Sunday, August 1, 2010

BULAN TERBIT LAGI… (Ep 1)


Mak Anang bangun awal hari itu untuk menyiapkan sarapan anak-anaknya ke sekolah. Di tanaknya nasi dalam 4 cupak sekali untuk jualan nasi lemaknya hari itu. Di tambahnya lagi 3 cupak untuk nasi berlauk. “ Ajan nak bawa 5bungkus, Seha 4 bungkus. 9 bungkus semuanya.. 1 bungkus lagi minta bagi Cikgu Rohayu . Dia banyak bantu Ajan dan Seha.” Bisik Mak Anang sendirian. Terbit senyuman manis di bibirnya, puas hati.

Setelah ditanaknya nasi di dapur, Mak Anang naik ke atas kejutkan anak-anaknya bangun ke sekolah. Dikejutnya Ajan yang masih berselimut merah berbelang-belang biru. Di sebelahnya Adi dan Sani sudah dibilik air. Mak Anang ke bilik anak perempuannya pula Nur Sihatul Insyirah. Cantik nama itu. Tapi dipanggilnya Seha sahaja. Akma dibiarkan sahaja berdengkur kerana si cilik itu masih perlu tidur lagi seawal usia 4 tahun. Masih perlu tidur.

Semua sudah bersiap memakai baju sekolah masing-masing. Sani dan Adi berpakaian seragam sekolah di dada mereka tertera lencana Sekolah Agama Al-Karamah. Sani di tingkatan 3 dan Adi di Tingkatan 2. Kedua-dua perlu bersiap awal ke sekolah kerana bas akan datang jam 6.45 pagi. Ajan dan Seha pula berseragam putih biru tua ke sekolah. Seha akan membonceng Ajan ke sekolah.

“ Mak, dah siap bungkus nasi untuk Ajan? “ Sambil menira-ngira kawan-kawannya. Manap, Husin, Bob, Teja, Alin. 5 bungkus ye mak.” Jerit Ajan dari bangku meja sarapan pagi. Mak Anang di dapur membuka pintu rezeki mereka sekeluarga hari itu. Di kuaknya pintu bertentangan jalanraya berhadapan rumahnya. Di hatinya di bisikkan doa semoga jualannya habis hari itu.”

“ Ya, nak bungkus ni. Seha sekali ni. Makan jangan menjerit la Ajan. Makan pelan-pelan…” pesan seorang ibu..

“ Ajan jangan menjerit lagi tau macam tu masa makan. Mak tengah bungkus dah tu…” kata Seha kepada Ajan. “ Opss.. sory.. Ajan kan memang suara kuat kak.. Kalau tak Cikgu Rohayu tak lantik Ajan jadi Ketua Kelas.. “ jawab Ajan sambil tersenyum. “ Hmm ye la tu.. dah makan. Jap lagi nak tolong mak bungkus sekali.

“ Ni Ajan punya , 5 bungkus pesanan kawan-kawan dan ini Ajan punya tau.” Sambil menghulurkan plastic hijau berisi nasi kepada Ajan dan Seha. “ Oh ya. Ni mak tambah lagi satu untuk Cikgu Rohayu”

“ Baiklah mak.”

“ Doakan kami belajar ye mak..” sambil mencium tangan ibu yang mereka kasihi itu.

Sambil melambai pergi.. Sayup hati seorang ibu membisikkan… Ya Allah jadikanlah mereka insan berguna di dunia dan di akhirat…”


Mak Anang teringatkan arwah suaminya yang telah pergi ke rahmatullah semasa Mak Anang masih mengandungkan Akma 5 bulan. Pak Adin meninggal kerana sakit jantung. Tinggallah Mak Anang menyara anak-anaknya 5 orang dengan menjual nasi pagi. Kerja lain Mak Anang tak reti buat, memasak memang dia pandai. Tambahan pula arwah ibu Mak Anang memang pandai memasak dan kepakaran itu duwarisi Mak Anang. Lagipun di kampungnya tiada orang yang jual nasi pagi. Jadi Mak Anang ambil kesempatan demi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah.

Mak Anang tidak pernah cicirkan pendidikan kepada anak-anaknya walaupun mereka hidup ala kadar dan sederhana sahaja. Anak-anaknya kecil-kecil sudah di ajar berdikari dan hidup susah. Arwah suaminya pernah berkata “ Anak-anak ni perlu di ajar susah supaya nanti mereka akan mengerti erti sebenar kehidupan ini. Dan tidak lupa daratan apabila sudah Berjaya. Dari rasa susah akan dapat kepuasan dalam kehidupan. Kecil-kecil kena diajar berjimat cermat dan tidak berlebih-labihan. Hormat kat orang tua dan ingat orang yang berjasa kepada kita. Tapi kita tidak boleh hidup meminta-minta selagi kudrat yang Allah bagi masih ada kita gunakan dengan sepenuhnya…”

Kata-kata arwah suaminya itu masih terngiang-ngiang di telinganya dan Mak Anang tidak akan melupakannya. Mak Anang sangat setia sebagai seorang isteri. Kata-kata arwah Pak Adin tidak pernah di bantah apalagi makan minum dan pakaian suami dan anak-anak sentiasa di jaga kekemasan dan kebersihannya walaupun arwah Pak Adin bekerja sebagai seorang buruh. Rezeki yang didapati tidak pernah dirungut kerana mereka percaya segala rezeki adalah daripada Allah dan mencukupi dengan apa yang ada. Dengan sebuah motosikal Kapcai Honda c50 Pak Adin berulang-alik ke tempat kerja. Keluar pagi balik petang. Di malam hari mereka akan solat jemaah bersama-sama dan Pak Adin akan mengajarkan anak-anaknya mengaji Al-Quran. Meriah suara anak-anaknya mengaji Al-Quran. Suasana itu terus diamalkan sehingga hari ini oleh keluarga kecil ini kerana Mak Anang yakin keberkatan dan ketenangan akan datang dengan pegangan agama yang utuh. Dan inilah yang sentiasa diterapkan oleh Pak Adin sepanjang hidupnya kepada anak-anak. Kini, Sani yang mengambil alih tugas ayahnya untuk mengajarkan Al-Quran kepada adik-adiknya. Mak Anang brsyukur kerana hajatnya dan arwah suaminya tertunai jua apabila Sani berjaya belajar di Sekolah Agama. Sani anak sulung dan dia juga bertanggungjawab terhadap adik-adiknya nanti apabila sudah besar. Pengganti imam solat jemaah di rumah yang serba sederhana ini. Alhamdulillah…

Semena-mena nama Mak Anang dipanggil .

“Mak!! Ajan dah balik…Assalamualaikum mak…” Ajan berlari dari atas basikal mendapatkan Mak Anang yang duduk di serambi rumahnya..

“ Waalaikumussalam..

“ Mak! Cikgu Rohayu kirim salam kat mak. Dia kata masakan mak memang sedap. Bangga Ajan masa tu mak. Tau tak Ajan kata apa kat Cikgu?”

“ Apa dia?”

“Ajan kata. Kalau Cikgu nak makan nasi mak saya lagi, hari-hari saya boleh bawa Cikgu!”

Mak Anang sedikit tergelak dengan cerita anak lelakinya berusia 9 tahun itu.

“ Lepas tu Cikgu cakap apa?”

“ Cikgu cakap nanti dia nak pesan dengan mak dan dia akan bayar la untuk akan datang. Selalu je dia kata mak ta nak ambil duit bila dia nak bayar. Dia kata boleh tolong mak dapat duit juga. Mak tau tak lepas tu bukan Cikgu Rohayu je yang nak pesan, tapi Ustazah Husna, Cikgu Latifah dan semua cikgu-cikgu lain pun nak makan nasi yang mak masak. Ustaz Hassan yang garang tu pun nak rasa masakan mak tau. Ajan bangga sangat dengan mak yang pandai masak. Ajan sayang mak!” sambil mencium pipi ibunya itu.

“Ya la ya la. Esok mak masak lagi untuk Cikgu-cikgu Ajan ye. Alhamdulillah. Inilah namanya rezeki. Allah kan dah kata kalau kita suka memberi, InsyaAllah Allah akan beri yang lebih baik daripada itu. Ye?”

“Cikgu Ayu memang baik hati. Dahlah cantik, suka tolong orang pulak kan mak?”

“A’a. sebab itu mak ajar ana-anak mak yang comel ini dengan sifat-sifaat yang baik, hormat orang lain dan jangan lupakan jasa orang yang telah berjasa pada kita. Kena belajar rajin-rajin nanti jadi orang yang berjaya dan boleh tolong orang lain pulak. Dahlah, pergi tukar pakaian dan solat nanti kita makan sama-sama ye.”

Seha sudah masuk ke bilik menukar pakaian dan solat zohor.


~bersambung~

25 12 2009 12.14 AM

Reactions:
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes