Saatnya sudah datang untuk meninggalkan SAMPB setelah 10 minggu berkhidmat bersama anak-anak sekolah di sini. Pelbagai memori telah di ukir. Lalu perjalanan tetap jua perlu dilangkahkan. Di sepanjang perjalanan yang Kau bentangkan pelbagai rahmat ini, terdetik di hati ku kini...Pelbagai memori telah di ukir bersama walaupun seketika sahaja di persinggahan ini. Belum puas untuk menghabiskan masa anak-anak yang masih memerlukan bimbingan dan tarbiyah hidup ini. Namun syukur kerana Dia masih memberi ruang untuk bersama dengan anak-anak yang sudi menghuni Usrah Al-Karamah. Lalu tiada yang dapat ku coretkan hanya secebis tinta yang ku tinggalkan untuk mereka dan jua diri ini pegangi. 21 Julai 2011 Alhamdulillah, atas nikmatMu yang Kau limpahkan dan kurniakan yang tidak putus-putus...