Monday, January 5, 2009

TAHUN BARU YANG PENUH TRAGIS

Masa makin berlalu setelah kini kita dapat menikmati kehadiran 2009 dengan keadaan yang masih selesa. Namun keselesaan kita di sini harapnya tidak sekali-kali menghilangkan ingatan kita kepada saudara-saudara seMuslim palestin yang saban hari dihujani peluru dan mortar dari askar-askar Israel. Kita tiada kudrat untuk menghantar peluru berpandu apatah lagi kereta kebal untuk menyabung nyawa bersama-sama anak kecil, ibu tua, remaja-remaja yang setia memperjuangkan hak dengan sedaya kudrat yang ada.



Semakin ramai keluarga Palestin lari meninggalkan kediaman bagi mengelak daripada kemaraan askar Israel dengan unit infantri musuh menguasai jalan menuju ke kawasan penduduk utama ketika wilayah itu terus dihujani bedilan demi bedilan tentera Yahudi menyebabkan bangunan terbakar dan ketegangan meningkat.

Kereta dan trak yang dipenuhi kanak-kanak, wanita dan barangan peribadi mereka menuju ke kawasan selatan dari bekas kawasan penempatan Yahudi di Netzarim, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Gaza.

Sehingga kini maklumat yang di dapati dari sahabat saya yang berada di Mesir melaporkan bahawa 509 telah syahid dan 2450 penduduk palestin tercedera sepanjang peperangan hari in yang masuk hari ke sepuluh. Bayangkan saat-demi saat bila-bila masa sahaja di kala anda membaca ruangan ini ramai lagi mungkin akan terus syahid dan tercedera tanpa kita tahu bila segalanya akan berakhir.

Justeru sama-sama kita panjatkan doa untuk para mujahiddin yang kini masih bertahan mempertahankan tanah air mereka. Kita di sini??

Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes