Sunday, January 16, 2011

'Pak Su Man' dan Kursus Pra Perkahwinan

Agak signifikan untuk menyatakan tajuk ini. Dek kerana tempias TV Al-Hijrah yang telah membuatkan saya terpaku di hadapan laptop berjam-jam kerana menghayati drama-drama yang dianggap baik setakat ini yang pernah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen jika dibandingkan dengan stesen televisyen RTM, Media Prima yang lain. Dalam masa 'melayan' drama-drama islamik di TV al-Hijrah ini : Telah Dihalalkan Epal Itu (TDEI), Villa di Tepi Surau dan yang paling menarik ialah Pak Su Man. Apa yang menarik pada siri ialah ada beberapa watak yang saya boleh contohi. Tambahan pula dengan saya baru sahaja selamat menghabiskan kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM).Apa yang paling menarik...

Tuesday, January 4, 2011

KITA BELUM SEGALANYA...

Saya terfikir sendiri. Selama ini benarkah kita telah melakukan segala-galanya dengan sepenuh hati? Kadangkala ada sahaja masa menurun dan menaik dalam hidup yang dilalui. Kuat mana pun kita menahan, jalan ini juga lah yang harus kita tempuh. Tidak boleh berpaling tadah. Ada persoalan yang timbul " Jika ada, tapi tidak berguna, adakah patut untuk ada atau tiada itu lebih baik?" Sebagai manusia, adalah lumrah kita akan beranjak ke arah kedewasaan dan pemikiran juga harus dewasa seusai usia ini. Dan jalan yang perlu ditempuh nanti belum di ketahui akhir destinasinya macam mana. Cuma kita sahaja lah yang boleh mencorak arah tuju itu. Tahun baru telah menjelma. Lambaian hijrah jua sepatutnya kita telah hadam dengan semangat dan iktibar yang terkandung dalamnya itu. Cuma kita terkedu dan adakah...



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes