. InsyaAllah saya dalam posisi memberanikan diri untuk menulis secara lebih serius. Justeru perlukan banyak lagi pembacaan... Orang kata Membaca jambatan Ilmu. Sekarang ni bukan setakat jambatan, highway pun kena ada ilmu nak buat. haha...


Ok lah tulisan ini juz santai..



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes