Saturday, May 7, 2011

Warna kehidupan di perjalanan ini... Siri 1


Lama sungguh tidak mengupdate blog ini kesekian kalinya. Susah betul mendisiplinkan masa untuk berkongsi. mungkin lebih selesa untuk berfacebook yang kadangkala ada juga keburukan yang kita perlu kawal.

Tiada isu baru yang ingin dibincangkan. Cuma berkongsi tentang perjalanan hidup. Saya bakal bergraduasi nanti setelah menghabiskan masa 6 tahun di universiti ini. Dan profesion yang bakal menggondol ialah bergelar seorang guru. Ya! Seorang guru tetapi saya lebih suka dipanggil pendidik. Meskipun Choice ini bukanlah passion saya sebenarnya tapi Allah itu Maha Perancang bagi yang terbaik buat kita. Ada kala kita mahu menidakkan inikah yang akan dihadapi, tapi kita terus pujuk hati, sentiasa husnusdzhon dengan apa yang allah datangkan pada kita.

Jika ingin dikongsi, saya dari kecil setelah UPSR telah berhadapan dengan dua pilihan yang besar untuk menentukan saya pada hari ini. Ye la dulu dapat result bagus mestilah nak hantar ke sekolah beraliran Sains dan sebagainya. Bukan saya tidak mahu, tapi saya masih kecil untuk memikirkan bagaimana saya (pada masa itu) nanti bila di sekolah bukan aliran agama. Dahulu sama ada saya akan ke Sekolah Menengah biasa atau ke sekolah agama atas cadangan yang dikemukan bapa saudara saya. Tapi akhirnya saya sendiri memilih untuk ke sekolah agama. Sekolahnya bukanlah hebat tapi ia ada 'wajah' tersendiri yang tak pernah saya sangka akan dapati di sana. Rupanya di sekolah tersebut pelbagai pengalaman, pahit manis, ukhuwah dan sebagainya saya dapat. Syukur alhamdulillah...

Seawal bergelar pelajar Peralihan (Pra) saya telah mengikuti pelbagai program-program peningkatan potensi diri, tamrin, mukhayyam, usrah dan sebagainya. Di situ juga saya mengenal apa itu tanggungjawab sebagai Muslim, kewajipan berdakwah, dan sebagainya melalui siri-siri usrah yang teramat subur dan penuh dengan benih-benih kasih sayang fillah. Setelah itu terlibat pula dengan Badan Dakwah dan Kepimpinan Islam (BAKTI) yang telah mengajarkan saya tentang organisasi dan kepimpinan. Tanggungjawab dan amanah bertambah berat apabila diberi kepercayaan untuk menggembeling usaha ke arah masyarakat sekolah yang baik. Ia tidak semata-mata diserahkan kepada kami tetapi oleh insan bergelar GURU yang jauh lebih layak digelar MUROBBI dan MUROBBIYAH kami. Kami dididik dengan semangat kecintaan Islam yang tinggi.

Saya bersyukur juga kerana sepanjang perjalanan ini menemukan pelbagai insan istimewa yang amat istimewa mereka mewarnai kehidupan kita. Saya telah bertemu dengan sahabat-sahabat yang sehingga kini kami sentiasa merindukan untuk berkumpul dan menjalankan gerak kerja serta amanah seperti dahulu. Alhamdulillah...Juga insan istimewa yang banyak mendorong dan memperkuatkan langkah kami sehingga walaupun kami keluar dari sekolah tersebut, apa yang mereka pernah ajarkan, pesanan, dan yang paling terkesan apabila mereka bergaul dengan kami dengan cara tarbiyyah iaitu insan bergelar GURU. Ingin sekali saya sebutkan kesemua mereka ini namun saya yakin nama mereka cukuplah tercatat dalam sanubari saya sahaja. Ustaz Zulkifli Husin, Ustaz Muhamad, Ustaz Bahrin, Ustazah Rahimah, Ustazah Nusiha, Ustazah Sakinah dan semua mereka yang pernah hadir mewarnai perjalanan saya selama ini. Dan perjalanan ini tidak akan pernah berhenti sekali dengan mereka kerana saya sedar sayalah penerus kepada jejak-jejak yang telah mereka tinggalkan kepada kami. Bukan sekadar TAHU yang mereka suburkan kepada kami tahu jauh tentang SEDAR akan perjuangan Islam itu harus diteruskan dalam apa jua keadaan.

Persoalannya adakah saya sudah bersedia untuk menjejaki langkah yang mereka telah ukirkan untuk saya? Inilah yang tadi saya katakan di awal bahawa walaupun kadang-kadang kita merasakan ingin menidakkan apa yang perlu kita lalui tetapi inilah langkah yang ALLAH telah aturkan untuk kita secantiknya! Saya akan bergelar seorang guru, bukan sekadar mengajar untuk memberiTAHU tetapi membangkit SEDAR kepada mereka anak-anak murid saya nanti. Mereka bunga-bunga harapan Islam yang akan muncul gemilang suatu hari nanti. Namun langkahnya bukan berhampar karpet merah, ia akan berduri dan terasa sakit! Saya perlu bersedia menghadapi semua ini...

Seakan tulisan saya ini masih di awangan kerana 'dunia' itu belum saya jejaki dengan sebenarnya. Walaupun hakikatnya dunia kampus yang sudah berakhir dan saya tidak lagi bergelar pelajar sarjana perlu ditinggalkan. Ini lah hakikat hidup, tidak selamanya kita di dunia yang sama. Perlu banyak perancangan, strategi dan komitmen di perlukan apatah lagi bagi muslimah harakiah ini.

Sufi, haraki, thaqafi!

Tagline ini amat signifikan dalam hidup saya kerana kata-kata ini lah yang ditekapkan dalam sebuah artikel yang amat saya rindukan untuk menatapnya kembali (kerana sudah hilang). Ia adalah sebuah persembahan taujihad dari insan istimewa Ummisa - Usrah Assakinah-.
Sufi ia adalah kerana sebagai seorang yang yakin dengan Allah, perlu beriktiqad dengan amal islami justeru allah adalah tujuan utama. Haraki dilengkapkan dengan gerak kerja dan komitmen yang tinggi dengan amal Islami. Juga jangan lupa thaqafi sebagai kewajipan manusia mempersiapkan diri dengan ilmu yang pelbagai. Saya sudah lupa apa yang terkandung di dalam warkah taujihad tersebut sepenuhnya. Tapi ini lah yang saya boleh kongsikan dan tetapkan dalam diri. Insya Allah!

"Bukan mudah untuk membina fardul muslim bukan?"
'' Membina baitul muslim lagi-lagi berganda-ganda bukan mudah!"

Kata-kata ini saya petik dari laman web seorang wanita yang bergelar 'Muharikah'.
Apa itu Muharikah? Ia adalah bermaksud orang yang bergerak. Untuk wanita ia adalah wanita yang bergerak. Apa yang hendak digerakkan? Perkara ini akan saya jelaskan dalam post-post yang lain, jika diizinkan Allah.

Kembali kepada persoalan yang saya kemukakan di atas. Kenapa fardul Muslim, kenapa Baitul Muslim juga termasuk dalam perancangan? Ya! Ia perlu. Fardul Muslim kita telah dapati dari siri-siri tarbiyah yang telah kita ikuti. Namun bukan bermakna ia berakhir apabila melangkah ke alam rumahtangga. Ya! ini persoalan yang serius yang perlu diungkapkan.

Membina rumahtangga Islam bukan sekadar seperti melepaskan 'batuk di tangga' untuk bergelar suami dan isteri( Ya Allah! kuatkan aku dengan apa yang akan ku ungkapkan ini!). Ia jauh memerlukan komitmen yang jauh lebih pasti dan teguh dari kedua-dua pasangan dalam penerusan Fardul muslim. Baitul muslim di bina dari Fardul muslim seorang akhawat dan seorang ikhwah yang telah berbaiah berkomitmen hidup matinya untuk Islam. Dalam hal ini, si suami adalah individu yang paling penting berperanan kerana merekalah pemimpin kepada bait tersebut dan kewajipan mereka akan bertambah serius serta berat terhadap tugas memimpin masyarakat dan ummat juga.

Si isteri atau wanita dengan tugasnya selaku wanita muharikah. Tidak boleh berdiam diri sahaja. Saya teringat kata-kata "di sebalik kehebatan seorang lelaki itu adanya seorang wanita hebat''. Dalam melentur rumahtangga, selain kewajipan kepada antara satu sama lain, juga tugas kepada ummat itu perlu dipadukan dengan cara yang jitu. Indah sekali apabila usrah itu menjadi kebiasaan untuk bertemu sahabat-sahabat seperjuangan, bertemu mad'u di lapangan dan masih lagi memikirkan penerusan tarbiyah di bumi yang pernah kita jumpai tarbiyah tersebut. Bagaimana menyepadukan hakikat yang kita inginkan itu? Inilah yang dikatakan ia bermula seawal 'perkenalan' antara akhawat dan ikhwah itu lagi. Masing-masing perlu mempunyai tujuan dan perancangan masing-masing bagaimana mencorak hidup di jalan ini.

" Saya tahu Awak boleh menjadi hak saya dan saya juga boleh menjadi hak awak. Namun, kita iaitu saya dan awak juga ada hak lebih besar kepada Allah untuk ditunaikan.."

Apakah itu? Antara akhawah dan ikhwah ini adanya perjanjian setia untuk terus melaksanakan tanggungjawab sebagai abnaul harakah. Telah dibina fardul Muslim dan kini Baitul Muslim terus perlu harus berganda disinergikan lebih dari fardul Muslim(Oh! berkata memang senang. Kuatkan langkahku Ya Allah!) Bagaimana?

bersambung....

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes