Sunday, January 16, 2011

'Pak Su Man' dan Kursus Pra Perkahwinan



Agak signifikan untuk menyatakan tajuk ini. Dek kerana tempias TV Al-Hijrah yang telah membuatkan saya terpaku di hadapan laptop berjam-jam kerana menghayati drama-drama yang dianggap baik setakat ini yang pernah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen jika dibandingkan dengan stesen televisyen RTM, Media Prima yang lain. Dalam masa 'melayan' drama-drama islamik di TV al-Hijrah ini : Telah Dihalalkan Epal Itu (TDEI), Villa di Tepi Surau dan yang paling menarik ialah Pak Su Man. Apa yang menarik pada siri ialah ada beberapa watak yang saya boleh contohi. Tambahan pula dengan saya baru sahaja selamat menghabiskan kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargaan Islam anjuran Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya (PMKUM).

Apa yang paling menarik perhatian saya ialah pada watak Sumayyah lakonan Yatt Hamzah. Sumayyah ialah seorang isteri kepada Riezman atau PakSu Man yang merupakan watak utama dalam drama ini lakonan Ezany. Yatt Hamzah berjaya membawa penonton menghayati watak sebagai seorang isteri yang amat taat kepada agama, patuh pada suruhan Allah dan juga begitu menghargai serta pendorong kuat kepada suaminya Riezman. Walaupun mereka menghadapi pelbagai cubaan dan cabaran dalam mendidik anak-anak saudara mereka, tetapi mereka tidak pernah putus asa.

Dalam drama ini juga pada pandangan saya terlalu banyak mesej yang baik disampaikan dengan situasi yang realiti kepada apa yang berlaku kepada masyarakat kini. Juga di samping pelbagai method dakwah yang ingin ditekankan terutama dalam istitusi kekeluargaan yang dibina bersama. Saya juga akan menyarankan kepada anda yang membaca blog saya ini untuk menghayati drama yang begitu baik penceritaannya. Nilai tambah keberjayaannya juga yang berjaya memikat hati saya untuk terus menonoton ialah kerana mungkin ini drama pertama yang tiada adegan pegang-pegang, bersalam-salam dan sebagainya yang biasa kita lihat di drama-drama 'islamik' yang pernah disiarkan sebelum ini. Ia adalah satu permulaan yang baik agar penonton tidak 'serabut mata' dengan adegan suami isteri yang bersentuhan dalam lakonan sedangkan di luar mereka bukan suami isteri sebenar. Dalam drama ini tiada unsur-unsur sebegitu.

Drama yang penuh dengan unsur nasihat yang menelusuri ajakan kearah kebaikan bagi golongan remaja, golongan mahasiswa yang inginkan kebebasan juga mereka yang terlibat dengan syarikat-syarikat besar atau bidang korporat. Paling-paling penting dialog yang tidak ditinggalkan ialah " Assalamualaikum" apabila setiap kali bertemu dan akhlak yang menjadi tarikan yang akan memukau anda dan anda akan terpegun dengan watak mereka berdua. Pada pandangan saya juga elemen unsur dakwah kepada non Muslim juga diterapkan dalam drama ini. Untuk tahu lebih lanjut kenapa dan bagaimana anda perlu tonton di sini. -http://www.tvalhijrah.com. Anda tidak akan rugi tetapi banyak manfaat yang akan di dapati.

Sudah bercakap tentang drama Pak Su Man, dan juga amat terkesan dengan watak Sumayyah menyebabkan saya perlu bercerita pula tentang Kursus Pra Perkahwinan. Tidaklah bermakna saya akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini, tetapi cukuplah mengutip persediaan-persediaan yang bakal dihadapi dalam menjalani kehidupan wanita dewasa yang bakal berhadapan dengan kehidupan baru yang mungkin tidak pernah kita duga. Namun, apabila berkata tentang kahwin, kita perlu terima hakikat bahawa persediaan menjadi seorang isteri itu juga amat-amat perlu. Bagaimana seorang isteri yang cukup-cukup taat kepada suaminya dan mereka juga saling melengkapkan antara satu sama lain seperti yang dipaparkan dalam drama Pak Su Man tersebut. Juga sang suami adalah sebaik-baik suami yang faham akan isteri dan keprluannya. Kedua-dua watak berjaya dibawa dengan baik. Bagi saya juga watak-watak yang dipaparkan dalamnya itu lah yang perlu menjadi watak bagi suami terbaik dan isteri terbaik. Saya dapat kodkan kata-kata motivasi dan pemberi semangat seorang isteri bernama Sumayyah kepada Riezman apabila suaminya itu seakan rasa berat untuk menguruskan syarikat yang diamanahkan oleh arwah abang Riezman kepadanya. Menjadi tugas suami isteri untuk melengkapkan yang lain. Justeru itu Riezman tidak segan silu untuk meminta agar isterinya itu menegurnya apabila dirinya terlalai atau tersalah.

Alangkah ini suasana yang memang diharapkan oleh setiap pasangan hidup untuk hidup dengan kehidupan yang berdasarkan akidah, iman dan rasa takut kepada Allah. Pelbagai ilmu yang diperolehi sepanjang Kursus berlangsung dan membuatkan diri terfikir sendiri - sebenarnya kita lah pemula kepada apa yang akan kita tempuhi seterusnya. Bagaimana nanti kita, adakah boleh menjadi isteri yang terbaik untuk suami? Soalan ini saya simpan dan insyaallah kita sama-sama berusaha ke arah itu.

Beberapa minggu yang lepas saya sempat mendengar talk di IKIM fm tentang pergaulan 'Silang jantina' yang disampaikan oleh Dr Harlina Siraj. Dalamnya pelbagai situasi yang dikemukakan seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita apabila si suami jarang memuji, tetapi office boy di pejabatnya pula yang memuji. Memang berbunga la hati wanita apabila dipuji. Justeru dalam hal ini menurut Dr Harlina sepatutnya hanya kepada suami sahaja kita boleh beri segala-galanya. Saya juga menambah pendapat sendiri bahawa hanya suami sahaja yang perlu kita cintai dan kasihi kerana seorang isteri boleh mencintai dan menyayangi seorang lelaki yang halal bagi dirinya sahaja: SUAMI. Sedangkan SUAMI ada ruang untuk mencintai dan mencari lebih dari seorang wanita. Inilah setianya seorang wanita bernama isteri kepada suami.

Apa pun kata kita, kita belum sampai taraf seperti Saidatina Khadijah yang sanggup menjadi pendamping Nabi saat baginda memerlukan, saat orang lain tidak membenarkannya tetapi Khadijah yang membenarkan ajarannya dan dari rahim Khadijah lah lahirnya zuriat Muhammad. Bunda kita ini adalah sebenar-benar insan teladan yang perlu diteladani sikapnya, akhlaknya, pengorbanannya dan pendamping si suami yang paling setia di saat susah dan senang. Allah Akbar!

~~Be Inspired~~

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes