Saturday, January 9, 2010

HAK vs BATIL

Alhamdulillah.. ahad lepas berkesempatan jua bertemu adik-adik usrah untuk melanjutkan sesi usrah semester kali ini. Setelah masa cuti yang panjang hari itu saya 'membekalkan' kepada mereka siri The Arrivals untuk ditonton sepanjang cuti. Agar tidak tersia-sia sahaja cuti dan boleh juga berusrah...walau pun tidak berjumpa di depan mata.

Perancangan awal mahu ke Taman Jaya, tapi disebabkan awal pagi ramai adik-adik usrah yang tidak dapat join lalu di tukar tempat ke Gazebo. Seusai petang jam 5 saya telah sampai di Gazebo. Tertarik dengan latihan pentas dari Pusat Budaya yang diadakan di Gazebo itu, saya berhenti sejenak. Dan memutuskan untuk ke surau KPS sahaja sementara solat Asar. Sambil menanti semua datang saya terasa cukup penat dan membaringkan diri sebentar di surau itu. Memikirkan banyak perkara. hehe...eh rupa-rupanya Za pun ada juga..

Usrah bermula lewat hampir stengah jam. Sementara mnunggu Intan sampai Izati dan Syuhada ditayangkan dengan Siri Qabil dan Habil part 4 sebagai permulaan usrah kami.Seusai Intan datang membawa kawan baru untuk usrah kami. Alhamdulillah...bertambah anggota Usrah Al-Karamah ini...

Jom mulakan:

1. Keluarkan sehelai kertas
2. Naqibah akan menyebut 10 perkataan dan diminta ahli usrah menyatakan perkataan lawan bagi perkataan tersebut.
3. Setelah selesai minta beberapa orang nyatakan jawapan yang dapat.
4. Seterusnya Naqibah akan minta semua ahli usrah jawab secara serentak jawapan yang diperolehi apabila Naqibah menyebut mana-mana perkataan dari 10 perkataan itu secara cepat.
5. Buat sedikit ulasan yang mereka dapat.

Seterusnya disambung part 4 Qabil dan Habil iaitu part ending siri tersebut. Dalam bahagian ini diilustrasikan tentang pembunuhan Habil oleh saudaranya sendiri iaitu Qabil kerana rasa dengki, sombong dan rasa tidak puas hati. Sedangkan Habil adalah seorang yang tidak pernah berdendam dan habil cuba mendapatkan kepastian apabila Habil ditimpa musibah, Qabil tidak membantunya sebaliknya jika Qabil ditimpa musibah Habil akan membantu. Diakhir bahagian ini dinyatakan juga bahawa generasi Qabil akan terus ada dan mereka kini menggunakan pelbagai senjata sama ada yang nampak atau tidak untuk mengkucar-kacirkan manusia. Contohnya dengan mortar, kereta kebal dan sebagainya dan pertumpahan darah antara hak dan batil akan berterusan sampai bila-bila kerana generasi Qabil adalah terdiri daripada manusia itu sendiri. Dalam bahagian ini juga dinyatakan bahawa generasi Qabil ini akan mendakwa bahawa merekalah yang benar walaupun pertumpahan darah dan kebinasaan sentiasa berlaku kerana adanya sikap sombong, pentingkan diri, dengki dan sebagainya. Mereka berasa tidak bersalah membunuh kerana mereka tidak bersalah sebaliknya orang yang dibunuh itu yang bersalah. Dalam surah al-Maidah ayat 27 telah menyatakan tentang peristiwa ini.

Kenapa dinyatakan ini semua dalam usrah kali ini? Bermula dengan aktiviti perkataan lawan? Tiada lain sekadar permulaan untuk menyatakan setiap sesuatu ada lawannya. Cantik lawannya hodoh, pandai-bodoh dan sebagainya. Sehingga apa yang nak dihighlightkan adalah HAK lawannya BATIL. Apa yang hak dan apa yang batil?
Saya kemudian memulakan perbincangan dengan Hizbullah dan Hizbusyaitan. Saya mengambil bahan: SERI TAUJIHAT RI’AYAH MA’NAWIYAH KADER PK-SEJAHTERA 1424 H bertajuk "Ciri-Ciri Hizbusy Syaithan Dalam Konteks Kekinian" untuk dibincangkan. Dalamnya dinyatakan bahawa terdapat 3 langkah Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, mereka berusaha keras mengeluarkan manusia dari cahaya Allah dan nilai-nilai keimanan.

Kedua,tazyiin (memandang bagus kemaksiatan).

Ketiga, taswis (membisikkan kejahatan dan membangun keraguan dalam hati manusia).


Dalam siri taujihat itu juga dinyatakan tentang Ciri-ciri Hizbussyaitan iaitu :

Pertama, selalu lupa kepada Allah (ghaflah).“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.”(QS 59:19)

Kedua, mengekor hawa nafsu

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang buruk yang menyia-nyiakan shalat dan
mengikuti hawa nafsu, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. (Q.S. 19:59)

Ketiga, menjauhi Al-Qur’an

Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan
yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mau menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya…” (Q.S.7:146)

Keempat, dikuasai syaitan
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.” (QS 59:19)

Kelima, loyal kepada musuh-musuh Allah.

“Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS 2:257)

Perbincangan seterusnya dibuka kepada isu-isu yang bermain di sekitar kampus. Mana yang kita nampak baik dan yang sebaliknya serta manakah golongan yang benar dan golongan yang salah.


Usrah petang itu ditutup dengan siri ke 38 The Arrivals yang bertajuk : Kisah Islam. Saya ingin menunjukkan bagaimana Islam dan orang Islam akan dilayan seperti Malcorm X yang mati dibunuh sebagai pejuang Islam di Amerika. (untuk tahu ringkas tentang Malcorm X lihat di sini <>. Dan boleh la cari siapa Malcorm X melalui pembacaan dan sebagainya. Sungguh memilukan bagaimana beliau di bunuh.



Dan tanpa disangka, keadaan hening seketika. Saya ingin menyatakan bahawa dalam membawa sesuatu kebenaran, beginilah kita akan dilayan. Sebagaimana dakwah Nabi dahulu yang sentiasa ditentang, begitulah juga orang yang bertitle "Penggerak Islam" akan ditentang. Namun kita tidak boleh undur kerana kita adalah khalifah di muka bumi.

Wallahua'lam. ~

Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes