Sunday, August 1, 2010

BULAN TERBIT LAGI… (Ep 1)

Mak Anang bangun awal hari itu untuk menyiapkan sarapan anak-anaknya ke sekolah. Di tanaknya nasi dalam 4 cupak sekali untuk jualan nasi lemaknya hari itu. Di tambahnya lagi 3 cupak untuk nasi berlauk. “ Ajan nak bawa 5bungkus, Seha 4 bungkus. 9 bungkus semuanya.. 1 bungkus lagi minta bagi Cikgu Rohayu . Dia banyak bantu Ajan dan Seha.” Bisik Mak Anang sendirian. Terbit senyuman manis di bibirnya, puas hati. Setelah ditanaknya nasi di dapur, Mak Anang naik ke atas kejutkan anak-anaknya bangun ke sekolah. Dikejutnya Ajan yang masih berselimut merah berbelang-belang biru. Di sebelahnya Adi dan Sani sudah dibilik air. Mak Anang ke bilik anak perempuannya pula Nur Sihatul Insyirah. Cantik nama itu. Tapi dipanggilnya Seha sahaja. Akma dibiarkan sahaja berdengkur kerana si cilik itu masih perlu...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes