Saturday, May 23, 2009

PERJALANAN YANG BERMAKNA

Perjalanan semalaman ke Terengganu tempohari adalah perjalanan yang amat bermakna sekali sepanjang hidup ini. Sungguh singkat masa yang berlalu untuk mengejar sedikit ketenangan dan menimba pengalaman sebenar kehidupan ini. Meskipun persinggahan sebentar ke negeri keropok lekor yang hanya bersebelahan dengan negeri kecintaanku Kelantan, namun sepanjang perjalanan pelbagai perkara yang boleh dikutip.


Saya tidak bermaksud untuk menceritakan rentetan perjalanan itu dan mengapa saya turut bersama mereka ke Terengganu. Tetapi cukuplah satu pengajaran yang dapat ditimba iaitu dalam melakukan apa sahaja cukuplah Allah sebagai pelindung dan pendamai ketenangan jiwa meskipun kita berada dalam gundah gulana namun cukuplah Dia jadi penawar segalanya.


Justeru itu jualah tema aman blog ini ialah The Creator.( =)). Sebenarnya perjalanan hidup kita cukup cantik dan indah. Semuanya telah diatur Allah. Bermula dari kecil, seterusnya kita dididik dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa kita. Apabila usia meningkat remaja apa yang telah kita lakukan jua di bawah keizinan Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Penyayang untuk melengkapkan segala keperluan hidup kita. Adakah dengan segala nikmat yang diberikan olehnya itu cukup unuk membayar hutang oksigen yang diberi percuma, degupan jantung yang sentiasa berdegup tanpa henti dengan izinNya, nikmat pancaindera mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk berkata-kata dan merasa, nikmat kaki yang membolehkan kita berdiri, berlari dan melangkah, dan tangan yang masih boleh digunakan unuk makan dan minum, menggunakannya untuk berwuduk, untuk memohon doa dan meminta ampun..... dan banyak lagi dan banyak lagi nikmat yang tidak terhitung banyakya. Adakah ia cukup sebagai bekal amal untuk menghadap Allah di hari Akhirat kelak???


Hari-hari yang berlalu berapa banyak masa telah terbuang, tenaga telah disia-siakan, amal ibadah tidak bertambah seikitpun, lalu layakkah kita untuk bertemu Allah dalam pertemuan yang 'Saliim' seperti yang dijanjikanNya? Pernah dahulu di sekolah Ummi Usrah pernah memberitahu bahawa seandainya setiap kebaikan itu Allah ganjarkan dengan ganjaran materialistik yang zahir bagi setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan berlumba-lumba manusia melakukannya. Contohnya bagi setiap amalan sedekah, 1 kali memberi sedekah 1 ringgit katakan, tiba-tiba datang 1 lori 'ayam goreng'. 2 kali 2 lori ayam goreng, katakan begitu pasti semua akan berlumba-lumba untuk melakukannya. Kereta marcedes dan sebagainya. Namun itu mustahil, Allah tidak melakukannya sedemikian. Kenapa? Inilah dikatakan sebagai ujian bagi orang yang beriman dan ujian bagi orang beriman itu ialah ikhlas. Begitu jua diibaratkan bahawa dunia adalah syurga bagi orang yang jahil dan dunia ini adalah taman-taman syurga menuju ke akhirat bagi orang yang beramal. Di sinilah kita membaja dan menyemai amalan agar nanti kembali ke pangkuan Allah dalam keredhaan dan keampunan. Alangkah indahnya hidup ini adalah sehari-harian adalah perjalanan yang penuh bermakna dan kesempatan yang tiada kedua kalinya seharusnya diisi dengan perjalanan roh yang hidup. dan hati yang tunduk kepada Allah dan diri yang bermakna untuk orang lain.


Justeru, What did I do today???

0 comments:



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes