Saturday, February 6, 2010

IKTIBAR DARI NATRAH

Nyanyian lagu "Pulanglah Natrah" dari kumpulan Al-Wadi yang didengari dari Nasyidfm telah membuatkan hati penulis sedikit terdetik untuk 'tahu sendiri' apa yang berlaku pada susuk tubuh bernama Natrah ini. Meskipun sebelum ini saya pernah mendengar berita tentang hal ini dan Erma Fatima juga telah mementaskan kisah ini di Istana Budaya beberapa kali pementasan (walaupun ada beberapa komen tentang pementasan tersebut).



Cuba tengok apa yang diceritakan dari Tribute Natrah ini...



Dan ini juga...



Saya menjadi lebih tertarik apabila menjumpai kenyataan ini dalam kronologi peristiwa Natrah. (dipetik dari http://eriyza.aeropama.com)

"Natrah lambang wanita yang tersepit antara kemahuan dirinya untuk terus kekal menjadi wanita muslim seperti didikan Che Aminah tetapi dipaksa untuk menjadi kristian atas desakan keluarganya sendiri. Kesalan jelas terpahat di hati Natrah apabila 18 orang pejuang Islam syahid dan beratus-ratus orang lagi cedera kerana keberanian mereka mempertahankan akidah seorang gadis muslim. Natrah kekal dikenang di dalam sejarah Malaysia, Singapura dan Belanda dan British."

Antara petikan kata-kata lelaki Islam ketika Tragedi Natrah :-

Pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha
“Ko orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi….”
Dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan
“Demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini.”


Laungan Allahuakbar bergema disetiap sudut…Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid


Sumber : Shukur
Video-video berkaitan Natrah :-
Maria Hertogh Part 1
Maria Hertogh Part 2
Pulanglah Natrah a Tribute
Natrah – Handy Black (diharamkan kerajaan pada tahun 1992)

Eriyza : Tahun 1950 orang Melayu memang miskin tetapi mereka sanggup ke Singapura untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dinoda oleh si kafir laknat tetapi pada masa kini mengapa isu murtad dipandang enteng meskipun ia mula menular?? Ayuh, semangat cintakan Islam perlu dipupuk semula sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Hmm... jika sekarang bukan main lagi 'orang yang beruniform' itu dengan FRU apabila ada apa-apa demontrasi, tapi lain pula pada zaman dahulu. Sanggup tanggalkan pangkat untuk tegakkan kebenaran. Sekarang ada lagi ke orang macam ni ye? Itu pada zaman sebelum merdeka orang Islam boleh bersatu atas dasar agama apabila 'se-coet' sahaja hak keagamaan mereka di ceroboh. Jika nak dibandingkan sekarang, bertimbun-timbun kes pasal akidah roh ini telah semakin pudar dalam hati-hati umat Islam. Atas sebab politik dan semangat (kebangsaan?) pun orang boleh mainkan agama.

Siapa yang boleh jawab? Sekarang sibuk dengan isu perselisihan fahaman akidah,ini betul, ini tak betul... Sudah-sudahla dari menyalahkan satu sama lain. Tiba masanya untuk kita kembali bersatu. Cuba kita suluh berapa banyak kes-kes 'ke-Konfiusan' agama di sekitar kampus especially, apalagi di sekitar masyarakat kita. Dan banyak lagi isu-isu yang tidak kita sedari telah menular.

Jom sama-sama kita suluh diri, pertahankan iman! ALLAHU AKBAR!!!

Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes