Mempersiap fikrah pernikahan Kali ini saya ingin menyambung tentang mempersiapkan diri untuk mengahadapi baitul muslim. Betapa fikrah tentang pernikahan perlu jelas selain perkara seperti aspek komunikasi, bagaimana memahami sifat insan yang berlainan jantina ini, dan seumpamanya. Sebuah perkahwinan itu indah bagi setiap manusia. Ia saat yang diimpikan oleh setiap orang untuk menghadapinya kerana ia adalah agenda terbesar dalam hidup. Jika bagi seorang wanita, sebelum ini berada di bawah jagaan ayah dan ibu namun amanah itu akan diserahkan kepada seorang lelaki yang bergelar suami. Besarkan amanah yang harus dipikul oleh lelaki tersebut? Bagi seorang wanita, pelbagai perasaan, persoalan yang akan bermain di dalam jiwa dan fikiran sepanjang proses menuju pernikahan ini berlangsung....