Sunday, December 25, 2011

SUATU HARI...

Suatu hari, kita tidak akan sendiriApabila Allah menemukan kitadengan pasangan hidupYang baginya mungkin dia tidak pernah kita kenaliatau boleh jadi cukup kita kenalinamun hakikatnya dia adalah...seorang LELAKIYang sejurus itu di panggil SUAMI!Oh! Bagaimana mungkin cuba dibayangkanSeorang wanita akan mentaati si suamipasangan yang akan menemani hingga akhir hayat nanti Bagaimana nanti, hidup jika sebelum inisahabat-sahabat serta keluarga yang menjadi pendamping dirikini akan berubah setelah dirimu bergelar ISTERI...Perjalanan ini cukup misteriTerkadang tidak terungkapApalagi mahu dibicarakandengan rela hatiperlu menerima inilah ketentuan Ilahi...Semoga ada sinar menantiDalam mencari bahagia Ilahisentiasa kekal dan bersemi dipupuk cinta pada...

Thursday, October 6, 2011

BICARA KEIBUBAPAAN SIRI 1: MENGHUKUM ATAU MENDIDIK?

Anak-anak adalah cerminan kepada apa yang ibu bapa lakukan. Pepatah ada menyebutkan “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan dilahirkan seorang bayi itu dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih dari perkara kekotoran. Maka ibu bapa mereka lah yang akan mencorakkan sama ada dengan acuan Islam nasrani atau Yahudi. Beruntunglah mereka yang mengikut acuan Islam.Adapun begitu, ibu bapa harus sedar bahawa zaman telah berubah dan prinsip asas pendidikan tidak boleh ditukar ganti. Zaman yang semakin mencabar ini amat menguji corak pendidikan yang akan diserlahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika zaman lampau cukup dengan sekali cakap anak-anak mudah menurut perintah. Intinya sama sahaja, untuk takutkan anak-anak dan menghormati orang...

Saturday, September 3, 2011

Warna kehidupan di perjalanan ini... Siri 3

Mempersiap fikrah pernikahan Kali ini saya ingin menyambung tentang mempersiapkan diri untuk mengahadapi baitul muslim. Betapa fikrah tentang pernikahan perlu jelas selain perkara seperti aspek komunikasi, bagaimana memahami sifat insan yang berlainan jantina ini, dan seumpamanya. Sebuah perkahwinan itu indah bagi setiap manusia. Ia saat yang diimpikan oleh setiap orang untuk menghadapinya kerana ia adalah agenda terbesar dalam hidup. Jika bagi seorang wanita, sebelum ini berada di bawah jagaan ayah dan ibu namun amanah itu akan diserahkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Besarkan amanah yang harus dipikul oleh lelaki tersebut? Bagi seorang wanita, pelbagai perasaan, persoalan yang akan bermain di dalam jiwa dan fikiran sepanjang proses menuju pernikahan ini berlangsung....



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes