Friday, April 24, 2009

MEJA EXAM


“ Macamane exam tadi? Boleh jawab tak? “. Tiba-tiba Salwa datang menpuk bahu Latifah yang dari tadi mengelamun. “ Hmm… boleh la..” jawabnya endah tak endah. “ Ni kenapa ni moyok je ni… kau ada problem ek? Cerita lah kot nya aku boleh bantu…” Salwa cuba mengorek apa yang tersirat dalam benak fikiran kawannya itu. Latifah tiba-tiba terdiam tanpa memberi respon apa-apa. " Biarlah apa Salwa nak cakap. takde mood betol la.." bisik hati Latofah sendirian. “ Eh! Tak pe lah kau tak nak kongsi ngan aku pun. Jomla kita g makan. Laparlah.. dah berhempas pulas penuhkan ruang kertas tu jomlah penuhkan isi perut plak. Hehe.” “ ok jom..” jawab ku.


Di kafe kolej 14….

“Sal, kau pernah terfikir tak kita akan menjejakkan kaki kat U ni ? Maksud aku sebelum masuk U la…” Latifah memulakan bicara. “ Adalah jugak. Aku terfikir dan impikan akan menjejakkan kaki ke university yang tersohor, belajar rajin-rajin. Biar boleh anugerah pelajar terbaik. Dan yang paling penting… belajar sampai kembang hidung family aku. Hahahaha..” “ Berseloroh plak kau ni.” Salwa menyambung. “ Eh betul apa! Belajar biar sampai kembang hidung family tu maksudnya sampai puncak tertinggi ilmu tu. Tak dapat nak bagi definisi tepat la. Kau Tanya ni kenapa?” Salwa cuba menimbulkan persoalan.


Inilah yang aku fikirkan tadi. Habis jawab soalan tadi tu aku termenung jap kat meja exam tu.. terfikir macam-macam perkara bila tengok pelbagai ragam orang dalam dewan peperiksaan tu.Aku berkata sendiri lah..” Belajar tak la bersungguh sangat tapi mengharapkan macam-macam. Kita selalu akan cakap benda yang baik-baik dan indah-indah je kat family bila mak ayah Tanya. Dengan kata nak tak nak dorang bimbang. Tapi hakikatnya tak la seindah rupa. Harapan meninggi langit tapi usaha Cuma sekelumit… bagaimana nak dapat anugerah gitu? Dah tu kat dunia pun buat acah-tak acah hal akhirat lagi la…” “ Wah! Hebat kau ye boleh cakap macam ni sekali… a’a . Hari ni baru 2 paper habis. Eh! Macam tu xlah la lama-lama makan ni.. kene usaha lebih baru dapat habuan pun lebih. “


Lalu keduanya pun berlalu dari kafe itu..

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes