
Anak-anak adalah cerminan kepada apa yang ibu bapa lakukan. Pepatah ada menyebutkan “melentur buluh biarlah dari rebungnya” dan dilahirkan seorang bayi itu dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih dari perkara kekotoran. Maka ibu bapa mereka lah yang akan mencorakkan sama ada dengan acuan Islam nasrani atau Yahudi. Beruntunglah mereka yang mengikut acuan Islam.Adapun begitu, ibu bapa harus sedar bahawa zaman telah berubah dan prinsip asas pendidikan tidak boleh ditukar ganti. Zaman yang semakin mencabar ini amat menguji corak pendidikan yang akan diserlahkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Jika zaman lampau cukup dengan sekali cakap anak-anak mudah menurut perintah. Intinya sama sahaja, untuk takutkan anak-anak dan menghormati orang...