
Seorang hamba pada suatu hari menulis sebuah catatan hati di saat keresahan..Catatan Hati... Robeknya hati kerana rasa kecewa apabila patah hati. Kita mungkin menyerahkan hati yang rapuh kepada Pencipta.. kerana telah robeknya hati kita… Bila masa akan di renovate kembali? Terlalu jauh dengan hati ini dengan hati yang diberi Sang Pencipta. Apabila saat rindu bukan lagi pada saat berduaan di malam hari… merintih dan menangis…Robeknya hati apabila rindu dibahagi-bahagi pada manusia yang tidak halal dirindui. Bagaimana mahu dibaiki lagi? Soal hati… Biarlah Allah yang menentukan…kerana hati ini belum tentu lagi suci untuk pencinta syahidMu…Soal hati… Biarlah ia rahsia antara diri dan Sang Pencipta kerana Dia lebih tahu yang terbaik buatku....