Sunday, November 1, 2009

TEST!


Intan menyusun buku yang berselerak di atas meja studynya. Rasa bersepah betul biliknya hinggakan mata pun penat menengok. Di ambilnya penyapu dan di kemas elok-elok biliknya yang menjadi tempat paling strategik untuknya ‘melepak’. Jika tidak dikemas, apakan kata roommatenya pula. Fikir Intan.

Dia berlepas penat dengan melayan lagu kegemarannya sambil membaca artikel terbaru berkaitan kisah cinta. Sebentar kemudian dia tersenyum sendiri seolah-olah ada benda yang melucukan. Tidak semena-mena roommatenya yang baru pulang dari kuliah memasuki bilik tersebut. “Eh! Apasal tersenyum keseorangan ni?” Intan hanya terus tersenyum tanpa memberikan jawapan. Tiba-tiba dia tergesa-gesa pula menutup laptopnya itu. “Eh! Pelik betulla Intan ni. Tersenyum sorang-sorang. Sekarang ni tergesa-gesa pula nak keluar.”

“ Sorry ida. Aku baru teringat aku ada janji dengan orang nak jumpa jam 3 petang ni. Huh penat belum lagi habis. Tapi tak apalah sebab orang minta tolong kan. Okeh aku chow dulu”. Sejurus mencapai beg galasnya dan terus keluar. Intan berjalan keluar dari biliknya menuju ke Dewan makan kolej. Tiada orang lagi. Tunggu lah sekejap. Hampir 10 minit juga dia menunggu di situ. Belum kelihatan. Intan berbisik sendiri. Aku tergesa-gesa keluar tetiba tak datang lagipun. Dia berkata sendirian. Jam menunjukkan 3.20 petang. Ini dah lebih ni. 20 minit lewat. Tick tick!

Intan dengan sabarnya menunggu. Di dailnya nombor ‘Suzi’. Menunggu untuk di jawab, tidak di angkat. Dia mendail lagi sehingga 2 kali belum juga diangkat. Jangan-jangan dia ni tidur. Hmm aku ke biliknya lah. Intan bergegas ke bilik Suzi. Diketuknya bilik itu berulang kali. Pintu dikuak. Roommate Suzi yang membukanya. Musykil! Suzi tiada di bilik. Kemana dia pergi? Telefon tidak berjawab. Kata nak jumpa jam 3 tidak muncul-muncul jua. Ke mana dia pergi ye? Intan bermonolog sendiri. Intan meninggalkan roommate Suzi yang juga tidak tahu kemana Suzi pergi kerana seusai pulang, Suzi belum lagi masuk ke bilik. Pelik! Intan tidak berputus asa. Dia memutar-mutar mencari bilik atau destinasi biasa yang Suzi akan pergi. Taman bunga kolej!

Berlari Intan ke taman kolej. Sunyi dan tidak kelihatan bayang Suzi di situ. Kelihatan 2 orang Chinese yang sedang berborak. Di intai dan di jengah-jengah taman itu namun tidak kelihatan kelibat Suzi! Intan terduduk di meja kerusi taman tersebut, kepenatan. Terasa dahaga pula tekaknya. Dia mendail lagi no telefon Suzi. Gagal dihubungi. Huh! Intan begitu ingin benar berjumpa Suzi kerana bunyinya amat mustahak perkara yang ingin dibincangkan. Jam 10 pagi tadi Suzi ber’SMS’ dengan Intan minta untuk berjumpa dengannya di Dewan makan. Dia terus berfikir-dan berfikir ke mana Suzi pergi..

Dia melangkahkan kaki ke kedai koperasi untuk mencari minuman bagi menghilangkan dahaga. Dalam perjalanan itu dia melalui surau kolej. Tiba-tiba matanya terpaku pada sepasang sandal yang amat dikenalinya. “setahu aku Suzi tak pernah datang surau sepanjang berada di kolej tu. Apalagi di waktu-waktu begini…Hmm tapi…memang Sah! Itu sandal Suzi! Intan mendekati memasuki pintu masuk surau bahagian perempuan. Di kuaknya pintu surau tersebut dan dilihatnya Suzi sedang mendakap dirinya sendiri dengan tangisan yang teresak-esak. Intan mendekati perlahan-lahan kearah Suzi. Di pegangnya bahu Suzi. Suzi berpaling dan terus mendakap dirinya. Intan menggenggam erat tubuh Suzi yang menangis teresak-esak. Matanya penuh dengan deraian airmata. Intan cuba menenangkan Suzi. Suzi tidak dapat berkata apa-apa kerana dia menangis yang teramat esak. Intan cuba menyelami apa yang menimpa ke atas Suzi seolah-olah terlalu sulit dan payah untuknya ungkapkan kepada orang lain.

Intan terus menenangkan sahabatnya itu sehingga tiada lagi kedengaran esakan walaupun matanya masih terus berkaca. Suzi cuba bersuara “Intan tolong aku. Aku buntu…aku tak tahu apa nak buat…” Intan meminta agar Suzi menarik nafas terlebih dahulu.. setelah itu diminta hembuskan. “OK. Sekarang boleh ceritakan apa yang berlaku? Dah rasa lega sedikit?” Suzi hanya menganggukkan. Suzi meluahkan apa yang dialaminya kepada Intan. “Mak aku sakit, ayah aku pula jarang balik ke rumah dan aku dapat tahu yang dia nak kahwin lain dan nak bercerai dengan mak aku. Adik-adik aku ramai lagi yang nak sekolah. Aku telefon ayah aku minta penjelasan kenapa dia buat macam ni kepada kami. Aku hanya nak dia faham selama ini dia tak pernah hiraukan mak selepas mak jatuh sakit. Adik aku yang kena jaga mak aku. Adik aku juga mengadu sampai dia tidak dapat ke sekolah sebab jaga mak dan duit makan pun tidak cukup. Tambah-tambah lagi adik aku akan SPM tahun ni. Duit pinjaman yang aku dapat aku hantar kat emak di kampung untuk belanja makan dan kos ubatan mak aku. Aku anak sulung Intan. Aku rasa nak berhenti belajar dan cari duit dan sara adik-adik ku saja. Aku dah tak tahan. Tak lama lagi nak exam final. Tapi aku tak tahu apa yang aku belajar sebab terlalu memikirkan masalah keluarga aku ni. Tolong aku Intan…”

“Banyakkan bersabar ye Suzi. Aku begitu simpati dengan nasib kau. Sekarang ni kau nak balik jenguk mak kau tak? Aku boleh tolong. Aku tahu kau tak ada duit nak balik kampong kan? Kau pakailah duit aku dulu. Nah! Kau beli tiket balik kampong ye” Intan menghulurkan tangannya yang berisi sejumlah wang kepada Suzi. “Aku nak balik kampung jumpa mak aku dan adik-adik aku. Aku tak nak jumpa ayah aku. Aku benci dia! Aku benci! Benci!” Suzi melepaskan geram. “Istighfar Suzi. Aku tahu kau teramat marah dengan ayah kau sebab sikapnya macam tu kan. Tapi dia tetap ayah kau juga, darah daging kau”. “ Tidak! Aku tak nak ayah aku macam tu. Ni semua sebab perempuan tu lah! Aku benci! Benci!” “Erm… sekarang kau pergi ambil wuduk dulu ya. Kemudian kita solat asar sama-sama kat sini. Tak lama lagi dah nak masuk Asar. Ye?” Suzi memandang tepat mata Intan dengan nada sayu. Kemudian dia berkata “Intan, aku malu dengan kau. Kau orang baik. Ada abang, kakak, yang tidak bersengketa dan tiada masalah. Aku ingin hidup macam kau. Mak ayah kau orang bergaji tinggi, berpelajaran. Tak macam mak ayah aku yang kerja kampong sahaja. Kalau tak aku tidak susah macam ni kan?” “ Masya Allah…setiap manusia ada ujian masing-masing Suzi. Kau dengan cara lain dan aku dengan cara lain. Mungkin kau Nampak aku macam tiada masalah tetapi masalah aku adalah dalam bentuk yang berbeza dengan kau. Allah menguji kita sesuai dengan apa yang kita boleh alami. Jangan sesekali perlekehkan ibu bapa kita. Mereka yang telah melahirkan kita walaupun sekarang ujian ini yang kau hadapi. Aku tahu kau sayangkan ayah kau kan? Aku juga tahu kau sayangkan semua keluarga kau. Aku pun begitu juga. Cuma apabila kita ada masalah dan dalam kebuntuan, kita kadang-kadang lupa…” “ Lupa? Maksud kau?” Suzi inginkan kepastian. “Kita lupa kepada Allah yang memberikan ujian dan masalah kepada kita. Apabila ini terjadi kita tidak mengharapkan agar diberi petunjuk olehNya. Kita manusia yang sentiasa lupa akan pertolongannya.” Intan menjelaskan. Suzi menyambung “ Aku sedar aku tidak sebaik macam kau Intan. Sebab itu Allah bagi ujian dan masalah macam ni kat aku kan?” Intan megucap panjang. “Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Dia berikan ujian dan masalah agar kita kembali kepada petunjuk dan hidayahnya. Untuk kita kembali dekat kepadaNya. Mungkin selama ini kita jauh dengan Allah, lalu Dia datangkan ujian sebagai peringatan atas kelalaian diri kita. Segala yang berlaku pada kita ada hikmahnya Suzi. Allah amat sayangkan hambaNya dan tidak pernah menolak permintaan hambaNya. Kita yang alpa…

Sejurus azan asar berkumandang. Lalu kedua-duanya pun ke bilik wuduk untuk solat berjemaah bersama-sama di surau itu…

Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes