Wednesday, March 18, 2009

LAGU OH LAGU...


Anda kenal Agnes Monica? Pelakon dan penyanyi Indonesia yang popular menerusi drama Jelita yang ditayangkan di TV3 awal tahun ini. Anda tahu Agnes adalah seorang Kristian...? Tapi bukan lah tujuan artikel ini ditulis untuk menceritakan tentang dirinya sebagai seorang selebriti. Tapi ini satu isu yang hangat diperkatakan kini iaitu isu penggunaan perkataan Allah bagi orang bukan Islam.

Agnes Monica mencetuskan kontroversi apabila menyanyikan sebuah lagu bertajuk Allah Peduli. Saya sendiri telah mendengar dan menonton clip video lagu tersebut. Sungguhpun mesej yang ingin disampaikn adalah berlatarkan kebajikan, kerana klip video nya memaparkan keadaan manusia yang kurang upaya dan sebagainya. Pada pandangan saya ia ingin menyampaikan mesej bahawa Tuhan tidak pernah membiarkan hambanya berada dalam keadaan serba kekurangan namun ada hikmah bagi semua itu.

Apa yang ingin ditulis di sini... Apa yang tak kena dengan lagu tersebut?
Nak tahu ? Baca lirik lagu ini (tak perlu lah nak hayati...)

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yangku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti
Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah dibiarkannya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku mengerti


******

Anda perasan apa yang tidak kena kan?

Sumber dari Bernama mengatakan lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica ini akan diharamkan kerana ia menyentuh sensitiviti agama. Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

“Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam,” katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan yang mana dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu. Yesus merujuk kepada Jesus iaitu Tuhan dalam agama Kristian.

“Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah,” kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata MAIS akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

“Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam,” katanya.

Jadi, istighfar banyak-banyak. Banyak lagi beban yang terpikul di bahu kita. Selamatkan akidah kita!

Wallahu a'lam.


Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes