Thursday, March 19, 2009

DI MANA KAN KU CARI GANTI (1)


Kata orang, zaman kanak-kanaklah zaman yang paling best… sekali. Masa ni kita minta apa je mak ayah bagi. Masa kecik-kecik ni biasala kita main masak-masak, main anak patung tapi aku tak suka main kawin-kawin. Lagi best kalau main kejar-kejar. Tak dapat nak kata lah macam ne perasaan masa tu. Dalam best-best kawan pun biasala ada yang suka buli orang, kacau orang main, telangkupkan ‘masakan’ aku, dan patahkan leher anak patung aku. Budak-budak katakan...


Al kisahnya suatu petang…kat simpang jalan mati aku berjalan seorang masa tu...

Ingat lagi aku petang tu mak pesan belikan tepung. Tapi dapat upah…boleh la upah dulu-dulu…20 sen kira sedap la tu. Waduh..dapat upah gembiranye..dapatlah aku beli gula-gula gambir kegemaranku..Masa balik aku makanlah gula-gula gambir tu…Nikmatnya…Alah masa tu gula-gula ni memang yang famous la kat budak-budak macam aku. Tak tau la budak zaman millennium makan ke tak lagi, ntah kenal ke tak benda ni apa.

Duk tengah syok jalan-jalan…


(Bunyi salakan anjing...) Hah? Anjing???Aku memang takut bonar ngan binatang ni..Kawan aku kata kalau jumpa ngan anjing ni, ada 1 jalan je boleh buat….Cabut lari la..Apalagi. memecut la aku sekuat hati. Dan apalagi si anjing tu bila tengok aku pecut dia pun pecut jugak belakang aku…Aku berkata dalam hati "Alamak! Salah teknik ka??Hentam je la, lari la lagi.."


Seingat aku itu lah larian yang paling laju pernah aku buat… hingga sampai satu simpang…bala…..jalan mati…(Dub dap Dup dap) Mana lagi nak pergi?? Tepung tu masih aku pegang kat tangan ku…karipap mak jadi ke tak ni.. Apa aku nak buat? Dia terus mendekatiku..aku hilang tujuan…Aku menjerit...Tolong!!!! Kerana aku teramat takut, tepung yang aku pegang tu terlambung ke atas dan jatuh kembali atas aku. Mungkin masa tu muka aku penuh ngan tepung. Aku tak kisah dah masa tu. Aku Cuma ada satu jalan je lagi. Kuasa menjerit sekuatnya…Tolong!!!Tolong!!! Aku berlari ke kanan… tak ada jalan…ke kiri…simpang mati..Dadaku terus berdegup kencang. Aku tengok mata anjing itu yang menggerunkan dan seolah-olah aku terpukau dan terpaku dengan kegarangannya. Tak semena-mena dia terus menusuk pandangan tajamnya pada ku..


Tanpa di duga…Tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan berlari kearah ku dengan membawa kayu. Dia berkejaran beberapa kali sambil menyergah dan menghambat anjing tu dengan kayu masih di tangannya.. Akhirnya dia membaling anjing itu dengan kayu tersebut lalu anjing itu terus melarikan diri. Dia mendekatiku yang masih lagi terpinga-pinga ketakutan. "Kau tak apa-apa?" tanya budak tu. " Aku tak apa-apa. A..a..aku takut.." jawabku.. "Alah...dah tak de dah anjing tu. Penakut betulla kau ni. Jomlah balik rumah aku bersihkan badan kau tu. Jomla.. Rumah aku dekat sini je…" Aku ikut budak tu balik rumah dia. Sebab kena kejar anjing tu la juga karipap mak aku tak jadi petang tu. Bermula hari itu lah aku berkenalan dengan dia. Mak bapak dia kerja pensyarah dan guru. Dia anak bongsu dari 4 beradik. Semua kakak dan abangnya tengah study kat dalam dan luar Malaysia. Hari itulah bermulanya perkenalan kami. Jika sebelum ni aku tak ada teman nak pergi jalan-jalan, tapi sekarang Bie lah kawan aku. Kemana aku pergi mesti bersama Bie…


Aku dapat kesan dia ni memang lain dari yang lain. Lain la sikit dari kawan-kawan aku yang lain. Apa-apa yang berlaku kat aku, dia mesti tau..hatta kalu aku tak siap kerja rumah pun dia tau padahal kami ni bukan satu sekolah. Boleh kata kami kamceng sekamceng-kamcennyanya la. Tapi ada benda yang berbeza antara aku dengan dia. Aku ni penakut sikit. Tapi dia tak takut, tak takut..Dialah bodyguard aku sekarang bila mana aku kena buli kat kawan-kawan dia mesti selamatkan aku. Bila dia cakap, ada something yang orang lain tak boleh tiru lah gaya bahasa dia. Cakap sikit, mesti ada je bunyi “Aku herran la..” Cakap sikit, ada je bunyi “Aku herran la..” Herran dia tu sound lain sikit, siap ada tasydid lagi. Itulah Bie..Habiebah Muhsinah..



bersambung....

Wednesday, March 18, 2009

LAGU OH LAGU...


Anda kenal Agnes Monica? Pelakon dan penyanyi Indonesia yang popular menerusi drama Jelita yang ditayangkan di TV3 awal tahun ini. Anda tahu Agnes adalah seorang Kristian...? Tapi bukan lah tujuan artikel ini ditulis untuk menceritakan tentang dirinya sebagai seorang selebriti. Tapi ini satu isu yang hangat diperkatakan kini iaitu isu penggunaan perkataan Allah bagi orang bukan Islam.

Agnes Monica mencetuskan kontroversi apabila menyanyikan sebuah lagu bertajuk Allah Peduli. Saya sendiri telah mendengar dan menonton clip video lagu tersebut. Sungguhpun mesej yang ingin disampaikn adalah berlatarkan kebajikan, kerana klip video nya memaparkan keadaan manusia yang kurang upaya dan sebagainya. Pada pandangan saya ia ingin menyampaikan mesej bahawa Tuhan tidak pernah membiarkan hambanya berada dalam keadaan serba kekurangan namun ada hikmah bagi semua itu.

Apa yang ingin ditulis di sini... Apa yang tak kena dengan lagu tersebut?
Nak tahu ? Baca lirik lagu ini (tak perlu lah nak hayati...)

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


******

Anda perasan apa yang tidak kena kan?

Sumber dari Bernama mengatakan lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica ini akan diharamkan kerana ia menyentuh sensitiviti agama. Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan yang mana dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu. Yesus merujuk kepada Jesus iaitu Tuhan dalam agama Kristian.

“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya.

Jadi, istighfar banyak-banyak. Banyak lagi beban yang terpikul di bahu kita. Selamatkan akidah kita!

Wallahu a'lam.


Monday, March 16, 2009

NANTIKAN!!!


Nantikan kemunculannya...!

Saturday, March 14, 2009

PMIUM DAN GERAKAN MAHASISWA






PMIUM kini telah menjangkau umur semakin tua dan matang seperti mana era kebangkitan mahasiswa yang lampau yang mampu menggugat kedudukan sesiapa sahaja yang menolak keadilan. Kini kebangkitan mahasiswa tidak akan berhenti setakat menghadiri demonstrasi menentang sebarang ketidakadilan tetapi mahasiswa perlu melangkah sejauh pandangan mata yang tidak dapat diteka dan dijangka. Mahasiswa terutamanya mahasiswa muslim perlu lebih kehadapan dalam mendepani masyarakat serta isu yang bermain di sekitar mereka. Namun, segalanya tidak akan tercapai tanpa kerjasama dan juga kesatuan hati jua fikrah para mahasiswa yang bergelar muslim dan ‘merelakan’ diri mereka untuk mati serta hidup bersama islam, dalam perjuangan islam.

PMIUM sebagai wadah untuk mahasiswa muslim bergerak bersama-sama mendokong kegemilangan Islam sebagaimana yang kita tahu bahawa kepimpinan islam yang sejati bertitik tolak dari aqidah yang sahih serta kebergantungan yang total kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan. Meskipun kini PMIUM ditekan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, namun kita sebagai pendokong agama Allah tidak boleh undur, lari hatta ingin mengensot sedikit pun dari jalan ini JANGAN! PMIUM adalah badan yang menggerakkan gerakan islam di kampus ini. Justeru, menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk sama-sama menerajui gerakan ini kea rah pembentukan ummah yang terbaik seperti yang seringkali di war-warkan.

Annual Grand Meeting PMIUM (AGM PMIUM) kali ke 49 pada hari ini memaparkan kisahnya yang tersendiri. Walaupun bukan keseluruhan ahli PMIUM yang hadir pada perhimpunan tahunan ini, namun refleksi daripada AGM dapat dirasai. Pelbagai lontaran idea yang dikongsi bersama hadirin terutama sekali yang menyentuh aspek dakwah dan terbiyah, gerakan mahasiswi dan siasah. Namun penumpuan perbahasan ucapan dasar daripada sidang mesyuarat yang hadir adalah berkenaan aspek dakwah dan tarbiyah. Kenapa 2 aspek ini yang menjadi ‘spot issue’ untuk diperkatakan? Tidak lain sebenarnya itulah peranan yang perlu dimainkan oleh PMIUM dalam membaiki ‘kegawatan’ dan kebejatan social yang berlaku dalam masyarakat khususnya di UM yang kita cintai ini.

PMIUM perlu memperkasakan dakwah kepada non muslim, mempelbagaikan metod pembawaan dakwah bukan sekadar orientasi program semata-mata tapi perlu turun kepada’ grassroot’ atau golongan untapped market secara konsisten. Berapa ramai golongan mahasiswa UM yang terlibat dengan gejala sumbang mahram yang seringkali kita dapat tengok “ wayang free” di Bukit cinta, tepi jalan-jalan yang xberlampu, dalam kolej sendiri dan sebagainya. Apa tugas kita sebagai ahli PMIUM yang mempunyai ‘title’ mahasiswa Islam tidak kira terlibat secara langsung atau pun tidak. Hal ini kerana ahli PMIUM akan menjadi batang tubuh yang mencorakkan gelombang dakwah di Universiti Malaya ini sendiri. Tidak terasa pedih, ngilu dan kecewa kah kita jika mahasiswa-mahasiswa yang juga merupakan sahabat seperjuangan kita di medan ilmu Uni Malaya ini masih jahil tentang solat, puasa, halal, haram dan seumpamanya?? Kita seringkali ingin boom isu-isu kenegaraan dan jarang juga tersasar tentang masalah social yang berlaku dalam UM ini. Jadi ayuhlah kita sama-sama mendokong perjuangan yang membawa manusia untuk mengenali Allah serta sunnah Nabi kerana sudah sewajibnya atas orang yang tahu menyampaikan kepada yang tidak tahu.

Jalan paling dekat ialah lebarkan sayap dakwah kita ke kolej-kolej kediaman yang sentiasa menjadi tempat paling strategic dan favourite untuk laksanakan program, sama ada baik atau buruk. Perkasakan hubungan dengan balai-balai Islam kolej kediaman seluruh Um untuk membawa agenda memartabatkan Islam di Uni ini.
Selain itu, dalam melahirkan kader-kader yang akan menggerakkan dakwah ini perlu kepada konsistensi dan penglibatan seluruh warga kampus dalam proses pentarbiyahan. Apa itu tarbiyah? Dalam bahasa Melayu ialah proses didikan. Manusia dididik sejak kecil bermula dari sebelum pembentukan manusia lagi. Bermula dari alam rahim kita telah dididik contohnya ibu-ibu perlu menjaga kesihatan badan dan membekalkan vitamin atau keperluan yang secukupnya untuk memastikan bayi yang lahir itu sihat. Dan seterusnya kealam dunia ini. Dari kecil hinggalah ke akhir hayat proses pentarbiyahan tidak akan berhenti.

Walaupun kita berada di lapangan ilmu yang pelbagai, hakikatnya sebagai muslim tugas kita sebenar adalah khalifah di bumi yang akan memakmurkan bumi ini dengan cahaya Islam dan menyebarkannya. Untuk itu dalam melahirkan mata rantai perjuangan Rasulullah ini perlu kepada sistem yang sentiasa mengikatnya pada perjuangan yang akan membawa kepada kegemilangan Islam. Oleh kerana itulah PMIUM yang membawa ’ body ‘ islam berusaha memberi kefahaman kepada seluruh warga kampus melalui siri-siri kuliah ilmu, program kepimpinan, usrah dan sebagainya. Usrah kelompok perlu diberi ruang untuk diperkasakan dari aspek pengisian, pembawaan dan praktikalitinya. Kesediaan untuk menjadi ahli gerakan Islam perlulah di’polish’ sejajar potensi yang ada pada mereka. Walaupun dalam kita berusaha memberi penghayatan Islam yang sebenar dalam membentuk peneraju gerakan kita tidak dapat lari dari halangan dan cabaran, tohmah dan fitnah, keji dan dusta. Semuanya perlu ditelan walau pahit, di gagahi walau ranjaunya masih panjang.

Kepimpinan silih berganti saban tahun, tidak kira siapa pun mereka, anggaplah ia adalah yang terbaik untuk ita dan merupakan ketetapan Allah kepada kita. Tahniah dan takziah kepada kepimpinan baru PMIUM sesi 2009/2010. Saudara Shazni, saudari Fasihah, Hafiz Ilyas dan Fahmi Saleh. Mudah-mudahan barisan kepimpinan yang lain yang akan dilantik akan sama-sama mendokong visi kea rah mengembalikan keizzahan islam di kampus. Semoga PMIUM kali ini akan terus tegar dalam memimpin generasi islam kini dan akan datang.

Namun ingatlah sama-sama kita selaku hamba Allah, kebergantungan serta kepautan hati pada-Nya tidak boleh sedetikpun alpa. Sama ada dalam duka, gembira, kecewa, susah atau senang. Segala-galanya akan bertambah indah apabila kita mengerti bahawa hidup ini adalah untukNya serta mati kita juga dalam kerinduan bertemu Nya.

Wallahu a’lam.

Thursday, March 12, 2009

APA KHABAR HATI

APA KHABAR HATI?

Sesekali apabila bertanya pada hati
Adakah hatimu sejahtera hari ini?
Hati memberikan bayangan jiwa
Lalu jiwa menyatakan perasaan

Tiada yang berjaya memikat hati
Kecuali jiwa yang telah terpesona dan terpaut
Hati mula terpaut pada istighfar
Lidah tidak lagi kelu berzikir
Mata memandang dunia…syahdunya.
Telinga menghayati seruan kebenaran
Kaki melangkahkan pahala ke rumah Tuhan
Tangan menadah syukur kurnia
Sesusuk jasad sempurna kini.

Hati yang merindui memainkan akal
Hati bersih kerana berkat beramal
Akal tidak kaku memikirkan balasan

Sesekali Tanya pada hati
Adakah sihat kau hari ini?
atau nanti doctor bawa ke hospital
atau nanti jururawat suntik ubat
baru kau nak berjaga-jaga
Menjaga pakaian hati
Peluntur kekotoran hati
Tiada lain zikir mengingati Allah
bermujahadah dan muhasabah

Sesekali tanya pada hati
Bagaimana kau rasa kini?
mahu dipaksa atau terpaksa..
Hati akan menjawab
“ Aku tidak bisa menentukan
kerana manusia sebagai suis
tanyalah dia…bagaimana aku..
di sini…”

Saturday, March 7, 2009

SALAM MAULIDURRASUL 1430 H

Hadirmu bawa cahaya
rahmat seluruh alam...
Perjuanganmu meresap ke dalam kalbu
pedoman sepanjang zaman..
Hayati sirah nabi...
kerana di situ terpahat suka dan duka
buat penyambung risalah...
Rasul-Nya yang mulia...
" Ya Allah! Ku mohon pada-Mu bukakanlah pintu hatiku dan jiwaku seluas-luasnya untuk ku menatap dan menghayati perjalanan rasul-Mu yang teragung.
Ya Allah! Tetapkanlah hatiku untuk agama-Mu ini dan semoga akulah yang akan menyambung perjuangan ini... penyambung risalah para Nabi...Amin "


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SURAT DARIPADA IBU

Dedikasi buat ibu. Sebagai suara hati seorang ibu buat anak-anaknya....

Anakku, sesuai tuntutan Nabimu maka ibu menyusui dirimu dua tahun lamanya". Semua itu telah membentuk tulang dan dagingmu menjadi kukuh dan kuat menghadapi serbuan penyakit. Perasaanmu menjadi manusiawi dengan sentuhan lembut ibu sewaktu menempelkan kepalamu di dada.


Anakku, engkau akan segera menjadi dewasa, sihat dan perkasa. Untuk itu kenalilah Tuhanmu dengan sebaik-baiknya.
14. Sesungguhnya Aku Ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain aku, Maka sembahlah Aku dan Dirikanlah solat untuk mengingat Aku. – Surah Tahaa
Dalam surah al-ikhlas Allah menyatakan bahawa :
1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
4. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia."

Kenalilah kewajipan-kewajipanmu kepadanya kemudian segera lakukannya. Dalam surah Luqman ayat ke 13: “Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". Sebaliknya kenalilah hak-hak kamu terhadapnya dan bersyukurlah atas segala keputusan- Nya. “ Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al masih putera Maryam, padahal mereka Hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.” Ingatlah tiada siapa pun yang tahu rahsia langit dan bumi, tiada yang mengetahui mana yang terbaik bagi manusia, kecuali Allah Taala.

Anakku,
Kenalilah junjunganmu, Nabi Muhammad S.A.W. bagaimana sikapnya dan akhlaknya serta seluruh perilaku beserta sunnah-sunnahnya. Kemudian ikutilah segala apa yang ada pada dirinya. “ Apa sahaja yang telah kularang kepadamu maka jauhilah dan apa sahaja yang telah kuperintahkan kepadamu maka kerjakanlah menurut kemampuanmu. (HR Bukhari dan Muslim) kerana dalam diri Rasulullah itu ada suri tauladan yang baik bagimu.

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”- Al-Ahzab : 21.

Sehingga engkau akan menjadi peribadi yang tenang dan istiqomah serta memiliki rasa percaya diri, tidak menjadi peribadi yang lemah longlai, goncang dan mengalami krisis identiti.

Anakku, hormatilah kedua orang tuamu. Perlakukan mereka dengan rasa hormat, serta berkatalah keduanya dengan perkataan yang mulia sepertimana yang telah dilkarkan dalam al-quran surah al-isra’ ayat ke 24.

Tanamkan dalam dirimu rasa menyayangi keduanya. “ Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih –sayang ..”- Al-Isra’: 24. Kemudian panjatkan doa bagi keduanya “ Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidikku sewaktu kecilku.”- Al-Isra’: 17

“Hai anakku dirikanlah sembahyang dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang lebih baik dan cegahlah (mereka ) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu . sesungguhnya yang demikian itu termasuk dalam hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)”- Luqman : 17

Anakku, janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan rasa sombong. " Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung” – Al-Isra’: 37.
Sehingga engkau mampu menundukkan kepala dikala menang dan mampu mendongak di kala engkau kalah. Berani kepada orang-orang yang kuat dan serta penyantun terhadap orang-orang yang lemah.
“Anakku, tangismu yang kuat bagai suara takbir yang menggentarkan musuh-musuh Allah menyebabkan mereka gerun dan merasa takut untuk berhadapan denganmu. Tinjumu yang kuat akan bisa merobohkan kekuatan kuffar yang menentang Islam dan kaum muslimin. Tendanganmu yang keras akan menyapu kemurkaan dan kezaliman yang sekarang terjadi di Palestin, Bosnia , al-Jazair, Chechnya , Kashmir dan di seluruh belahan bumi Allah ini.

Kalau sudah begitu anakku,, tidak salah jika ibu merasa redha dan bangga terhadapmu. Engkaulah harapan ummat manusia untuk ikut meninggikan kalimat-Nya, berjuang di jalan-Nya hingga engkau akan menemui kemenangan yang gemilang atau akan gugur sebagai syuhada'. Untuk itu anakku, tegarkanlah dirimu sebagaimana para Nabi Ulul ’azmi telah bersabar,. ‘Maka bersabarlah kamu sebagaimana orang-orang yang mempunyai keteguhan hati (Ulu Azmi) dari rasul-rasul telah bersabar. (al-Ahqaaf : 35).


Yang amat menyayangimu…
Bonda

Thursday, March 5, 2009

Jom ke Program HAMAS

Assalamualaikum warahmatullah. ..


"Semua orang menunggu saat akhir hayatnya...sama ada dengan sakit jantung atau ditembak apatchi...bagi saya, saya memilih ditembak dengan apatchi..." As-Syahid Abdul Aziz Rantisi meluahkan cinta syahidnya!

Dengan semangat Jihad, saya menjemput sekalian sahabat ke


HIMPUNAN AKADEMIS MENDOKONG KEAMANAN PALESTIN (HAMAS 09)


6 MAC 2009 (Jumaat)
2.30 - 4.30 petang (selepas solat jumaat)
Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Aturcara:
- ucapan akademis
- pameran
- jualan produk Aman Palestin
- nasyid
- pentomin
- tayangan video
- sajak

InsyaAllah kita laungkan kedamaian bersama.

Wednesday, March 4, 2009




Monday, March 2, 2009


SIRI KULIAH MAGHRIB PERDANA PMIUM (Siri 2)
Penceramah : Ustz Azlan bin Zainal
Tajuk : ISLAM DAN JAHILIYYAH
Tarikh : 5 Mac 2009 @ 9 RabiulAwal 1430 Hijrah
Hari : Khamis
Masa : 7.45 malam - 9.00 malam
Tempat : Surau Kolej8 (8th), UM
Anjuran : PMIUM dengan kerjasama Balai Islam Kolej8, UM
Datanglah beramai-ramai
"Dimana ada ilmu di situ kaki berdiri,
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Sunday, March 1, 2009

Ya Rasulullah kami Merindui mu


Muhammad bin Abdullah. Rasul akhir zaman yang membawa cahaya ke seluruh alam. Betapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh baginda Muhammad S.A.W dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Kita menelusuri perjalanan kekasih Allah ini dengan penuh airmata dan kegembiraaan. Namun berapa ramai yang seringkali menterjemahkan bahasa keagungan dalam lapangan kehidupan masing-masing?

Sungguh! Insan bernama Muhammad ini terlalu amat istimewa tiada lagi tandingnnya dengan insan lain. Akhlaknya adalah rujukan ummat sepanjang zaman. Budi pekerti dan kehalusan tingkahlaku namun tegas terhadap musuh-musuh Islam adalah nilai peribadi yang perlu di kaut oleh seluruh ummat.

Kecintaaan baginda kepada ummatnya tidak dapat digambarkan tatkala menghadapi sakaratul maut. Bukan nama isterinya, anak-anaknya. sahabat-sahabatnya yang selalu di sebut, namun " UMMATI.....UMMATI..." tidak putus dari ingatannya.. Namun kita adakah sama sepertimana baginda mengingati kita tatkala hayat di penghujungnya??

Mungkin ya, mungkin tidak! Mungkin tidak sama SEKALI???!!! Semuanya anda yang tahu. >>>>

Oleh itu... Jom kita hayati sirahnya dan bongkar perjalanan insan mulia ini dalam menegakkan Islam.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes