Aduh! Sakitnye kepala rasanya... !Sakit dada la terasa sesak je dada ini...Sakit pinggang la lama duk atas kerusi tu..Sakit gigi ni... nak tumbuh gigi bongsu.Sakit.. dan sakit... semua orang pernah merasainya walau sakit yang kecil atau sakit yang besar. Kenapa allah bagi sakit kepada manusia? Dan ada juga Allah bagi kesihatan kepada manusia? Adakah sakit itu untuk orang tertentu sahaja? Tapi apakah sakit yang paling sakit??? Sakit juga adalah daripada Allah dan manusia sentiasa berusaha untuk mengelakkannya dan menghindarinya serta menjauhinya. Apabila sakit juga kita kan mencari penawar-penawar untuk mengubatinya. Sakit itu manis jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hambaNya dan Dia mengurniakan sakit kepada manusia sebagai 'hadiah' agar lebih rapat...