Saturday, May 9, 2009

APABILA DOSA DIKATAKAN ‘BIASA’




Penangan daripada subjek Islam dan Gejala Sosial banyak membuka mata akan makna dan hakikat sebenar gejala social itu. Kita biasa mengatkan bahawa gejala social hanya terjadi pada golongan yang bermasalah dan kepada golongan yang jadi spot focus ialah golongan remaja. Gejala social biasa kita bayangkan adalah penagihan dadah, rempit, mencuri, gay, pengkid, black metal, ponteng sekolah, video lucah, pelacuran, vandalism dan seumpamanya. Hakikatnya gejala social tidak boleh terus distereotaipkan kepada golongan rmaja yang bermasalah tetapi ia perlu dilihat daripada skop yang lebih meluas. Ia boleh berlaku jua kepada golongan –golongan lain yang professional seperti yang terlibat dalam bidang pendidikan, bidang agama, politik, ekonomi dan seumpamanya , tidak mengira umur, masa tempat dan keadaan. Namun sejauh mana kita memahami konteks gejala social yang dimaksudkan?


Dalam aspek ini saya lebih tertarik untuk mengulas serba sedikit berkaitan gejala social melibatkan golongan agama. Golongan agama di sini juga termasuk lah daripada yang paling bawah sehinggalah kepada golongan teratas. Saya amat tertarik dengan gimik yang dipersembahkan dalam kuliah Islam dan Gejala Sosial. Gimik itu memaparkan video sebuah lagu yang dipetik dari sebuah filem Hindustan ( tak ingat tajuk apa ). Daripada lagu itu ia adalah sebuah bentuk pemujaan kepada seorang yang banyak berjasa kepada penduduk di daerah Madras bernama Haji Ali. Suatu ketika dahulu, Haji Ali dikatakan sebagai seorang yang amat pemurah dan akan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tidak mengira agama atau keturunan. Dikatakan bahawa Haji Ali pada waktu itu telah belayar menaiki kapal untuk menunaikan fardu haji. Tetapi musibah telah melanda menyebabkan ramai yng telah hanyut dan hilang entah ke mana. Dikatakan bahawa ‘mayat’ Haji Ali ini telah tersasar ke perairan India semula dan mayatnya dikebumikan disebuah makam dalam sebuah masjid. Dipaparkan dalam cerita tersebut akhirnya sungai atau kawasan perairan itu dibina sebuah masjid di tengah-tengahnya dan inilah masjid dimakamkan jasad Haji Ali ini. Masjid ini digunakan oleh pelbagai jenis agama di India untuk memohon ‘keberkatan’ daripada ’makam’ Haji Ali yang disimpan di situ. Upacara memohon berkat di makam Haji Ali yang berada di dalam masjid tersebut dilaksanakan oleh ‘orang agama’ di situ. Jika agamanya Islam, cara untuk mendapat ‘berkat’ adalah berbeza daripada cara orang agama Hindu, Kristian, Sikh dan sebagainya. Pokoknya ia dikendalikan oleh tok-tok imam, tok bilal, tok siak dan semua jenis tok yang menjaga masjid tersebut. Apa yang telah berlaku? Mungkin di India situasi ini adalah ‘biasa’ memandangkan di sana wujud pelbagai fahaman dalam beragama serta seumpamanya. Ini adalah serba sedikit gambaran bagi topic yang ingin dibincangkan pada kali ini. Mungkin anda boleh menilai baik atau buruk amalan yang dilakukan apabila Haji Ali it.u terlalu dipuja-puja… wallahua’alam.


Hari ini krisis ini juga terjadi di kalangan orang yang belajar agama bukan di India sahaja. Tidak perlu ke India untuk mencari ‘gejala social’ yang mungkin nampak sama atau lebih teruk daripada itu. Sekali lagi diingatkan bahawa gejala social boleh berlaku kepada sesipa sahaja. Gejala social dalam aspek perbincangan ini adalah titik tolak daripada dosa kecil, dosa besar, gaya hidup, amalan, paradigma dan sebagainya yang boleh disimpulkan sebagai krisis akidah secara sembunyi atau terang-terangan. Pelajar yang belajar agama boleh terlibat, orang bergelar ‘ustaz’ atau ‘ustazah’ atau sememangnya mereka ustaz ustazah. Tidak perlu tengok jauh-jauh. Apabila manusia mengatakan bahawa dosa itu adalah ‘biasa’, nampaknya ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Sebagai contohnya, “Keluar bersama lelaki dan perempuan dengan teman 3 perempuan 2 orang lelaki atas dasar kami adalah kawan. Biasa la tu… dorang pun dah ada makwe dan pakwe.. “ . lagi… “ Boleh je bergambar bersama berdua je sebab yang ambil gambar tu dah kira OK la tu…ada orang temankan.” Lagi……” Hari ini saya akan belanja awak ayam goreng madu, nanti awak makanlah sekali dengan kawan-kawan ye..” kawan-kawannya pun terima sahaja apa yang diberi, rezeki katakan... Lagi…” Kena buat juga meeting ni..dah terdesak sangat ni…” atas nama kerja Islam berdua sahaja muslimin dan muslimat xpe ke???? Lagi, lagi dan lagi tidak terhitung. Astaghfirullah….


Sesungguhnya syaitan akan menyelinap masuk ke setiap urat darah anak Adam untuk menggodanya sebagaimana perjanjian yang telah di lakukan oleh Iblis selepas diusir daripada Syurga atas sebab ingkar kepada perintah Allah untuk sujud kepada Adam. Iblis dan syaitan tidak akan puas untuk menggoda anak Adam walau ‘sebaik’ mana pun zahirnya dilihat manusia lain sebagai orang yang berpegang kepada agama. Ini adalah salah satu daripada beberapa bahagian gejala social yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Dalam memahami ‘krisis gejala sosial’ ini, anda mungkin ada jawapannya.



Reactions:

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes