Monday, October 26, 2009

SAKIT ITU MANIS

Aduh! Sakitnye kepala rasanya... !
Sakit dada la terasa sesak je dada ini...
Sakit pinggang la lama duk atas kerusi tu..
Sakit gigi ni... nak tumbuh gigi bongsu.

Sakit.. dan sakit... semua orang pernah merasainya walau sakit yang kecil atau sakit yang besar. Kenapa allah bagi sakit kepada manusia? Dan ada juga Allah bagi kesihatan kepada manusia? Adakah sakit itu untuk orang tertentu sahaja? Tapi apakah sakit yang paling sakit???

Sakit juga adalah daripada Allah dan manusia sentiasa berusaha untuk mengelakkannya dan menghindarinya serta menjauhinya. Apabila sakit juga kita kan mencari penawar-penawar untuk mengubatinya. Sakit itu manis jika kita sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah Maha Penyayang kepada hambaNya dan Dia mengurniakan sakit kepada manusia sebagai 'hadiah' agar lebih rapat dengan diri-Nya. Apabila sakit jua kita akan sedar bahawa manusia tidak punya kudrat untuk menolak ketentuan Allah. Tapi jangan sengaja cari kesakitan pula. Kerana Allah juga telah memberi peringatan kepada manusia agar jangan sengaja menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan.

Apabila berbicara tentang sakit, apakah masa kita belum sakit telah terisi dengan sebanyak amalan dan kebajikan? Dan adakah sepanjang kita tidak sakit kita pernah menyakitkan orang lain dari segi hati, perasaan, fizikal dan seumpamanya? Sakit itu jua perit untuk yang tidak menyandarkan kepasrahan kepada Allah. Lihatlah di luar sana berapa ramai yang terlantar sakit di hospital hospital namun belum sedar siapa dirinya. Sungguh sakit itu nikmat yang tidak boleh ditolak apabila ia datang. Kala itulah jua kita akan rasa hampir dengan pencipta bukan?? Apalagi jika berhadapan dengan penyakit yang kronik yang ajal boleh datang-bila-bila masa sahaja...

Oleh itu jaga lah kesihatan jangan sampai melarat jadi sakit. Elakkan yang tidak diperlukan. Terapi yang paling baik untuk sakit ialah terapi al-Quran. insyaallah...

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes