Sunday, December 25, 2011

SUATU HARI...

Suatu hari, kita tidak akan sendiri

Apabila Allah menemukan kita
dengan pasangan hidup
Yang baginya mungkin
dia tidak pernah kita kenali
atau boleh jadi cukup kita kenali
namun hakikatnya dia adalah...
seorang LELAKI
Yang sejurus itu di panggil SUAMI!




Oh! Bagaimana mungkin cuba dibayangkan
Seorang wanita akan mentaati si suami
pasangan yang akan menemani
hingga akhir hayat nanti
Bagaimana nanti,
hidup jika sebelum ini
sahabat-sahabat serta keluarga
yang menjadi pendamping diri
kini akan berubah setelah dirimu bergelar ISTERI...


Perjalanan ini cukup misteri
Terkadang tidak terungkap
Apalagi mahu dibicarakan
dengan rela hati
perlu menerima inilah ketentuan Ilahi...

Semoga ada sinar menanti
Dalam mencari bahagia Ilahi
sentiasa kekal dan bersemi
dipupuk cinta pada Ilahi
Penjaga yang akan menemani
di sepanjang perjalanan
yang terus akan jadi misteri
hari demi hari
sehingga bertemu denganNya
di Syurga abadi...

10 Ramadhan 1432H @ 11 Ogos 2011

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes