Monday, April 27, 2009

MENCARI TENANG DI CELAH KESIBUKAN



Hari ini Alhamdulillah dalam kesibukan menguruskan tugasan yang tidak akan pernah berhenti, di hambat dengan kejaran waktu untuk study dan menatap bait-bait syarah subjek Madkhal Tafsir dan Fiqh Ibadat itu, sempat lagi meluangkan masa untuk mengisi jiwa dengan mengikuti usrah bersama sahabat-sahabat seperjuangan . Ia telah membuka lembaran baru bagi diri yang sudah lama tidak ‘dibasuh’ karat dosa dengan inzar dan tujuan asal arah kita.


Pengisian pada petang ini juga sedikit sebanyak melepaskan rindu pada usrah as-Sakinah yang merupakan titik permulaan diri ini mengenali makna diri. Sungguh! Tidak dapat terbayang kerinduan yang teramat sangat apabila mengenangkan memoir yang terindah pernah di ‘punggah’ dari lembah tarbiyah bernama sekolah. Sungguh! Kerinduan semakin membuak-buak apabila hampirnya kepada penghujung semester ini kerana saat cuti ini lah masa yang paling sesuai untuk melepaskan kerinduan bersama ahli usrah as-Sakinah( yang mungkin selepas ini akan ada “al-Karamah” pula..Insya Allah).


Mencari tenang (as-sakinah) di celah kesibukan. Bukan rangkap yang bersahaja tapi ia menyimpan memoir yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Dalam kesibukan melaksanakan tugasan, sesekali celahkan dirimu untuk bersama dengan hati kembali agar akan terjumpanya kembali sinar ketenangan yang di cari. Bukan jua rangkap madah pujangga, tetapi ia adalah trademark yang akan terus tersemat dalam jiwa ini. Menelusuri langkah tarbiyah yang penuh dengan kasih-sayang dan saling menasihati antara satu sama lain adalah intipati hidupnya gerakan itu. Disitu lahirnya ukhuwwah yang bertunjangkan hablumminannas, aksi tarbiyahnya yang hidup serta bukan lagi retorik.


Tarbiyah perlu dirangka dalam lapangan yang luas. Turun ke medan sebenar. Masih teringat cerita ummi, pernah ahli usrah tidak dapat hadir ke usrah kerana terpaksa menolong ibu dan bapanya di sawah. Apa yang ummi lakukan? Di muatnya anak usrahnya itu ke dalam keretanya. Lalu salah seorang bertanya: kemana kita ingin pergi ummi? Kita ingin berjumpa Solehah(bukan nama sebenar) di rumahnya. Hari ini kita ke rumahnya… akhirnya bukan atas rumah yang jadi tumpuan, tapi ‘sekeluarga’ itu turut sama berkebun dan bercucuk tanam di sawah orang tua Solehah. Besarnya hati Solehah dengan kedatangan mereka semua yang turut sama bercucuk tanam. Sungguh! Belajar dari alam akan mendekatkan diri kepada pencipta. Tiap kali tuaian disebut zikrullah, sekali benih ditanam dipanjatkan doa berpanjangan. Namun jangan dilupa sunnatullah agar semaian itu perlu cukup jagaannya, tidak boleh kurang air dan lebih airnya. Serta yang selayaknya bagi tanaman itu.


Cukup menusuk ke dalam hati apabila hati-hati yang telah padat dengan rantaian kasih-sayang ini saling mengingatkan, memerlukan dan konsep takaful itu bukan hanya omongan. ..sungguhpun perpisahan jarak dan waktu sudah terjadi namun perpisahan hati antara kami tidak akan bisa dirungkai selagi langkah masih sama serta hati itu pada tempat yang sama..pada Allah.


Hmmm.. jika nak dibagitahu semua tak cukup space ni. Seakan bicara ini agak menyimpan maksud ,tapi cukuplah sekadar perkongsian ini akan menerbitkan sedikit sakinah dalam hati. Dalam rukuk dan sujud tidak pernah puas untuk meminta. Sejauhmana kita telah melakukan yang terbaik dan adakah esok akan datang lagi sebagaimana hari ini yang masih kita boleh bertemu, bergelak ketawa, saling merasai , memberi dan menerima….yang selayaknya??


Wallahua’lam.


p/s : minta respon komen

Friday, April 24, 2009

MEJA EXAM


“ Macamane exam tadi? Boleh jawab tak? “. Tiba-tiba Salwa datang menpuk bahu Latifah yang dari tadi mengelamun. “ Hmm… boleh la..” jawabnya endah tak endah. “ Ni kenapa ni moyok je ni… kau ada problem ek? Cerita lah kot nya aku boleh bantu…” Salwa cuba mengorek apa yang tersirat dalam benak fikiran kawannya itu. Latifah tiba-tiba terdiam tanpa memberi respon apa-apa. " Biarlah apa Salwa nak cakap. takde mood betol la.." bisik hati Latofah sendirian. “ Eh! Tak pe lah kau tak nak kongsi ngan aku pun. Jomla kita g makan. Laparlah.. dah berhempas pulas penuhkan ruang kertas tu jomlah penuhkan isi perut plak. Hehe.” “ ok jom..” jawab ku.


Di kafe kolej 14….

“Sal, kau pernah terfikir tak kita akan menjejakkan kaki kat U ni ? Maksud aku sebelum masuk U la…” Latifah memulakan bicara. “ Adalah jugak. Aku terfikir dan impikan akan menjejakkan kaki ke university yang tersohor, belajar rajin-rajin. Biar boleh anugerah pelajar terbaik. Dan yang paling penting… belajar sampai kembang hidung family aku. Hahahaha..” “ Berseloroh plak kau ni.” Salwa menyambung. “ Eh betul apa! Belajar biar sampai kembang hidung family tu maksudnya sampai puncak tertinggi ilmu tu. Tak dapat nak bagi definisi tepat la. Kau Tanya ni kenapa?” Salwa cuba menimbulkan persoalan.


Inilah yang aku fikirkan tadi. Habis jawab soalan tadi tu aku termenung jap kat meja exam tu.. terfikir macam-macam perkara bila tengok pelbagai ragam orang dalam dewan peperiksaan tu.Aku berkata sendiri lah..” Belajar tak la bersungguh sangat tapi mengharapkan macam-macam. Kita selalu akan cakap benda yang baik-baik dan indah-indah je kat family bila mak ayah Tanya. Dengan kata nak tak nak dorang bimbang. Tapi hakikatnya tak la seindah rupa. Harapan meninggi langit tapi usaha Cuma sekelumit… bagaimana nak dapat anugerah gitu? Dah tu kat dunia pun buat acah-tak acah hal akhirat lagi la…” “ Wah! Hebat kau ye boleh cakap macam ni sekali… a’a . Hari ni baru 2 paper habis. Eh! Macam tu xlah la lama-lama makan ni.. kene usaha lebih baru dapat habuan pun lebih. “


Lalu keduanya pun berlalu dari kafe itu..

Saturday, April 18, 2009

INSPIRASI LASKAR PELANGI


Cerita yang penuh dengan pengajaran. Kegigihan, ketekunan, keazaman, kesungguhan, tidak kenal erti putus asa, setiakawan, kejujuran. Kisah yang bisa mendetik hati dan bisa membuat anda sebak dengan laskar pelangi yang tetap tegar mencapai cita-cita dan harapan terhadap keilmuan. Kisah yang akan membuka mata pengorbanan seorang guru dalam memberi ilmu dengan hati yang tulus. Jua kesungguhan dan iltizam anak muridnya terhadap ilmu. Apa yang menjadi pegangan dalam kisah ini kata-kata sang pengetua : " Hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya..."
Kisah yang akan mengetuk pintu hati. Hayati dan nikmati jalan kisahnya yang 'hidup'.
Mesti tonton untuk bakal-bakal pendidik yang ingin mendidik hati anak didiknya...

Friday, April 17, 2009

RENUNGAN


"Kita selalunya merasa masih punya banyak masa untuk melakukan banyak perkara sedangkan masa yang masih berbaki mungkin tidak sampai sedetik, sepenggal atau sepurnama. Kita juga seringkali merasa telah memiliki sedangkan kita tidak pernah memiliki apa-apa didunia ini melainkan pengharapan kepadaNya. Kita seringkali merasa telah banyak berkata-kata sedangkan satupun tidak Allah mendengarnya. Kita juga kadangkala merasa kitalah yang paling banyak dan perit diuji dan yang paling tabah dalam menghadapi ujian itu sedangkan ia tidak membawa apa-apa makna di pandanganNya. Kita juga kadangkala merasa diri lebih baik daripada saudara yang lain sedangkan kitalah yang paling buruk di mata Allah...Nauzubillah."

~BITTAUFIQ WA NNAJAH ~

Monday, April 6, 2009

TARBIYAH : KOPAKKAN MINDA!!!





Rata- rata pernah mendengar dan memahami maksud pendidikan. Namun konsep pertarbiyahan berbeza dengan apa yang di katakan pendidikan. Ini kerana dalam konteks sebagai mahasiswa di UM ini, tarbiyah tidak terikat kepada mana-mana individu tertentu sahaja tetapi minda mahasiswa kini perlu dikopak luas untuk memahami konsep tarbiyah itu sendiri.


Mengapa perlunya ada tarbiyah dalam kehidupan seseorang? Apatah lagi sebagai seorang mahasiswa muslim ia tidak dapat tidak lari aspek ini. Janganlah menampakkan bahawa tarbiyah ini jumud, tiada pembaharuan dan tidak selari massa. Dari beberapa aspek tarbiyah dirungkaikan dari segi tarbiyah ruhaniyyah , tarbiyyah aqliyah, jasadiyah , aqliyah dan beberapa aspek lain lagi. Hakikat manusia jiwa perlu sentiasa terdidik dengan peringatan dan inzar dalam kehidupan seharian untuk melengkapkan diri sebagai insan yang berbakti saat demi saat. Kesedaran itu akan lahir apabila kita mengetahui hakikat penciptaan manusia itu sendiri. Allah berfirman yang mana maksudnya:


" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (al-Baqarah : 30)


Tugas sebenar manusia diciptakan adalah untuk beribadat kepadaNya dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Menjadi seorang khalifah di bumi adalah tanggungjawab setiap manusia. Tiada terkecuali. Apabila menyedari bahawa manusia menggondol beban yang besar maka persediaan dalam melaksanakan amanah itu juga haruslah sebesar yang ditanggung. Dalam ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :


“Wahai orang-orang yang beriman ! Mahukah aku tunjukkan kepadamu suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” – Assoff ayat 10-11.


Ayat ini ada perkaitan dengan firman Allah dalam ayat yang lain dari Surah at-taubah ayat 111:


“ Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka . Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh( sebagai janji) yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah kemenangan yang agung.”


Oleh sebab itu jelaslah dari ayat-ayat yang dinyatakan bahawa manusia memegang beban tugas yang amat berat dan amanah yang dipikul oleh orang-orang beriman. Saya tidak berniat untuk menghurai lanjut ayat tersebut tetapi untuk mencapai tahap jihad dan juang menegakkan Islam serta menjadi khalifah dibumi tidak akan lari dari persoalan tarbiyah.


Sebelum kita berbicara lebih lanjut lagi, harus ditekankan bahawa untuk seseorang menerima apa sahaja yang berlaku itu sebagai tarbiyah, kefahaman tentang aqidah dan keteguhan terhadapnya perlulah tidak dapat digoyah lagi. Kenapa? Dari aqidah islamiyyah ini akan tercetusnya kebergantungan kepada allah, merasa redha atas ujian yang melanda serta berasa berdosa andaikata kembali mengadap Allah di hari qiamat tanpa membawa pulangan yang berlipat kali ganda. dan dalam keadaan tenteram setelah menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Lalu apakah sumbangan yang kita boleh sumbangkan untuk Islam? Dari segi aqliyah atau pemikiran , asakan kefahaman perlu untuk dijadikan sebagai salah satu momentum ke arah kegemilangan orang islam meneroka, mengatur strategi terhadap musuh, mempertahankan hujah serta menepis segala cara pemikiran yang salah yang tersasar dari Al-Quran dan As-sunnah.


Tarbiyah tidak dapat didefinisikan secara holistic. Namun penterjemahannya sememangnya telah teratur dalam kehidupan manusia sendiri. Di kampus ini, skop pentarbiyahan teramat-amat luas. Namun mahasiswa lebih tertumpu untuk menerima tarbiyah fikriyyah sahaja iaitu dengan menghadiri kuliah, tutorial, siapkan tugasan sepanjang sesi, discussion dan segala-galanya yang berkaitan dengan pembangunan fikriyyah secara skop yang teramat kecil. Mengapa ditinggalkan aspek tarbiyah yang lain? Kepentingan untuk meneroka dan menerima tarbiyah jasadiyyah, tarbiyah, aqliyyah, ruhaniyyah termasuk tarbiyyah fikriyyah ini masih di tahap yang rendah. Apa salahnya jika sesekali meneroka ilmu lain yang penting sebagai seorang muslim iaitu ilmu tentang organisasi Islam, kenapa perlunya terlibat dengan organisasi Islam, mengapa perlu menolak kebatilan yang terang dan tersenbunyi. Sense untuk itu semua masih di tahap yang membimbangkan. Malang lagi apabila orang islam sendiri yang menolak kebaikan yang ingin dilakukan. Lalu adakah kita masih ingin duduk diam seperti hari ini?


Justeru tebar-tebarkanlah diri untuk menjejak pendokong kebenaran yang semakin hari semakin lesu dan sedikit sahaja golongan yang mahu dan sanggup memikulnya. Usaha perlu diperkasa agar mata rantai perjuangan Islam tidak akan terhenti di Universiti Malaya ini.


Wallahua’lam.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes